Rate

Bab|2

Romance Series 1399

"AWRA, Alyysa, Dayini, Nita, Akif, Irfan, Amir, Faiz, Fais, Insyirah, Bella, Abil, Wan, Haikal, Nash, Laili, Lyshee, Aiva dan Asya. Semua ada?"

"Ada..."

"Baiklah, tanpa membuang masa lagi, marilah kita ke segmen yang seterusnya iaitu segmen 'Jejak Kasih Yang Dah Basi'."

Awra tersengih. Ada-ada saja pengacara ni.

Dua jam sudah berlalu, dan sekarang adalah segmen kemuncak iaitu segmen 'True or Dare'. Permainan ini selalu kami mainkan semasa zaman persekolahan jadi tiada masalah bagi kami memandangkan kami semua sudah mengetahui peraturan permainan ini.

Kami semua duduk bersila di atas lantai dan yang menjadi pemisah antara kaum wanita dan lelaki ialah dua buah kerusi plastik.

Pensil mula dipusingkan dan dia menjadi mangsa yang pertama. Memandangkan dia amat malas untuk bangun atau membuat sebarang 'dare', dia hanya memilah 'true'.

"Aku nak tanya." Ujar Wan yang sedari tadi hanya memilih untuk mendiamkan diri.

"Kau pernah crush dekat aku tak?"

Dia terdiam buat seketika. Nak tipu ke jujur. Hmm... Kalau tipu pun bukan orang tau pun. Tapi Allah tau Awra. Dan, dia memilih untuk... "Pernah."

Dan, telinga Wan merah.

AWRA membuka pintu rumah dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu teman serumahnya yang sedang lena diulit mimpi.

Reunion itu sepatutnya menemui penamatnya tepat pada pukul 9.00 malam. Tetapi, disebabkan kami semua membuat keputusan untuk solat berjemaah bersama di surau berdekatan, maka, kami pun pulang pada pukul 9.30 malam.

Dan, dia amat bernasib baik kerana Nita sudi menghantar dia pulang ke rumah kerana semua disitu sudah sedia maklum yang dia tidak mempunyai kereta walaupun dia sudah mempunyai lesen kereta.

Melangkah sahaja masuk, dia terus menuju ke biliknya yang dikongsi dengan salah seorang teman serumahnya iaitu Zaitun. Dia tidur siap berdengkur lagi. Atun, Atun.

Siap menukar baju, dia mendapati yang telefonnya bergetar menandakan masuknya mesej. Dari Wan.

Imbas Kembali

"Arwa."

"Allah, terkejut aku. Fuh, kus semangat. Tak guna kau!" Hampir sahaja jantungnya jatuh pabila mendapati Wan muncul tepat dihadapannya tika dia keluar dari bilik air.

"Emm... Aku nak nombor kau boleh."

Dan, disebabkan oleh dia mahu cepat-cepat berambus dari situ, dia pun dengan separuh hati relanya memberikan nombor telefonnya kepada lelaki itu.

Kini

Selamat malam Arwa :)
Wan

Dia tidak membuka mesej darinya dan hanya melihat dari notification sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience