Rate

02

Action Series 1779

Tumblr panas itu diletakkan di lantai perlahan-lahan. Chopstick kayu pakai buang dibuka pembalutnya dan dipatahkan dua. Dia mendapatakan chopstick itu di 7- Eleven ketika makan tengah hari tadi. Dia juga turut ikut duduk bersila di hadapan Hayden.

"Nah, makanlah. Slow-slow, panas." Rayyan menghulurkan chopstick itu kepada Hayden.

Hayden terpinga-pinga. Tapi huluran itu disambut. Dia hanya memegang chopstick itu.

"Kau tak pandai guna chopstick ya?" Tanya Rayyan lembut.

Hayden menggeleng. Mee segera yang berada di dalam tumblr itu juga direnung. Nafas dihela perlahanan.

Rayyan yang memerhati gerak-geri Hayden itu tersenyum tipis. Chopstick di tangan Hayden diambil semula.

Dia mengambil sekeping tisu. Lalu diletakkan chopstick diatas dan digulung, lalu dilipat. (Tak tahu nak explain macam mana tapi saya rasa korang pernah jumpa hack
ni¯_(?)_/¯ )

Chopstick itu dihulurkan kembali kepada Hayden. Hayden mengambilnya.

"Senang sikit." Ujar Rayyan. Hayden mengepit-ngepitkan chopstick itu. Hmm betullah senang sikit.

Mee segera di dalam tumblr itu ditiup- tiup sebelum dia memakannya.

"Aku bukannya tak nak ambik pinggan sudu apa semua tu kat dapur. Tapi diorang guna untuk makan oink-oink. Haram." Rayyan berkata.

Hayden tersenyum. Jelas dia sedikit terhibur dengan gaya Rayyan mengatakan oink oink itu.

"Hensem jugak kau ni." Rayyan memuji. Lesung pipit timbul di kedua belah pipi Hayden. Dia tersenyum lagi.

"Weh cakap la juga. Aku sorang aje yang bercakap dari tadi." Rayyan bersuara. Tangannya disilangkan ke dada dan kepalanya disandarkan ke hujung katil.

"Saya ni diculik ke?" Akhirnya Hayden bersuara. Perlahan saja. Mee segera itu dimakan lagi.

"Huh? Apa dia?" Rayyan bertanya. Suara Hayden terlalu perlahan.

Hayden menghirup mee segeranya sebelum berkata. "Saya ni dah kena culik ke?" Sedikit kuat, tapi masih perlahan.

Rayyan menghela nafas. "Kau ni dah hensem dah, tapi suara macam pondan. Kuatkan sikit. Gennie memang tak banyak cakap, tapi suara dia lagi kuat dari kau." Sengaja Rayyan memetik nama North, supaya Hayden rasa tercabar.

"Saya kena culik ke bang?" Akhirnya, suara dia seperti orang normal. Rayyan tersenyum.

"Tak dikira culik jugalah sebab kau pun tak ada mak bapak. Duduk sorang-sorang." Balas Rayyan. Kepalanya disandarkan kembali ke hujung katil.

"Lepastu kenapa Ever? Beret? Eberert? Ever.." Berbelit lidah Hayden mahu menyebut nama Everette. Rayyan tergelak kecil mendengarnya.

"Ery. Uncle Ery. Dia suruh kau panggil dia Uncle Ery kan." Rayyan memotong percakapan Hayden.

Hayden tersengih. Dia sendiri pun berasa lucu dengan diri sendiri. "Uncle Ery. Haa kenapa dia bawak saya balik rumah dia?"

"Haih, kan dia cakap, dia nak ambik kau jadi anak angkat. Umur kau 8 tahun kan kau cakap dalam kereta tadi? Maknanya, kau tua dua tahun dari Gennie. Kau jadi abang." Panjang lebar Rayyan menjelaskannya. Budak Hayden ni tak dengar ke orang duk bercakap tadi.

"Ohh. Saya tak faham apa yang dia cakap tadi. Dia cakap bahasa pelik." Balas Hayden mee segera sudah habis dimakan.

"Bahasa Inggeris. Kau tak faham?" Soal Rayyan. Hayden hanya menggeleng.

"Bang, nak air." Hayden meminta.

"Oh, kejap." Rayyan bangun. Lalu dia mengambil sebotol air mineral di atas meja ditepi katil. Lalu dihulurkan ke arah Hayden.

Hayden meminum air itu. Rayyan melihat ke arah kaki Hayden. Banyak kesan luka dan lebam-lebam.

"Kau pergi main dalam semak mana ni? Banyak nya luka." Rayyan bertanya. Dia melihat ke arah Hayden yang sedang minum air itu.

Baru dia perasan kepala Hayden luka kerana terkena serpihan kaca. Dengan pantas dia mendekatkan dirinya ke arah Hayden.

Hayden yang sedang meminum air itu agak terkejut dengan Rayyan yang datang mendekat. "Eh." perlahan suaranya.

"Kepala kau luka la. Kuat juga ni. Tak sakit ke?" Tanya Rayyan. Nada suaranya kedengaran risau.

Hayden ingin menyentuh luka di kepalanya, namun dihalang oleh Rayyan. "Jangan sentuh, nanti kena jangkitan kuman."

Dengan pantas di menarik Hayden untuk berdiri. Tertarik Hayden dibuatnya. Botol air kosong terlepas dari tangannya. Dengan pantas Rayyan menariknya keluar dari bilik itu.

"Everette!" jerit Rayyan kuat. Beberapa saat kemudian muncullah Everette dari tingkat atas.

"Apa?" soalnya dingin.

"Kepala Hayden luka sebab kau tonyoh dia kat tingkap tadi. Nak aku bawak pergi hospital?" Edward bersuara. Rayyan sudah memberi tahunya.

"Tak payah bawak pergi hospital. Aku taknak dia ada rekod dengan kerajaan. Call Doktor Ruby. Biar dia dirawat dari rumah." Everette memberi arahan.

Dengan pantas Edward menelefon Doktor Ruby. Doktor Ruby memang doktor peribadi Everette.

Sudah seminggu Hayden di bawah jagaan Everette. Hayden juga sudah mula terbiasa dengan suasana baru.
Dia sedang mencangkung di kawasan mansion mewah milik Everette. Batu-batu kecik di situ dimain-mainkan. Kepalanya masih berbalut kerana lukanya yang masih belum sembuh sepenuhnya.

"Hayden, mari makan. Ibu dah masak nasi goreng!" jerit seorang wanita separuh umur dari sebuah rumah kecil, tapi masih dalam kawasan mansion mewah Everette.

Rumah itu tidaklah kecil, tapi kalau dibandingkan dengan mansion Everette, memang kecillah ia. Tapi tak kecil pun. Haa macam mana?

"Baik ibu." Hayden tersenyum lebar sebelum berlari ke arah rumah itu.

Itulah Puan Suraya. Ibu angkat kepada Hayden. Everette membayar dia supaya dia menjaga makan, minum dan keperluan agama buat Hayden. Tapi Puan Suraya memutuskan untuk menjadi ibu angkat kepada Hayden.

Puan Suraya sebenarnya memang sudah lama bekerja dengan Everette. Dia adalah pengasuh North ketika gadis itu berumur 2 tahun. Dia menjaga North sehingga gadis itu berumur 4 tahun. Sekarang tidak lagi.

"Cuci tangan bersih-bersih dulu. Kejap lagi kita mengaji. Kita tunggu Dayang balik dulu." Ujar Puan Suraya.

Hayden meluru ke sinki dapur. Tangannya dicuci dengan sabun. Kemudian dilap di kain yang digantung di tepi sinki. Khas untuk mengelap tangan.

Dia menarik kerusi meja makan lalu duduk. Pinggan yang sudah berisi nasi itu diambil.

"Dayang dah balik!" laung seorang gadis kecil. Itu adalah Dayang Qurratul. Anak perempuan kepada Puan Suraya. Dia baru pulang dari sekolah.

Hayden yang sedang menjamu selera itu memalingkan wajahnya ke arah suara itu. Senyuman dilemparkan.

"Dah balik? Duduk makan sekali dengan Hayden. Ibu dah sediakan nasi goreng." kata Puan Suraya lembut. Dia keluar ke pintu dapur untuk menjemur ikan kering.

Dayang meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi meja makan yang kosong. Dia menarik kerusi lain yang berada di hadapan Hayden. Dia melabuhkan punggungnya.

Pinggan nasi yang telah disediakan dicapai.

"Seronoknya pergi sekolah. Awak pergi sekolah, saya bosanlah tak ada kawan." Hayden bersuara. Senyuman masih utuh.

Dayang yang sedang makan itu tergelak kecil.

"Main la dengan Gennie. Dia kan adik awak." balas Dayang lembut.

Hayden mencebik. Main dengan North? Tak naklah dia. Gadis itu pelik.

"Tak naklah saya. Dia pelik. Dia pakai rantai pelik juga. Seram saya dengan dia." balas Hayden. Nasinya dimakan lagi.

Puan Suraya yang baru masuk dari pintu belakang itu duduk di meja makan juga.

"Minggu depan, Hayden dah tak bosan lah. Sebab Hayden, Dayang, Gennie akan belajar sama-sama." ujar Puan Suraya. Senyum manis tak lekang dari bibirnya.

"Ha? Belajar sama-sama? Gennie nak masuk sekolah Dayang ke?" ujar gadis itu.

Sudah berkali-kali dia mengajak North untuk masuk sekolah bersamanya. Tapi gadis itu asyik mengungkapkan kata-kata pelik.

"Sekolah kau tu, ada ajar cara-cara nak sembelih?"

"Sekolah kau tu, ada ajar tak macam mana nak buat racun sendiri?"

"Sekolah kau tu, ada ajar tak macam mana nak cabut kuku dari jari kita?"

"Sekolah kau tu, ada ajar macam mana kita nak bunuh orang?"

Dan macam-macam lagi. Dayang bercadang untuk tidak menanyakan soalan itu lagi setelah North menjawab begini. "Kat sekolah kau, ada ajar ke macam mana nak bunuh bapak kita? Aku nak bunuh Everette."

Terus terkedu Dayang dibuatnya.

"Bukan, Gennie, Hayden dengan Dayang akan belajar dari rumah mulai minggu depan. Cikgu yang datang mengajar. Uncle Ery cakap kat ibu kelmarin. Senang sikit untuk Hayden katanya." jelas Puan Suraya.

"Betul ke ibu?" Hayden sudah teruja. Berbinar-binar matanya memandang ke arah Puan Suraya.

Puan Suraya mengangguk. Jelas keterujaan di wajah Hayden. Dia memang nak sangat belajar. Lagi-lagi belajar bahasa pelik itu. Eh, bahasa inggeris. Dia selalu dengar North bercakap dengan bahasa itu.

Puan Suraya memandang ke arah luar pintu masuk dapur untuk melihat ikan kering yang dijemurnya, kot-kotlah ada kucing. Kawasan mansion itu memang ada kucing peliharaan milik North.

Alangkah terkejutnya Puan Suraya melihat ke arah North yang sedang berdiri di pintu dapur. Dia tidak masuk, tetapi hanya berdiri di luar.

Rambut gadis itu bewarna blonde. Ditoncang dua. Bukan warna rambut asli, tapi dia mahu mewarnakannya semasa pergi ke salon bersama Rayyan untuk memotong rambut Hayden.

North memegang kucingnya di tangan. Dia merenung ke arah mereka yang duduk di meja makan. Mukanya tidak senyum.

"Astaghfirullahalazim..." Puan Suraya mengurut dada. Terkejut dengan kehadiran North.

Hayden yang mendengar Puan Suraya itu ikut memandang ke arah pintu. Dia juga terkejut dengan North yang sedang merenungnya.

"Gennie nak makan? Masuklah. Ibu ada masak nasi goreng. Meh la duduk makan sekali." Pelawa Puan Suraya. Dia juga selalu makan bersama dengan North.

Hening seketika. Gadis itu tidak bersuara. Dia masih merenung ke arah Hayden. Tak senang duduk Hayden dibuatnya.

Perlahan-lahan gadis itu menggeleng.
"I already having pork bbq at home." Ucapnya lalu pergi meninggalkan rumah Puan Suraya.

"Huh?" Ucap Hayden dan Dayang serentak. Mereka tak faham apa yang dikatakan North sebentar tadi.

Puan Suraya menggeleng perlahan. "Dia cakap dia dah kenyang. Eh makanlah cepat. Nak masuk waktu zohor dan ni. Nak mengaji pula. Cepat makan." Puan Suraya berkata.

Mereka berdua tak banyak bunyi. Makanannya disambung makan.

Find me on : xenaraquel

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience