Rate

Bab|1

Romance Series 1399

JAM di dinding di kerling. Lagi 40 minit majlis akan bermula. Awra mengikat tali niqab dan mengenakan tudung bawal hitam berbidang 60. Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, dia menuju pula ke bilik dan mencapai sepasang sarung tangan serta stokin.

Pin, pin.

Dengan segera dia keluar dan memakai sepasang kasut. Memandangkan teman serumah dia semuanya mempunyai kunci rumah setelah peristiwa Alya terpaksa tercongok di depan pintu rumah selama empat jam dan kami semua insaf, dia tidak perlu risau lagi mengenai hal ini.

"As- Hai pakcik, maaf saya lambat." Hampir sahaja dia menberikan ucapan salam kepada pakcik grab ini. Kalau tidak, sia-sia saja mendapat malu.

"Eh, tak mengapa eh. Ni, anak ni nak ke mana?"

Dia tabik dengan kefasihan pakcik ni dalam berbahasa melayu. "Emm, saya nak pergi Hotel Permata pakcik. Ada reunion sikit." Lancar dia bertutur.

"Pakcik nak tanya ni. Maaflah kalau anak terasa ya. Kenapa anak ni pakai tudung sampai tutup muka? Tak panas ke? Ataupun anak ni sakit? Tapi bukan kalau orang sakit pakai penutup muka ke? Tak pernah dibuat orang ni."

Hampir tergelak dia mendengar soalan pakcik ni. "Ini bukan tudung pakcik, ini orang panggil niqab ataupun purdah. Saya pakai ni bukan sebab sakit, tapi sebab Tuhan saya. Lagipun benda ni tak panas pun pakcik. Selesa adalah."

"Tapi selama pakcik hidup ni, anak orang pertama yang pakcik nampak orang pakai benda ni. Kenapa orang lain tak pakai pulak?"

"Zaman dah berubah pakcik. Tapi kalau pakcik naik mesin masa doraemon dan pergi ke masa lalu saya pasti, hampir kesemua orang memakainya." Dia tersenyum dengan kata sendiri. Pakcik grab ini pula dah tersengih sehingga menampakkan gusi.

"Pandai anak buat lawak. Terhibur pakcik. Ni kita dah sampai ni."

"Terima kasih pakcik, nanti saya order grab dengan pakcik lagi."

"Sama-sama nak. Tapi nanti tu pakcik mungkin dah ke tempat lain."

Matanya hanya memandang pakcik itu pergi dengan pandangan ekor mata. Dengan lafaz basmallah dia menuju masuk ke Hotel yang gah berdiri di hadapannya.

"Cik ni siapa ya?"

"Saya Awra Kaseh Binti Muhammad Asif."

"Selamat datang dan silalah masuk."

Fuh, gementar rasanya pabila kaki kanannya mula melangkah memasuki perkarangan hotel ini. Cantik. Bertemakan flora.

Tanpa dia sedari, dia telah melanggar satu susuk tubuh. "Eh, maaf-maaf."

"Eh, tak apalah. By the way, cik ni siapa ya?"

Mukanya berkerut. Mungkin kehairanan. "Aku Arwa lah Amir. Takkan dah lupa kut."

"Arwa mana eh. Eh, lah. Awra ke? Lain kau sekarang."

"Em... Jomlah kita masuk." Dia melangkah dan meninggalkan Amir yang terkaku di situ. Arwa adalah nama panggilan dia masa zaman sekolah. Kenapa? Sebab diorang kata 'Awra' ni macam glamour sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience