Si pencabul mula melangkah, nak sepak aku agaknya. Aku sedikit gelabah, tapi aku kawal diri. Adik aku dah gelabah gila.
Mukanya dah macam nak nangis. Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik dia balik, sambil menggeleng-gelengkan kepala. Apahal? Aku nampak dia marah tapi ditenangkan kawan-kawannya.
Kemudian dia memandangku sambil menghalakan jari telunjuknya pada aku. Amaran darinya sebelum dia melangkah pergi. Aku lega yang teramat!
Mana tak leganya. Aku dengan adik aku kecik je tau. Sekali kena sepak memang patah riuk kami berdua!
Aku ber’alhamdulillah’ di dalam hati. Masa tu baru ingat Allah s.w.t. Padahal tadi, maghrib dan isyak dah kantoi.
Aku pandang wajah adik aku. Jelas nampak riak lega yang amat. Sedikit rasa kesal dengan tindakan bodohku.
Kalau budak skinhead tadi naik angin, bukan aku seorang yang teruk, tentu dengan adik aku sekali kena. Tanpa sedar aku ber’alhamdulillah’ lagi!
Kami terus berjalan hingga ke jalan Raja Chulan dan duduk di perhentian teksi. Masa duduk-duduk itulah baru aku terfikir akan segala apa yang berlaku. Dan dalam diam, aku scan balik apa yang telah terjadi.
Sebenarnya pencabul itu telah membuatkan aku berfikir. Kalau tak kerana pencabul itu, tentu aku tak terfikir betapa bahayanya tindakan aku itu tadi. Bayangkan kalau mereka sahut cabaran aku! Aku rasa paling kurang pun kami dibogelkan kat situ juga.
Nasib baik tahun tu tahun 2000, yang mana jenayah remaja tak seteruk sekarang. Kalau benda tu jadi zaman sekarang, tentu gelaran ‘arwah’ dah ada kat depan pangkal nama aku. Tentu dekat situ juga aku kena belasah sampai mati.
Sorry to say, pada pendapat peribadi aku, remaja sekarang cepat baran dan cepat pula hilang pertimbangan disebabkan oleh gajet-gajet yang canggih sekarang ni.
Share this novel