Rate

Bab|3

Romance Series 1399

USAI mengenakan pakaian, kakinya menuju ke dapur yang sedari tadi berasap menandakan Atun sedang memasak.

Di dalam rumah ini, hanya Atun sahaja yang paling terer memasak. Seterusnya diikuti dengan Alyaa dan Uyaina. Dan, semestinya dia yang terakhir.

Jangan terpedaya dengan kelembutannya dalam berniqab, dia sebenarnya dalam bab memasak paling kecundang sekali.

Orang kata memasak ni ikut firasat. Tapi sekali dia ikut firasat, hmm... Kelaut pulak rasa dia. Tetapi lain pula dengan membakar kek dan manisan. Sampai dirinya itu berjaya membuka sebuah kedai kek dan manisan. Dan, nama yang diberi kepada kedai itu ialah Bakery's Waiyaa. Hasil gabungan namanya, Alyaa dan Uyaina. Manakala, Atun pula ialah seorang sous chef di sebuah hotel terkemuka.

"Kau nak banyak ke sikit nasi goreng ni?"

Pergh, bukan sebarang nasi goreng yang Atun masak ni. Nasi goreng Usa kut. Disertakan lagi dengan dua biji telur mata yang tengahnya hanya menunggu masa untuk dicucuk dan meleleh. Kecur air liur buatnya.

"Banyak of course."

"Terima kasih, sous chef."

"Hmm, aku nak pergi dah ni. Mungkin dalam dua ke tiga hari aku balik. Mohon jangan rindu."

"Kalau aku rindu pun bukan kau la, tapi masakan kau. Hehe, jangan marah. Ni, mana Alyaa dengan Uyaina ni?"

"Dua-dua dalam bilik air. Sebab kau masak semalamlah."

Yup, semalam dia masak ayam masak kicap. Entah mana silapnya, dia terletak cili kering yang telah dipeskan oleh Atun banyak gila sampai dia menukar nama dia jadi ayam masak merah sebab warna kuah tu dah bertukar jadi warna merah.

Si Alyaa dengan Uyaina tu pulak pergi makan banyak gila sebab diorang tak sempat nak makan masa dekat bakery. Entah apa entah yang diorang buat sampai tak sempat makan. Nak kata bakery kami terkenal, hmm, sehari lima orang pun tak tentu lagi kedatanggannya. Hei, bakery kami bukan tak laku ya!

Atun memang balik lambat malam tu. Dia pulak makan maggi je. Tengok, tuan punya masakan pun tak nak makan masakan dia. Haih, apa nak jadi lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience