Rate

8

Romance Series 12383

"Assalamualaikum.. Bye Ademin, ibu ayah.. Bye budak kecil!"

Amani terus membawa bagasinya selepas menyalam ibu bapanya. Hari ini, business trip bersama bos. Mula-mula terfikir juga. Dia dengan Adriz je ke? Bila Adriz kata dia, Hanie, Aryan dengan Adriz. Amani terus lega. Kalau tak macam-macam boleh berlaku.

"Banyak ke kerja kat New Zealand tu?" tanya Aliya sambil memfokuskan perjalanan nya. Amani menyenget senyuman nya.

"Tak adalah banyak. Cuma beberapa hari je.." Amani terus mengeluarkan telefonnya. Dia menelefon nombor kawan pejabat, Hanie dan Aryan.

"Hello.. Hanie.. Kau dah sampai ke?" - Amani

"Dah.. Cuma kau dengan Aryan je tak sampai.." - Hanie

"Oh.. Kejap.. 10 minit lagi dah sampai.." - Amani

"Hem.. Okey.. Cepat penerbangan kita lagi 1 jam je.." - Hanie

"Orait, girl!" - Amani

Aliya masih memandu. Lama-kelamaan, sampai juga di KLIA 2. Selepas dia bersalam dengan kakaknya, dia terus masuk ke dalam. Sibuk juga orang ramai di dalam itu. Amani masih mencari kelibat Hanie namun halimunan.

"Ani! Ani!"

Amani terkejut orang yang memanggilnya. Pusing belakang, oh Hanie. Mereka terus berpelukan sakan.

"Mana bos?"

"Makan. Ni.. Kau nak nasi lemak? Aku ada bungkus?"

Nasi lemak? Nasi lemak pa yang tengah malam ni. Tengok rupa. Elok lagi. Terus Amani menyambar nasi lemak di tangan Hanie. Lapar juga walaupun 3 kali tambah waktu dinner.

Amani menarik tangan nya ke arah tempat makan bosnya. Sok sek Adriz menelan makanan berat di depannya. Tengok pun selera lain macam. Hanie terus masuk ke dalam meninggalkan Amani yang terleka itu.

"Ani!"

"Oh ya.. Sorry.."

.
. .
.

"Wey Ani.. Aku dengar kau dengan bos pernah tidur sama eh?" Hanie terus bertanya apabila melihat Adriz nyenyak tidur manakala Aryan menyumbat telinganya dengan earphone. Celupar juga mulut kawan karibnya ini.

Hukkk!

Tersedak Amani dibuatnya ketika dia minum air mineral semasa di beli di cafe. Kini, mereka di penerbangan. Mujurlah dia sudah inform pada ibunya.

"Mana kau tahu ni?"

"Izzah.. Dia terlanjur kata kut.."

"Hermmm..."

Pipi Amani sudah blushing-blushing gitu. Malu mahu mengungkit kisah silam nya. Paling melampau! Amani menarik nafasnya. Dia menceritakan apa yang berlaku 3 tahun yang lepas. Sudah menganggak reaksi wajah Hanie. Pucat. Terkejut. Amani memengang tangan kawannya.

"Aku nak kau rahsiakan. Yelah aku tak nak jatuhkan peribadi bos kita. Tolonglah Hanie."

Hanie tersenyum. Dia mengangguk laju. Amani lega dengan kawannya. Tiba-tiba kepala Amani jadi pening. Apasal pula ni? Migrain ke? Dia memicit- micit kepalanya yang makin derita itu.

"Ani? Kenapa dengan kau ni? Kau pening ke?"

Hanie turut memberi nya ubat cap kapak. Mujurlah Hanie bawa. Kalau tidak mati dia kat sini. Masuk berita kang. Dia terus menyapu ubat itu.

Ahh.. Rasa lega.

"Lisa? Are you okey?"

Terasa tangannya disentuh. Terkejut apabila Adriz memandang nya dan menyentuh. Dia pantas menarik tangannya.

"Okey.. Pening sikit je.."

"Hermm.. Okey.. Awak jangan macam-macam ya.. Business trip kat sini sangat penting. So jangan buat hal!" tiba-tiba si Adriz ni marah. Tahulah business trip yang ni penting. Eleh kononlah dia kaya raya, tamak lagi. Pekerja dia tak jaga pula? Puaka punya bos. Kalau aku mati pun lantak ah. Dia nak drama air mata ke? Nak drama hero selamat heroin ke? It's not your business.
"Okey bos Adriz. Saya akannn jaga kesihatan saya ni.." Amani tersenyum jahat. Dia cukup geram dengan Adriz. Luka yang peristiwa hitam dahulu, masih belum sembuh. Amani mengeluh.

----

Amani tergamam melihat hotel yang sebesar ruang tamu. Gila kau tak besar. Ini boleh muatkan 23 orang ( eh eleh.. Saje je) . Dua katil single saiz Queen. Dua almari dan dua bilik air. Wah.. Bos memang merempat hidup. Tak kesah berapa pun janji duit ada.

"Hermm.. Ani.. Malam ni rehat santai. Esok kita dah kena pergi" pesan Hanie.

"Orait!"

Amani terus melompat katil idamannya. Di baring elok-elok. Rasa selesa menyelubungi nya. Dia memandang pemandangan melalui tingkap. Sungguh indah apabila malam. Dia membuka tudungnya. Tiba-tiba ada lelaki sergah masuk.

"Ahhh! Pergi!"

"Ani! Ani!"

Amani tersedar. Dia memandang lelaki itu. Adriz? Dia terus mengambil tudungnya semula. Hanie tidak kesah lah sebab dia free hair.

"Kenapa dengan kau ni?"

"Kenapa bos tiba-tiba masuk ah!? Bos tak ada adab eh? Sergah-sergah masuk bilik anak dara?"

Hanie yang memandang nya pelik. Hemp! Jangan cakaplah, Hanie tu memang gatal sikit. Malam bagai mencari rumput. Tu yang Hanie tidak kesah sangat pasal lelaki-lelaki ni.

"Hei! Berani kau panggil aku tak de adab? Biarlah aku sergah! Nak tengok sahaja!" Adriz cukup berang.

Amani menghampiri tuannya yang bodoh itu. Dia memeluk tubuh.

"Excuse me, tuan. Dalam islam, singgah bilik anak dara memang biadap tau. Anak dara pun kalau dia singgah bilik laki pun biadap.. So go away before I call security!"

Aip! Aip! Macam dia pula bos. Bisik hati Adriz. Tengok muka Amani memang bengang nampaknya.

"Hei! hei! kau bos ke atau aku?"

Amani mengeluh. Dia mengaku kalah. Yelah bos kan. Ada hak bos dia untuk marah tapi dia pun ada hak untuk marah bos nya yang makin biadap. Tentu bawa banyak perempuan untuk pancut. Eii! Macam-macam. Kalau ikut dalam list calon suami untuk Amani, dah blacklist!

"Dahlah! Aku nak pergi bar.. Kalau korang nak merayap, masuk sini sebelum pukul 2 pagi!" tegas suara Adriz dilontarkan. Amani terus baring di katil. Malas untuk berjalan. Sakit kaki. Baik tidur untuk perjalanan esok.

"Wey Ani! Kau tak nak keluar ke?"

Amani memandang Hanie yang sedang bersiap. Baju nampak perut. Pakai seluar pendek pula tu. Yelah.. luar negara. Orang tengok pun tak kesah tapi baginya berdosa. Mendedah-dedahkan aurat.

"Tak nak.. Aku nak tidur.. Ngantuk" kata Amani. Hanie mengangguk. Lama-kelamaan, lampu bilik menjadi gelap dan kelibat Hanie menghilang. Amani terus mengenyeh matanya. Dia mencapai telefonnya yang mengecas.

"Aikk? Bila masa Ademin telefon?"

Tengok mesej. Lama kot. 2 jam yang berlalu. Mungkin dia tidak sedar kot. Kalau kat Malaysia mesti dah petang. (Sorry.. Sis tak tahu sangat masa kat luar negara soo.. Bedal je.. Herher)

"Hello Ademin? Kenapa call?" - Amani

"H iiello Amani.. Saja.. Call BFF.. Apa salahnya?" - Ademin

"Haha.. Bukan apa.. I cuma ngantuk. Sorry lah tak jawab call.." - Amani

"It's okey friend.. Lega u angkat. Tak adalah risau sangat.." - Ademin

"Tak ada apa apa lah, min. Don't worry.. I'm okey at here.. Well.. I tak pernah pergi dunia kanggaru ni.." - Amani

"Hahaha! Okey! I want to go play with Tasha.. Bye beby.." - Ademin

"Bye Min!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience