Rate

4

Romance Series 12383

"Puan Amani?"

Amani memandang ke arah Ariana, pembantu kepada anak majikan. Siapa lagi kalau bukan..

"Tuan Adriz nak jumpa puan.."

"Hermm.. Okey.."

Sudah berminggu-minggu jejaka itu mengacau nya. Mesej tak terkira. Kadang-kadang jumpa pun boleh u-turn. Sakit kepalanya asyik berpusing. Ramai orang berkata yang anak majikan syok kat dia. Syok? Jadi dia syok lah? Hemp! Jangan harap. Kalau ikutkan hati nak berhenti kerja je tetapi memandangkan ayah dan ibu terpaksa berhenti atas kesihatan mereka, dia tidak berhenti kerja. Tapi stress menghadap Adriz berhari-harian.

Tok-tok

Automatik. Pintu itu terkuak sendiri. Biasalah. Kaya. Pintu pejabat pun automatik. Amani terus masuk ke dalam. Terpempan susuk tubuh lelaki yang sedang tidur. Eh eh.. Orang kerja bukan tidur. Siap berdengkur. Omel Amani.

Lama juga kaki Amani tergam. Ishh.. Dia ingat aku datang ni nak tengok wajah tampan dia tengah tidur ke? Siram air kopi panas kang, naya aku. Mahu sahaja libas dengan fail-fail yang berbungkus.

"Tuan Adriz Alfiq!"

Tak bangun.

"Tuan!"

"Tuannnnnn!!!!!!!!!" Maksimum jugalah suara Amani namun Adriz tetap lelap. Amani menepuk dahi. Menyampah!

Amani mendekati tuan majikan nya. Dia mengambil fail yang melambak itu. Segera dia melibas tuannya yang ternganga tidur. Pang!

Adriz terbangun. Dia memengang pipinya yang merah. Aiyoo.. Ganas juga si Amani ni. Adriz sengaja tidur pura-pura ingin merasakan kelembutan si Amani. Tak sangka Amani melibas nya dengan fail. Teruk gila.

"What the hell! Are you out mind!?"

"Tuan Adriz.. Kalau tuan nak saya tengok wajah tampan tuan tu, tak hingin saya tau. Lebih baik saya tengok wajah ayah saya walaupun dah tua daripada tengok lama wajah tuan Adriz yang tak berapa hensem.." selamba tetapi sakit di hati Adriz. Gagallah rancangannya. Macam tahu je Amani ni.

"Okey! I denda you! Buat kerja sampai 24 jam!"

Amani ternganga. 24 jam? Itu namanya dah gila tu! Ingat dia ni penjual 24 jam macam kat 7/eleven? Ye ye pun bagilah orang rehat.

"Why? Apa masalah saya? Ke libasan saya tu tak berapa sedap?" Adriz yang mahu merancang terasa sakit hati pula. Amani ni memang nak kena!

"Masalah awak, awak libas saya! Jadi awak kena tidur kat sini sampai pagi esok. Saya tak nak awak curi tulang!"

Amani mendengus. Ishh geramnya dengan anak majikan ni! Ini ke anak perangai Dato' Sheikh?

"Okey. Tuan Adriz. Secara rasminya, saya terima cabaran tuan ya.. Dan saya ni bukan jenis curi tulang eh? Saya ni baik orang nya nak menolong.." Amani tersengih. Puji diri sendiri. Eloklah tu.

"Okey.. But awak hati-hati. Dekat sini ada banyak hantu. Ehem-ehem.. Maklumlah bangunan ni lama sangat.. Takut nanti awak terjerit-jerit nama saya.." Sengaja Adriz mahu menakutkan si Amani. Yelah.. Amani ni jenis takut orangnya. Semua benda dia takut.

Amani berasa seram sejuk tetapi di hatinya tetap tenteram. Tidak mengapa, kita ada Allah. Kita minta pertolongan dari-NYA.

"It's okey, Tuan Adriz. Lagipun.. Tak hingin saya nak panggil nama tuan. Sebelum ni memang saya terjerit-jerit nama tuan lah.." Amani terus keluar tanpa mengendahkan tuan pejabat. Ah! Lantaklah ingat aku nakk sangat tengok muka hensem dia tu? Hemp! Simpang Malaikat 44!

----

"Wey Lisa.. Kau tak nak balik ke?" Pelik Izzah dan Kaira tengok Amani yang khusyuk menyiapkan kerja. Biasanya, Amani lah yang paling cepat kemas meja. Macamlah tak sabar. Padahal naik teksi, tiga minit dah sampai.

"Tak.. Aku tidur sini.."

"Camping ke?"

"Ha'ah.. Bos denda aku.. Sebab aku libas muka dia.."

Izzah dan Kaira tergelak besar. Ganas juga kawan karibnya.

"Hahaha.. Dia sayang kau lah tu.. Tu yang dia denda kau.."

"Eii.. Tak hingin aku nak kat dia.. Dia tu penghancur hati aku tau!"

Maklumlah, pemberitahuan pada Izzah dan Kaira yang dia dan Adriz pernah tidur bersama sebab duit. Izzah pun terkejut dengan ceritanya.

"Hermmm.. Okeylah.. Kami balik dulu.. Bye bye, cuit! Camping lah eh.."

Amani melambai tangan. Dia segera menyambung kerjanya. Tengok jam dah 8.30 malam. Semua dah siap. Solat dah. Makan dah. Kerja pun dah. Tapi apa nak buat? Ahlahhh.. Bosannya. Kalau waktu macam ni dia boleh sembang dengan ibu bapanya.

Amani melempar pandangan nya ke telefon nya. Hari ini, party kawan sekolah menengah dia tapi malangnya dia didenda. Apa nak buat ya? Kerja dah siap lama.

Buku yang tersusun rapi itu dibelek. Dia mengambil buku komik dahulu. Lukisannya sewaktu zaman sekolah rendah. Ada anime. Ada orang. Ada doodle. And cam cam lah..

Tiba-tiba terdengar ada orang memanggilnya. Amani.. Amani.. Dia berasa seram sejuk. Penghawa dingin yang sepatutnya dah mati tapi dihidupkan. Betul ke kata Adriz? Amani lekas mengambil Al-Quran di tepi meja. Dibaca surah-surah pendek. Moga-moga hatinya tenteram sejahtera.

"Oii! Amani! Saya panggil lah!"

Terhenti bacaan surah dari Amani. Dia menoleh belakang. Lah.. Adriz. Tapi.. Apa dia buat kat sini?

"Apa tuan buat kat sini?" Sedikit mesra. Tak ada lah guna 'Kau' & 'aku'. Biarlah sahaja. Namun hatinya masih terluka.

"Saya tengok awak lah.. Makin berseri awak sekarang ye.." Adriz memuji Amani. Namun Amani tak tertarik dengan pujian nya. Selebihnya dia mencebik.

"Kalau tuan nak puji saya, kenapa tuan tak hina saya macam dulu?" Aduh! Hati! Kenapa kau suruh aku jawab macam tu!? Omel Amani. Terasa air matanya bergenang. Adriz yang tengoknya kasihan.

"Amani.. I'm sorry.. Saya tak berniat buat awak macam tu.."

"Susah seorang wanita yang nak menerima lelaki yang melukaikan hatinya. Susah juga seorang wanita untuk memaafkan seorang lelaki yang meninggalkannya sewaktu dia kesusahan.." ceramah panjang Amani. Tiba-tiba air matanya berambu-rambu keluar. Aduhaii.. Babak drama apakah? Drama Aku Tak Terima atau Air Mata Ku. Hahaha! Sempat kau mereka eh Amani waktu kau tengah menangis sakan.

"Don't cry.. Little beb.."

"Don't touch me! Once you touch, I report to your father!"

Wajah Adriz berubah kelat. Yelah.. Ayahnya garang panas baran. Kalau ayahnya tahu yang Adriz pernah berseks dengan perempuan lain. Naya dia.

"Ooo Okey.." comel je suara Adriz.

"Awak tak ada kerja ke!?" tiba-tiba kasar bergema suara Adriz. Nada suara nya semaksimum sewaktu dia menangis dia tiada dara. Takut? Ingat dia takutttt sangat? Sampai nak panggil nama mak mak.

"Excuse me, saya kan dah kata. Saya bukan jenis curi tulang. Saya ni elok-elok rapi. Semua kerja tip top. Sebab itu saya pekerja terbaik.." Sengaja mahu memanaskan hati Adriz lagi. Riak? Tak ada lah. Dia ada niat cuma nak panaskan hati si dungu ni je.

Adriz menghela nafasnya. Semakin-hari, semakin biadap Amani kepadanya. Salahnya juga. Terlalu taksub dengan perempuan sehingga meninggalkan perempuan yang dia sayang bangat. Kini dia amat mencintai pada Amani.

"Okeylah.. Saya masuk dulu.." Lemah suara Adriz tutur. Dia melangkah hingga ke pejabat idamannya. Amani hanya memandang. Rindu? Memang berbaki tetapi egonya melangit apabila memandang wajah lelaki penghancur nya dulu!

Terasa mengantuk menguasainya. Dia tertidur lena dengan puas tanpa sebarang gangguan. Pasang niat mahu bangun pukul 2 pagi untuk solat tahajud tetapi dia terbatal. Maka esok sahaja lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience