DSP-3

Romance Series 12905

"oh, kau dah pandai ye.. nak tuduh anak aku pula yang pukul kau.. jangan harap aku nak percaya cakap orang miskin macam kau ni.. sini kau.. geram pula aku tengok.." makin mendidih hati Nona selepas Ika berani melawan cakapnya laju tangannya mencapai tangan Ika dibelakang Sarimah yang masih melindungi anaknya.

"Nona, kalau kau tak percaya cakap anak aku, aku juga tak percaya cakap anak kau.. kau ingat aku tak tahu, setiap kali anak aku keluar cari tin-tin kosong tu.. tiap kali itu jugalah anak aku akan balik dengan seluruh badan luka-luka.. aku tahu apa yang anak kau dan kawan-kawannya buat.. tapi aku berdiam diri sebab aku tak nak keluarga kau malu.. sebab buli budak perempuan, tapi alang-alang kau dah datang kerumah aku dan menuduh anak aku macam-macam.. aku akan ceritakan semuanya pada orang kampung yang anak kau merokok ditepi sungai belakang tu, anak kau mencuri duit tabung masjid, banyak lagi aku boleh ceritakan Nona.. tapi aku tak sejahat kau dengan anak kau.. orang kampung diam sebab mereka hormatkan suami kau je, kalau keluarga kau orang biasa macam aku ni, rasanya dah lama anak kau kena pukul dengan orang kampung dan orang masjid.." marah Sarimah dengan lantang tapi didalam hatinya belum puas untuk dia lepaskan kemarahannya yang disimpan selama ini.

Selama ini dia berdiam diri kerana suaminya memohon padanya agar bertahan dari membuat onar andai ada yang datang membuat kacau kerumahnya, biar yang diatas saja membalas mereka semua, tapi tidak hari ni.

"ibu, Am tak buat semua tu.. betul Am tak.. ni budak betina ni yang fitnah Am.." ucap Amran ketakutan selepas Sarimah menceritakan apa yang dia selalu buat selama ini, taoi mana orang tua tu tahu fikirnya ketakutan.

"kau jangan nak burukkan anak aku ye Imah.. kau jangan nak buat cerita.." hati Nona sakit selepas dia mendengar semuanya dari mulut orang yang cukup dia benci selama ini, dan sekarang ni Sarimah tahu semua aktiviti anaknya, dia pernah berpesan pada anaknya sebelum ini, andai ingin buat sesuatu jangan sampai orang kampung tahu.. tapi macam mana Sarimah tahu?.

"kalau kau tak percaya kau tanya la sendiri anak jantan kau tu? lainlah kau sendiri tahu dan kau sendiri yang sorokkan dari orang kampung, kau takut jatuh maruah kau sebagai isteri ketua kampungkan?" sindir Sarimah lagi kerana dia sudah cukup lama bersabar selepas anaknya yang menjadi mangsa.

"jom balik Am, aku datang sini nak tolong kau, tapi kau pula buat aku sakit hati dengar macam-macam dari orang miskin ni.. buat malu aku je kau ni.." marah Nona lalu merentap tangan Amran dengan kuatnya sehingga Amran merayu untuk dilepaskan.

"ibu sakit.. tangan Am sakit.. lepas la.. ibu.." merayu Amran sambil tangannya yang satu lagi cuba melonggarkan cengkaman tangan ibunya yang sememangnya sudah naik gila.

"kau diam Am.. kau jangan sampai ibu jadi makin gila dengan perangai kau pula.. buat malu aku je datang sini..!" marah Nona lagi dan semakin kuat Amran meronta semakin kuat gengaman tangan Nona pada Amran.

"mak, Ika minta maaf.. buat mak susah hati, selalu buat mak malu dengan apa yang Ika dah buat" luah Ika dengan sayu kerana dia langsung tidak berniat untuk memalukan dan sakitkan hati maknya.

"dah-dah jom masuk sayang, pergi mandi lepas tu mak sapu ubat.. nanti kita makan sama-sama ye.." pujuk Sarimah selepas melihat air mata anaknya yang jatuh dipipi mulus tersebut.

Sepatutnya anaknya tidak melalui kemiskinan tersebut.. tapi memang sudah takdir hidupnya begitu.. dia harus redha atas semua yang berlaku.

"yela.. Ika mandi dulu.." ucap Ika lagi lalu mengambil tuala yang sudah tergantung ditepi dinding rumahnya yang usang tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience