Rate

3

Romance Series 12383

Amani mencelik matanya. Sinaran yang memancarnya membuatkan dia silau. Dia perlahan bangun. Amani memandang sekeliling. Dimana dia ni? Nampak ada tut tut. Mesti kat hospital. Apa yang terjadi? Dia mengingati kembali, namun dia masih tidak ingat. Sewaktu dia berlalu keluar di tempat wanita itu yang dia pengsan dan sewaktu pengsan lah dia berasa badannya dicempung. Adriz? Hah! Adriz!

"Amani!"

Amani memandang sebelah. Ibu, ayah dan Kak Liya. Amani memicit kepalanya yang sakit. Ibu terus mencium pipinya.

"Nasib baik Amani tak apa-apa.." ujar ibu. Amani mengerut dahi. Masih lupa apa yang berlaku. Aliya memengang tangan nya dengan lembut.

"Kak.. Apa yang.. Berlaku?" Aliya tersenyum. Ayah pula mengusap lembut kepala anaknya. Mujurlah tumbang sahaja. Tiada penyakit. Mungkin pening, pitam atau letih.

"Tadi ada lelaki call akak.. Dia kata Amani pengsan. Mujurlah lelaki tu kata tak ada apa-apa.. Lepas akak, ibu, ayah sampai, dia dah tak ada.." cerita Aliya. Ibu masih mencium tangan anaknya. Mana ibu yang tak risaukan keadaan anak? Pergi sekolah pun dah risau.

"Ad.. Adriz?" tiba-tiba nama itu muncul dari mulut Amani. Aliya dan ibu sudah pelik. Siapakah gerangan nama itu?

"Siapa Adriz?"

Amani tersedar. Dia sudah terkata. Opss..

"Eh tak lah.. Tak ada apa-apa.."

Wajah Amani menjadi pucat. Ibu dan Aliya merenung nya. Lama-kelamaan, mereka tidak merenung lama dengannya. Amani terus terlena kerana pening nya yang bermacam-macam.

.
. .

3 hari kemudian~

"Hye Lisa.. Let's go lunch!" Amani mengangkat wajahnya. Dia memandang kawan karibnya yang tersengih. Dia mengerling jam. Oh memang dah pukul 1.30 tengahari. Memang patut sunyi semacam tempat kerja ni. Memandangkan cuti mc kerana pening yang berat, memang banyaklah kerja dia. Kalau diikutkan sama tinggi dengan bangunan ni!

"Hermmm.. Kau pergilah dulu, Izzah.. Aku kena buat kerja ni.." Amani masih menekan-nekan keyboard itu. Penting sangat kerjanya ini.

"Emm.. Okeylah.. Aku pergi rehat dengan Ekka lah.. Kau nak apa-apa tak?"

"Hurmm.. Nak nasi goreng kampung lah.. Air sirap bandung.. Lepas lunch aku bayar.."

Izzah terus berlalu. Waktu demi waktu, makin menyepi tempat ini. Tiba-tiba ada benda yang terlintas di kepalanya. Ya Allah! Solat Zuhur! Amani lantas bangun dan mengambil beg telekungnya. Apabila dia hampir ke surau, dia terlanggar dengan susuk tubuh yang gagah. Lelaki juga. Amani menggosok pinggulnya yang sakit teramat.

"Miss.. Are you okey?"

Macam pernah kenal sahaja suara tu. Amani memandang tepat lelaki itu. Ah! Apa dia buat kat sini!? Adriz? Macam mana dia boleh ke sini!?

"Amani! Hye.. Buat apa?"

Buat apa dia kata? Buta ke? Aku tengah lalu kat tempat surau dia boleh pulak langgar aku. Omel Amani. Adriz menghulur tangannya untuk membantu nya tetapi Amani bangun dengan sendiri walaupun pinggulnya terasa amat sakit.

"Awak tak sayang saya ke? Amani?" kata Adriz. Comel saja suara dia tetapi itu tidak menarik hati terluka Amani.

"Selepas apa yang kau buat dekat aku, ingat senang aku nak terima kau balik?" kasar suara Amani walaupun Adriz tutur lembut je.

"Amani.. I'm sorry.. Could you accept me before this?"

Amani menarik nafasnya. Cepatlah.. Aku nak solat. Bukan nya nak sembang sejahtera dengan kau. Amani memeluk tubuh.

"Could you please go? Aku nak solat! Tepi please?" Amani terus menolak kuat sisi tubuh Adriz. Amani tahu yang si Adriz tu anak
CEO majikan ini, tapi dia tidak akan berlembut dengan Adriz selepas apa yang dia lakukan padanya.

----

Selepas solat Zuhur, Amani terus ke tempat kerjanya. Banyak kerjanya. Walaupun baru dia menempat, namun banyak kerjanya tak terhingga. Sehingga orang puji kecekapan kerjanya. Makin berkembanglah hati tapi tak adalah riak.

"Cik adik manis.. Mau nasi goreng?"

Amani mengangkat dagu. Oh! Izzul. Kawan sejahtera karibnya. Hahaa.

"Nah.. Nasi Goreng Special.. Tadi Izzah suruh aku hantar.. katanya dia punya tu datang harimau.."

Amani menggeleng kepala. Dia mengambil bungkusan dari Izzul. Seperti biasa, Izzul menyambar kerusi Izzah dan duduk. Dia tak kesah kerusi mana dia sambar. Asalkan ada tempat.

"Kau ni.. Hidup merempat tepi jalan eh?"

Izzul tergelak besar. Biasalah. Nampak bahagia je pasangan bakal pengantin ni. Yelah, seminggu nanti dah sah bersuami isteri lah. Amani tersenyum sipi.

"Hello Miss Melissa Amani! Hidup saya merempat tepi jalan tetapi lepas ni saya merempat di bilik dengan bidadari.."

Amani mencerlung mata. Eeii.. Miang lah bakal pengantin ni! Dia lantas menekan-nekan komputer di depannya.

"Banyak juga eh kerja kau?"

"Yelah.. Aku ni cari rezeki.. Bukan macam kau! Kerja pun sedekah kat aku je!" selamba Amani bertutur. Izzul buat muka tak bersalah.

"Alah.. Lek lah.. Nanti lepas aku kahwin, aku ambil kerja kau pulak.."

"Ye ye lah tu.. Nanti aku pancung kepala kau!"

Izzul dan Amani tergelak tawa. Tanpa disedari oleh ramai orang, ada satu mata yang mencemburui mereka. Siapa lagi, kalau bukan Adriz Alfiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience