Bab 2

Romantic Comedy Series 44935

Salina melihat Amshar di bilik sebelah sedang sibuk menganalisis data-data penegeluaran barangan yang hendak dipindahkan ke komputer.

“ Betulkah? Betulkah…mamat ni membosankan…? Macam apa yang dikatakan En. Hanifah tadi. Mungkin lah kot. Aku perhatikan dari sini pun dia macam sibuk dengan kerja dan dunia dia sendiri. Kalau aku pun mesti dah sedar ada orang perhatikan. Ni tak…”

Salina seakan tidak percaya lelaki sekacak Amshar itu seorang yang membosankan. Tak patut betul En Hanifah menipunya.

En. Amshar memandang Salina, tetapi cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Berdebar jantung Salina dengan lajunya tatkala pandangannya bertembung dengan En. Amshar walaupun hanya untuk seketika. Alamak terkantoi pula!

Dia tersenyum lebar. Pipinya merona merah. Bulu romanya menegak seperti baru berjumpa dengan hantu. Perasaan lain daripada yang lain meresap dalam tubuhnya.

“ I say man! Salina…Salina…..Apa fasal dengan aku ni? Ingat Allah. Aduh, banyak betul syaitan dalam pejabat aku ni!” Salina cuba menyedarkan dirinya daripada terus melayan perasaan itu. Hatinya tak mampu menipu. Pandangan tadi walaupun sekilas membuatkan darahnya berderau secara tiba-tiba. Seperti ada satu cas elektrik terkena tubuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience