Ego Adam

Fantasy Completed 8305

-Adam-

Kenapa Permaisuri Izza culik Amir? Aku syak dia nak musnahkan Taman Pamela. Tapi kenapa dia tak lakukan dari awal lagi? Mesti ada sesuatu yang diperlukan dia sekarang.

"Heh Adam! Kau datang juga rupanya."

"Mana Amir!?" Aku mesti cari Amir. Dia sayang akan Alia dan pastinya aku akan menyelamatkan Amir.

"Alia baik kau ke belakang" Alia mengundur ke belakang tiang yang ada.

"Mari kita berlawan!!"

"Heh.Depan perempuan ni kau bolehlah" sinis.

Aku mulakan gerakan dengan melompat ke atasnya dan bergerak laju ke tempat lain.

"Heh Kau nak kejar aku pun tak larat!" jerit aku. Nasib baik kuasa aku kepantasan. Amir pula kekuatan tetapi Amir hanya mampu menggunakan kuasanya apabila dia marah.

Arghhh!! Tangan kanan aku terkena kuku panjang Permaisuri jahat itu. Tangan aku luka. Dia menekan perut aku dengan kuku panjangnya. Argghh!!!! Tersembur darah dari mulutku.

Permaisuri itu mendekati Alia. Aku harus lakukan sesuatu.

"Alia!! Ambil pedang ini dan lawan!" jerit ku sambil membaling Pedang Shamning aku.

"Cis, perempuan celaka! Biar aku kerjakan kau!" Jerit Alia. Dia tangkas dan cekap memegang pedang.

Aku terlihat di pinggang Alia ada bekas air. Baru aku ingat Permaisuri Izza seorang pari pari jahat. Dia lemah terhadap air.

"Alia!! Simbah dia dengan air!!" jerit aku.

"Baiklah.." Kata Alia.

Dia membuka botol air itu dan membaling botol itu diatas permaisuri jahat itu.

Air tumpah. Yang tinggal hanya Permaisuri Izza yang sudah reput. Tinggal tulang sahaja.
Aku kagum dengan Alia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience