BAB 2

Drama Completed 681

Dia tahu Tengku Kazim bukan outstation atas urusan syarikat tetapi berbulan madu bersama kekasih hatinya Coco.

Air jernih itu menitis lagi di pipinya. Tidak di seka. Hanya di biarkan mengalir.

Tangannya di usap lembut ke perut yang tidak kelihatan terlalu membuncit.

“Sabarlah sayang. Mama akan sayang anak mama ni sampai bila-bila”, tutur Adira perlahan pada janin dalam kandungannya.

Usia kehamilannya sudah mencecah tiga bulan. Tidak di khabarkan berita itu kepada sesiapa. Walaupun kepada Tengku Kazim.

Dia tidak mahu simpati dari insan bernama suami malah dari keluarganya mahupun keluarga mertuanya. Adira mahu membuktikan dia bisa hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa.

“Kazim, mama nak kenalkan seseorang pada Kazim ”, tutur Datin Nadia lembut kepada anak tunggalnya pagi itu.

“Siapa mama?”

“Namanya Adira. Anak Aunty Laila kawan baik mama tu”, terang Datin Nadia lagi.

“Adira?”, tanya Kazim sepatah.

“Ya, Adira. Kazim siap-siap. Pukul satu nanti Aunty Laila akan datang dengan Adira. Mama ajak mereka lunch dekat rumah ni. Cuba kenal-kenal dulu.”

“Kenapa kena kenal dengan dia mama?”, soal Kazim lagi.

“Sebab Adira bakal isteri kamu”, jawab Datin Nadia ringkas.

“Tapi mama, Kazim dah ada calon pilihan Adri sendiri”.

“Siapa? Coco ? Perempuan macam itu yang kamu nak jadikan isteri? Perempuan yang setiap malam jadi penunggu nightclub tu?”, sinis Datin Nadia menuturkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience