DSP-1

Romance Series 12896

"woi budak, kau buat apa kat sini? kau cari makanan ke? hahaha.. orang miskin memang macam ni eh? hahaha..." gelak satu suara dibelakangnya dengan kuat diselangi dengan suara yang lain.

Dia cukup kenal dengan suara tersebut, suara budak-budak satu kampung yang suka mencari masalah dengannya.

Tapi dia hanya mengabaikan ejekkan budak-budak yang mengejeknya tadi, dia harus melakukan kerjanya dengan cepat, lagi pula, dikampung tersebut ada banyak tong sampah, jadi dia harus pergi ke tong sampah yang lain untuk mencari tin kosong yang dibuang oleh orang-orang kampung, andai dia dapat penuh satu guni untuk hari ni.. cukuplah untuk keluarganya makan selama dua atau tiga hari, dengan membeli beras.

"kau pun, tak kan tak tahu.. dia kan budak miskin.. lapar je cari sampah.. lapar je cari sampah.. hahaha.." celah satu suara lagi dengan gelak tawa yang cukup menyakitkan hati.

'sabar Ika, kau kena abaikan apa yang orang cakap, kau kena buat semua tu untuk diri kau dan keluarga kau, mereka hanya tahu ketawa dan menyakitkan hati kau je, tapi mereka semua tak pandai menolong orang yang susah macam kau sekarang ni..' bisik hati Ika yang sudah penuh dengan amarahnya.

"tengok, kau cakap apa pun tetap dia buat bodoh je, kau pun tahukan sebab dia memang bodoh.. sekolah pun jarang masuk.. betul tak Naim, Shah?" sindir satu suara lagi yang bernama Amran, dan dia adalah antara yang cukup kaya didalam kampung tersebut kerana ayahnya adalah ketua kampung.

"hahaha.. betul tu Am, dasar budak bodoh.." ejek Naim lagi.

"apa salah aku pada kau ah, sampai kau nak sakitkan hati aku? aku ada buat salah dengan kau ke?" marah Ika selepas segala kesabarannya sudah hilang.

"kau marah ke hah bodoh.. kau memang buat salah dengan aku, sebab keluarga kau tu malas nak kerja, sebab tu aku tak berpuas hati dengan kau, sebab keluarga kau bodoh.. dah la bodoh miskin lagi, hanya tahu meminta sedekah dari orang je.." sindir Amran lagi kerana dia cukup tahu semuanya kerana ayahnya suka menceritakan padanya tentang orang-orang kampung yang suka meminta-minta, mereka yang miskin semua dianggap menyusahkan oleh ayahnya.

"kau cakap apa hah? kenapa kau nak libatkan ayah dan mak aku sekali? ayah dan mak aku tak boleh kerja sebab mereka sakit, tapi apa yang menyusahkan, memang tu tanggungjawab ketua kampungkan bela nasib orang miskin.." marah Ika dengan lantang, cukup baginya untuk berdiam diri jadi dia harus pertahankan maruah keluarganya, tapi umurnya hanya 10 tahun untuk melawan kata dengan budak lelaki didepannya sekarang ini.. mereka semuanya sudah 13 tahun.

"yang masalahnya, keluarga kau je yang suka minta sedekah.. itu la, ini la.. memang tak tahu malu eh muka keluarga kau.." belum sempat Amran habiskan kata-katanya disudah ditampar oleh budak perempuan yang sudah kotor, comot lagi yang berada didepannya.

"pang!" pedih pipi Amran selepas ditampar tanpa sempat dia mengelak dahulu.

"Am, kau okey ke? dasar anak orang miskin.. kenapa kau tampar Am?" marah Naim selepas terkejut dengan keberanian yang ditunjukkan oleh budak perempuan yang mula ketakutkan selepas menampar anak orang kaya didepannya tadi.

"Naim, Shah kau pukul budak miskin ni sampai mampus.. berani dia tampar aku.." marah Amran dengan air mata yang mula gugur dipipinya.. malu diketepikan, sakit yang dirasakannya sekarang ini.

"pang!" satu tamparan hinggap dipipi Ika, yang sudah ketakutan, mana dia mampu lawan, tiga lawan satu.. satu tetap akan kalah.

"janganlah.. sakit.." merayu Ika yang sudah terbaring kesakitan selepas Naim, Amran dan Shah memukulnya tanpa henti sehinggalah dia pengsan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience