BAB 3

Drama Completed 681

Memang sejak dahulu lagi Datin Nadia tidak berkenan dengan calon pilihan Kazim.

Coco bukan sahaja pengunjung tetap kelab malam, malah pakaiannya juga bagaikan kain tidak cukup ela.

Sendat, padat dan nampak pusat. Entah di mana silapnya kornea mata anak tunggalnya ini hingga Coco terlihat begitu cantik di matanya. Mungkin kerana gadis genit itu begitu seksi.

Bagi Datin Mariam, definisi cantik bagi seorang perempuan adalah apabila mereka menyembunyikan aurat mereka daripada pandangan lelaki yang bukan muhrim.

“Tapi mama, itu pilihan Kazim ”, Kazim masih cuba mempertahankan haknya.

“Ingat sikit Kazim, Rasullullah sendiri pernah bersabda, “Wanita dikahwini kerana empat hal. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. Kalau kamu yakin Coco boleh berubah, mama izinkan kamu kahwin dengan Coco. Kalau kamu tak yakin, kamu harus nikahi Adira”, itulah kata putus yang diucapkan oleh Datin Mariam.

“Mama kan tahu Coco tu hidupnya macam mana daripada kecil. Mana boleh Kazim paksa Coco untuk berubah mama. Kazim pun suka dia macam tu”, jujur sekali jawapan Kazim kepada mamanya.

Datin Nadia sudah mula naik darah. Mahu sahaja ditangankan anak tunggalnya ini.

Mana bisa dia membiarkan anak tunggalnya ini hanyut dengan godaan dan keseronokkan dunia. Dia harus segera menikahkan anaknya dengan Adira. Itu yang terbaik untuk Kazim.

“Kalau itulah jawapan kamu Kazim, bersiap-sedialah. Hujung bulan ni mama mahu kamu menikahi Adira. Dia adalah yang terbaik untuk kamu”, Datin Nadia telah membuat keputusan.

“Tapi mama…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience