Bab 10

Romantic Comedy Series 44935

Dua minggu kemudian,

Salina tetap bersembang dengan Amshar seperti biasa. Walaupun Amshar diam membisu setiap kali diajak bersembang. Tetapi Salina tetap bercakap. Terasa seperti sudah terbiasa pula bercakap dengan ammat yang macam dindin ni.

Amshar seperti biasa, hanya mendengar Salina berkata-kata. Dia terasa seronok dan tidak bosan langsung. Walaupun dia tidak memebrikan respon seperti orang lain tapi setiap butir kata Salina dia mendengar dan faham. Cuma dia mahu untuk membalas.

“ Oh, ada boyfriend tak mahu beritahu Makdengan Baba. Pandai anak Makberahsia-rahsia sekarang, ya?” usik Puan Khatijah di ruang tamu bersama dengan Tuan Abdul Manan.

Salina baru sahaja balik dari kerja petang itu. Dia hairan. Siapa yang dimaksudkan oleh Uminya.

“ Eh, mana ada lah. Mengarut saja. Mana mak dapat cerita ni? Siapa yang bagi tahu pada mak?” Salina menafikan kata-kata maknya itu.

Puan Khatijah mencebik.

“ Yalah, habis siapa tadi itu?” soal Babanya.

“ Tadi….siapa?” soal Salina pula. Hairan betul!

“ Ish…budak ini! Ada rombongan tadi meminang Salina. Tak akan kamu tak tahu?” Jawab Babanya.

“Hah! Be..b..b..betul? Huh….?” Salina terkejut dan hairan. Kepalanya berpinar. Dia tidak tahu sama ada ini mimpi atau realiti.

“ Ya, akak. Hensem betul bakal abang ipar kita orang, kan Mastura?” ujar Masliya mencelah perbualan mereka tadi.

“A’a, muka dia ada iras-iras Jun Hyung…..” sambut Mastura. Salina hairan Takkan pula…?

Dia tersenyum lebar.

“ Alelelele, Salina seronok!” usik Saleh pula

Salina tersipu malu, dia bergegas masuk ke biliknya untuk mengganti pakaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience