Dunia Lama

Fantasy Completed 8305

Hari ini mendung lagi. Ahhh! Aku tidak tahan hidup disini. Tiada sesiapa yang baik! Hanya topeng sahaja semua orang yang baik itu! Aku tidak diminta dilahirkan di sini. Kota yang penuh kegelapan,tanpa persahabatan. Aku tidak percaya pada sesiapa lagi!

Prangg! Bunyi yang biasa bagi ku. Semua barang aku akan ku hentak,pecah dan pukul. Semua itu normal. Aku tinggal di rumah ini berseorangan. Bila perlu aku akan keluar dan hanya mencari apa yang perlu. Tak pernah aku sangka yang aku ini hanya anak angkat yang tidak punya apa-apa,tidak mengenali ibu ku mahupun ayahku.

Aku ambil kot ku. Aku perlu keluar. Tapi ku mahu bersendirian. Di hujung Kota Metropolitan inilah rumah ku. Rumah yang sunyi dan sepi.

Aku berjalan bersendirian di tepi jalan itu.

Buk!Ah siapa pulak aku langgar ni?

"Miss,awak okay?" kenapa suara dia lembut yang amat?

"Yeah, Saya okay" Aku pergi meneruskan perjalanan sahaja.

"Miss,apa nama awak?" Aku sedikit terkejut,tiba tiba dia sudah dihadapan aku.Rasanya aku berjalan bertentangan dari arah dia berjalan.

"Nothing" Aku mahu teruskan perjalanan ku pulang.

"Oh, Nama saya Everything. Selamat berkenalan, Nothing"
Dia ni gila ke? Aku rasa aku paling gila kot kat sini.

"Alia" Aku malas nak melayan.

"Amir"Dia muncul di depan ku kembali.Ah! Dia ni dah kenapa?

"Saya tahu awak sunyi.Jom ikut saya ke suatu tempat.

"Tempat yang saya nak pergi sekarang ialah rumah saya."Aku terus melangkah lagi.

"Awak akan gembira di sana"

"Okay, nak ke mana sekarang ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience