DSP-2

Romance Series 12896

"sakitnya.. kenapa semua kejam dengan keluarga aku.. apa dosa keluarga aku pada orang kampung ni.. berdosa ke kalau keluarga aku hidup miskin?" Ika yang tersedar dari pengsan lalu memegang kepalanya yang sakit dan darah masih mengalir perlahan didahinya, menangis Ika sambil mengutip kembali tin-tin kosong yang bertaburan disekelilingnya, mungkin semasa dia pengsan.. tiga sekawan tersebut telah menuangkan semula tin-tin yang ada didalam guni tadi.

"Ika, kenapa balik lambat, risau mak dibuatnya, dah magrib pun.. Ika kenapa kepala kau berdarah ni?" tanya maknya Sarimah yang setia menunggu anak perempuannya yang satu ini didepan rumahnya yang sangat usang, dan hanya menunggu masa untuk menyembah kebumi.

"tak ada apalah mak.. tadi Ika terhantuk ditong sampah.." ucapnya dengan reaksi muka yang tersenyum manis pada maknya.

"lain kali berhati-hati sikit, kalaulah mak dan ayah masih sihat, mak dan ayah tak akan izinkan kau buat kerja semua, kami nak kau belajar je macam anak orang lain.." ucap sayu Sarimah pada anak perempuannya, walaupun hanya berumur 10 tahun, tapi dia sudah mengambil tanggungjawab yang sepatutnya dia galas.

Betul, Sarimah dan Abu suaminya tak pernah sekali pun berharap anak perempuan sulungnya akan mengambil tanggungjawab diusia sekarang, dia masih kecil, dia seharusnya bermain bersama kawan-kawan, dan bukannya berkerja mengantikan kerja ayahnya sebelum ini.

Dan sekarang dia dan suaminya Abu sudah cukup tua, perkahwinan mereka juga sudah masuk 28 tahun, untuk mendapatkan anak perempuannya dia harus bersabar dan menunggu selama belasan tahun, dan ketika itu umurnya dan suaminya juga sudah mencecah 40-an. Dan sekarang juga dia mempunyai seorang anak yang 'orang kelainan upaya', boleh dikatakan anak keduanya lelaki dilahirkan sememang cacat dari kecil.

Dan sekarang suaminya sudah terlantar lumpuh selama dua tahun, dan ketika itulah dia juga disahkan mendapat penyakit.. walaupun penyakitnya sudah semakin teruk, dia mesti kuat untuk anak dan suaminya.

"ye mak.." ucapnya dengan buat-buat tersenyum sedangkan didalam hatinya hanya tuhan yang tahu bertapa sedihnya hidup yang sentiasa diejek, dibuli dan sering dipukuli di oleh orang yang sangat bencikan keluarganya.

"jom masuk, mak sapu ubat kat luka tu.." pujuk Sarimah walaupun dia tahu yang anaknya bukan terhantuk ataupun apa saja, tapi anaknya dipukul, hatinya tidak kuat untuk melihat semua tu, tapi dia harus bertahan dan dia tahu anaknya kuat, andai suatu hari nanti dia pergi meninggalkan keluarga, sekurang-kurangnya anaknya Ika mampu untuk membela nasib keluarga mereka.

"eh Imah, kau tak pandai nak jaga anak ke hah? kau ni memang tak reti bersyukurkan, keluarga aku dah banyak tolong kau sekeluarga, tapi anak kau berani tampar anak aku kan.. dasar orang miskin tak sedar diri.." marah Nona pada Sarimah yang sudah sedia ingin masuk kedalam rumahnya.

"Nona, kau cakap apa ni? tak kan la anak aku nak tampar anak kau.. anak aku ni perempuan, kecil lagi dari anak kau.." bela Sarimah sambil tangannya memegang erat tangan Ika yang berada dibelakangnya dengan ketakutan.

"ni.. ni buktinya, kau tengok muka anak aku sekarang ni.. dah berdarah bibirnya anak kau buat.. bukan nak minta maaf lagi dibela anak kurang ajar tu.." herdik Nona pada Sarimah kerana geram, tadi semasa dia sedang bersembang dengan kawan-kawannya.. anaknya Amran balik mengadunya Ika anak orang miskin yang menamparnya sehingga berdarah, apa lagi naik hantu la bila anaknya yang lelaki ditampar oleh budak perempuan, malu la dia.. jadi untuk menebus kejadian yang memalukan tadi.. dia harus menjadi sedikit gila untuk menuntut bela nasib anaknya.

"tak mak.. Ika, tak buat.. dia dengan kawan-kawan dia yang pukul Ika.." ucap Ika dibelakang maknya dengan suara yang menggigil ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience