BAB 4

Drama Completed 681

“Tiada tapi-tapi. Cantik tu tak bawa ke mana Kazim. Kalau cantik yang kamu cari, Adira itu cukup cantik.. Kalau sempurna yang kamu cari, Adira cukup sempurna untuk dijadikan isteri. Mama dah buat keputusan. Selama ini mama manjakan kamu, mama biarkan kamu pilih jalan hidup kamu. Tetapi mama tidak mahu kamu memilih calon yang salah untuk di jadikan isteri. Kelak di akhirat bukan kamu sahaja yang dipersoalkan, malah mama juga akan di persoalkan kerana membiarkan kamu terus hanyut dengan dunia kamu tu”.

Melihat Kazim diam tidak berkata apa-apa, Datin Nadia menyuruhnya naik dan bersiap-siap.

“Pukul satu nanti turun ke bawah”, tambah Datin Mariam.

Kazim berlalu meninggalkan mamanya. Langkah kakinya begitu berat di rasakan untuk mendaki tangga banglo setinggi tiga tingkat itu menuju ke biliknya. Berat lagi hatinya mahu menerima insan yang tidak di kenalinya itu.

Adira. Nama baru dalam kamus hidupnya. Nama itu yang bakal merosakkan segalanya. Merosakkan kebahagiaannya bersama Coco. Sungguh, dia sangat benci dengan nama itu walaupun belum pernah melihat pemiliknya.

“Kau tengoklah nanti macam mana aku ajar kau Adira”, dalam diam Kazim sudah menyimpan dendam terhadap Adira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience