Mungkin mata dan minda terlalu fokus pada gajet, lepas tu tindak balas kimia, sinar infrared bagai menyebabkan sel-sel otak remaja sekarang menjadi huru-hara. Entahlah…
Dan aku juga bersyukur, pada masa tu telefon bimbit masih dianggap sebagai barangan mewah. Tak semua orang boleh memilikinya.
Juga masa tu hanya VVIP saja yang mampu memakai telefon yang mempunyai kamera. Kalau tidak, harus video aku kena raba bontot dengan skinhead dah jadi viral.
Tapi bila fikir balik, rasanya tak adalah video aku tu viral sangat sebab budak-budak sekarang ni, sorry to say lagi, yang pakai tudung pun dengan bangganya rela diri diraba oleh lelaki. Lepas tu boleh pula muatnaik dengan perasaan penuh poyo. Tak ke bangang tu!
Dan yang paling aku bersyukur, aku mula muhasabah diri. Aku analisis balik apa yang aku pakai malam tu. Walaupun sekadar jeans dan t-shirt, tapi ketat siotttt… menonjolkan mana yang berbukit dan mana yang tonggek. Memang patut pun aku kena cabul! Sebab tu jangan nak salahkan perogol kalau kena rogol!
Memang betul ada orang cakap, yang kena rogol tu tak seksi pun. Malah menutup aurat dengan sempurna lagi. Tapi korang pernah fikir tak, mungkin perogol tu baru lepas tengok kita yang pakai seksi dan ketat hingga nafsu mencanak.
Lepas tu tak tahan, dia muat turun pula porno kat smart phone. Lepas tu dah tak tahan sangat, dia tibai je mana-mana perempuan, hatta perempuan berhijab untuk mengeluarkan ‘semen’nya yang dah bergelodak nak keluar!
So, wahai kaum hawa, jangan jadikan diri kita indirectly penyumbang kepada jenayah rogol!
Selepas itu aku mula menukar gaya pakaian aku. Walaupun rambut tetap lurus ber’rebonding’ tanpa ditutup, aku mula pakai t shirt dan seluar yang longgar, mula memakai baju kurung ke pejabat dan bila datang gian sekali sekala, aku hanya akan memakai yang ketat dan seksi dalam rumah sahaja.
Share this novel