Series
44935
“ En. Amshar! Selamat pagi!” sapa Salina sebaik sahaja melihat Amshar masuk lif.
Amshar menunduk. Sapaan itu tidak dijawabnya. Hanya mengoyakkan sedikit senyuman kepada Salina dan dia kembali tunduk ke bawah. Entah apa yang dimalukan pun tidak tahu.
“ En. Amshar, saya dengar Kafe yang baru buka depan sana makanannya sedap.” Uajar Salina. Amshar diam seperti biasa. Tapi telinganya menangkap butir kata dari mulut Salina.
“ Jom, kita makan masa lunch nanti. Encik Amshar belanja. Hehe, saya tak ada duit lagi. Baru masuk kerjalah katakan. Boleh,kan?” pelawa Salina tak malu. Diam.
“ Okeylah, saya belanja. Boleh lah?” pinta Salina lagi.
Pintu lif terbuka.
Amshar masih terdiam. Memandangkan Amshar tidak memberi sebarang reaksi, Salina berlalu sahaja dan tinggallah Amshar seorang diri yang masih tidak berganjak dari lif. Masih terdiam.
Share this novel