Pari-pari Adam

Fantasy Completed 8305

"Cik Alia, Saya akan bantu awak ke dunia asal awak." Satu suara muncul di sisi ku.

"Siapa awak?"

"Saya Adam,Pari-pari Adam."

"Why should I believe in you?"Aku masih tidak mampu percaya orang lain. cukuplah dimainkan sekali sahaja.

"Kesian kau ni kan?" Dia bersuara.

"Apa maksud kau,hah!?"Aku tak faham siapa dia dan apa yang dia nak.

"Aku pergi dulu tengok lah kau nak pergi ke dunia lama atau tidak?"

"Aku tidak mahu!"

"Kenapa?" Dia bertanya ku kembali.

"Aku mahu kenangan ni kekal. Di sana hanya kegelapan yang ada. Aku mahu kan sesuatu yang indah." Aku terduduk di salah satu batu yang terdapat di situ.

"Kau patut bersyukur. Hidup kau tidak sukar.Kau masih mampu makan & minum. Banyak lagi manusia lain yang tak mampu makan&minum. pakaian pun mereka tidak mampu dibeli." Tambah Adam tu.

"Aku tahu. Tapi dunia ni ada keindahannya sebelum ini. Dan aku mahu kekal dengan kehidupan itu." Aku membantah.

"Kau tengok sekeliling kau sekarang?"Ada lagi keindahan ke?"Aku lihat sekeliling aku. Yang ada hanyalah bangunan bangunan yang runtuh.

Dia duduk disebelah ku."Sekarang, biarlah aku yang membantu kau mencari kebahagiaan kau di dunia luar. Hujung Dunia ini memang bukan buat kamu."

Aku pergi.Aku tidak mahu dengar apa apa lagi dari mulut dia. Aku tak percaya. Aku yakin. Pasti tempat ini akan berubah esok. Aku percaya tempat ini pasti akan berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience