Rate

05

Action Series 1779

Rayyan menggeleng perlahan mendengar cerita yang disampaikan Kai.

Sebab itulah dia pelik, Hayden professional. Macam mana boleh kena tembak?

Hayden meringis lagi apabila Doktor Ruby menjahit lukanya.

"Dalam jugak luka ni. Mungkin ditembak dari jarak yang dekat." Doktor Ruby memberi spekulasinya.

"Memanglah! Kan Kai cerita tadi. Dia tembak aku dekat-dekat!" Balas Hayden garang. Dia memang tengah sakit hati dengan North.

"Eih, garangnye. You tak selalunya macam ni." Balas Doktor Ruby. Jururawat bersama Doktor Ruby sedang membalut luka Hayden.

Doktor Ruby sedang mengemas kembali peralatan dan ubatan yang digunakan. Dia menjeling ke arah Hayden yang mukanya sedang berkerut seribu itu.

"Marahlah dekat adik you. Dia yang tembak you. Jangan lepaskan kemarahan you dekat i. I ni yang rawat you sejak kecik tau!" Ucap Doktor Ruby.

Dia menghentakkan kakinya di hadapan Rayyan sebelum berlalu pergi. "Bye!"

Rayyan hanya menjelirkan lidahnya kepada Doktor Ruby.

"Habistu macam mana dengan Lucas dengan scandal dia tuh?" Rayyan bertanya.

"Dah mati aku tembak." Hayden membalas sambil memakai bajunya semula. Kulit putih Hayden makin terserlah apabila dia memakai baju hitam.

"Kau tembak?" Rayyan menyoal. Jarang benar Hayden membunuh orang kalau orang itu sudah berada dalam tangan North.

Hayden tidak membalas pertanyaan Rayyan. Dia keluar dari ruangan itu.

"Tata." Kai melambai ke arah Rayyan sebelum dia juga ikut keluar mengekori Hayden.
. .
. .
Hayden turun ke dapur. Everette, Mary, North dan juga Charlie sedang makan malam.

Hayden hanya mengenakan t-shirt oversize bewarna putih dan seluar sweatpants bewarna kelabu muda. Rambut hitamnya menutupi dahi.

North yang sedang menjamu selera itu perasan dengan kehadiran Hayden. Pantas senyuman diukir.

"Hi Hayden. Meh sini. Sup katak. Nak?"

"You never smile like that when you're with me." Charlie berbisik. North hanya menjeling.

Hayden melihat mereka berempat. Dia hanya membalas senyuman Everette. Dia melihat Charlie duduk di tepi North. Tempat itu selalunya dia yang duduk.

Siap bisik-bisik bagai si ChaCha ni. Duduk tempat aku pulak tu!

"Hayden duduk lah." Everette mempelawa Hayden duduk. Pelawa duduk ajela, makan tak boleh. Makan katak, nak ke?

Hayden memang berniat nak duduk di situ. Tapi bila lihat North yang tersengeh-sengeh macam kerang busuk bersama Charlie itu dia terus membatalkan niatnya.

Sakit hati terhadap North pun masih belum reda. Tiba-tiba pula dia rasa nak mengamuk.

Nafas ditarik panjang sebelum bersuara. "Tak apalah Uncle. Hayden lapar la. Hayden pergi rumah ibu dulu. Mesti ibu tengah tunggu." Hayden cuba untuk menjaga hati Everette.

"Okay." Balas Everette sebelum menyambung meratah katak masak sup itu.

Dia berjalan melepasi meja makan itu. Matanya masih memandang Charlie yang sedang mengusik-ngusik rambut North. North pula membiarkan saja sambil tersengih-sengih.

Cih! Dasar betina psycho! Hayden hanya mampu kata dalam hati.

Baru saja dia nak keluar ikut pintu dapur, Everette bersuara.

"Oh ya Hayden. Tadi uncle ada beli barang dapur sikit untuk ibu. Tolong bawakan."

Hayden memalingkan semula tubuhnya. Kepalanya diangguk. Dia melihat ke arah plastik-plastik yang ada di atas kitchen counter.

Dia mengangkat barang-barang itu. Tapi barang itu dengan pantas diletakkan semula dengan kasar. Bahunya yang terkena tembakan itu masih sakit dan tidak kuat untuk mengangkat barang berat.

Mukanya berkerut menahan sakit.

Semua mata memandang ke arah Hayden dek kerana barang yang dihempaskannya semula.

Hayden memeriksa plastik-plastik itu. Apa yang berat sangat ni? Takkan rempah-rempah pun berat macam angkat 40kg beras?

Isi plastik itu adalah beberapa tin susu pekat manis, beberapa kg gula, beberapa botol air karbonat dan beberapa lagi barang dapur yang lain.

"Kenapa kau ni. Angkat tu pun tak boleh ke? Lemah." Suara North kedengaran.

Hayden mengetap giginya sebelum dia memalingkan wajahnya ke arah North.

North mengenakan baju t-shirt hitam oversize dan seluar pendek. Jelaslah kakinya yang putih mulus.

Astaghfirullahalazim.. Dengan pantas Hayden memalingkan wajahnya semula. Bahaya betul.

"Your son is so handsome. He got dimples." Puji Mary. Hayden memandang ke arah Mary.

Sama juga. Janda anak satu itu memakai seluar pendek juga. Haram betul.

"Uncle kejap lagi la Hayden bawa barang ni. Lapar lah nak makan dulu." Hayden meminta dirinya sambil memegang bahu kanannya. Bahunya terasa pedih kerana mengangkat barangan itu.

Tanpas menunggu jawapan dari sesiapa, Hayden terus keluar dari mansion itu ikut pintu belakang. Selipar siapa entah dia main bedal aje.

Pintu rumah Puan Suraya diketuk sebelum salam diberi.

"Assalamualaikum ibu!"

"Waalaikummussalam." Bunyi sahutan daru balik pintu. Pintu itu dibuka. Seorang gadis yang masih bertelekung itu tersenyum ke arah Hayden.

"Sampai pun. Lama ibu tunggu awak tau. Ingat dah join makan masakan mama baru." Ujar gadis itu. Dia adalah Dayang.

Terkekeh kecil Hayden mendengar kata-kata Dayang.

"Saya makan sekali dengan diorang? Lambat lagi." Hayden membalas. Lesung pipitnya timbul di kedua belah pipi.

Dayang tersenyum sebelum mempelawa jejaka itu masuk.

"Masuklah. Banyak nyamuk kat luar ni."

Hayden tersenyum sebelum dia melangkah masuk. Ruang dapur dituju.

"Mana ibu?" Hayden bertanya. Kerusi meja makan ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya.

"Tengah solat isya'. Haa awak ni dah solat ke belum?" Soal Dayang kembali. Tangannya yang sedang mencedok nasi itu terhenti. Dia mencekak pinggang.

Hayden yang sedang memakan cebisan ayam dalam lauk sayur itu tersenyum. Timbul lesung pipitnya.

Jelaslah jawapannya belum.

Dayang menghela nafas sambil menggelengkan kepalanya.

Nasi kembali dicedok. Lalu dihulurkan kepada Hayden.

"Sebelum balik, saya nak awak solat isya' kat sini. Kalau tak, jangan balik. Maghrib tadi solat tak?" Dah macam mak-mak si Dayang ni.

Hayden ingin menyambut huluran pinggan dari Dayang menggunakan tangan kiri, tapi gadis itu dengan pantas menarik hulurannya semula.

"Tangan kanan Hayden." Ringkas dan padat.

Hayden tersenyum. Perlahan-lahan tangan kananya diangkat dan menyambut huluran pinggan itu.

Dengan cepat pinggan itu diletakkan di hadapannya. Bahunya terasa pedih. Tapi dia cuba untuk mengawal riak wajahnya.

Dayang yang mendengar pinggan kaca dihentak kuat di atas meja itu memalingkan wajahnya ke arah Hayden.

"Awak ni kenapa? Jangan lah hentak pinggan tu nanti pecah." Lembut tapi tegas.

Baru Hayden hendak menjawab, Puan Suraya yang baru menunaikan solat Isya' itu mencelah.

"Apa yang bising-bising ni? Hayden ni dah solat ke belum?"

Hayden menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia tak jawab hanya tersenyum saja.

"Sebelum balik, solat kat sini." Tegas Puan Suraya.

"Okay ibu." Balas Hayden tak membantah.

Baru sahaja beberapa suap Hayden makan, pintu dapur itu diketuk dari luar.

"Assalamualaikum, ibu!!" Kuat betul suara itu memberi salam.

"Waalaikummussalam. Dayang pergi buka. Mesti Kai tu." Puan Suraya memberi arahan.

Dayang bangun lalu membuka pintu dapur.

"Bwaaaaa!!!!" Kai membuat muka hodohnya sambil lidah terjelir.

Terjerit kecil Dayang dibuatnya. Dengan pantas tangannya mencapai sudip yang disangkut di tepi sinki tepi pintu itu lalu diketuk kepala Kai dengan kuat.

Tukkk!! Kuat bunyi sudip besi itu berlaga dengan kepala Kai.

"Auuu sakitlah awak!" Kai mengaduh. Tangannya penuh membimbit plastik.

"Siapa suruh takutkan aku. Kan dah kena!" Dayang menyimpan sudip itu kembali.

Dia duduk kembali di hadapan Hayden. Mukanya masam mencuka.

Kai melangkah masuk lalu plastik yang berisi barang itu diletakkan di atas meja makan.

"Ni barang dari Uncle Ery. Dia cakap dia dah suruh Hayden bawak datang sini tapi Hayden tak mahu." Kai berkata.

Jelingan dibalas oleh Hayden. Bukannya dia sengaja.

"Wah sedapnya lauk ibu masak. Ibu ke Dayang yang masak ni?" Soalnya. Matanya berbinar memandang lauk-pauk itu. Baguslah! Perut lapar ni!

"Dayang yang masak." Puan Suraya membalas sambil tersenyum. Saja dia mahu mengusik anak daranya ini.

"Oh awak ke yang masak? Eh susah-susah je masakkan untuk saya kan? Takpelah saya makanlah. Kesian awak masakkan tapi saya tak makan."  Balas Kai tak tahu malu.

Dia sudah duduk di tepi Hayden. Dayang menjeling ke arah Kai. Moodnya selalu hilang kalau lelaki ni ada.

"Haa makanlah. Dayang tolong cedokkan nasi." Puan Suraya berkata.

Dayang bangun lalu mencedokkan nasi. Sudip nasi dihentak kuat ke atas pinggan. Lalu dengan muka masam dia menghulurkan pinggan nasi itu kepada Kai.

Kai tersenyum lalu menyambut huluran Dayang.

Hayden hanya menggeleng melihat kerenah mereka berdua.
. .
. .
. Hayden memberi salam kiri dan kanan. Dia baru selesai menunaikan solat isya'.

Dia berdiri lalu melipat sejadah. Sejadah itu dibawa ke tempat penyangkut sejadah yang telah disediakan tepat di hadapan tingkap bilik itu.

Dia menyidai sejadah di situ. Telekung milik Dayang jatuh ke lantai ketika dia memperbetulkan sejadah yang disidai.

Hayden menunduk untuk mengambil telekung itu. Dia kembali berdiri dan menyidai telekung itu kembali.

Dia mendongakkan kepalanya untuk melihat ke arah tingkap. Niatnya nak memperbetulkan rambutnya melalui pantulan cahaya di tingkap itu.

"Haaarrhhh" Hayden terkejut. Mukanya jelas sekali terkejut.

Hayden melihat North yang berambut blonde dengan baju hitam itu berada di luar tingkap merenung ke arahnya sambil tersenyum. Tolonglah North, jangan senyum, sebab senyuman kau tu seram!

Keadaan di luar gelap, North memakai baju hitam, rambutnya warna cerah. Jadi nampak macam kepala yang terapung-terapung di udara.

Hayden mengurut dadanya. Tingkap bilik itu dibuka dengan tangan kiri.

"Hodohnya muka kau tadi. Kenapa kau buasir ke?" Kata gadis itu. Kedengaran anjing menyalak.

Hayden menjengukkan kepalanya keluar tingkap sedikit. Patutlah dnegar anjing menyalak. North membawa Snow bersamanya. Anjing putih itu menggerakkan ekornya apabila terlihat Hayden.

"Kau intip aku ek? Balik lah." Usir Hayden. Dia masih marah dengan North. Tangannya hendak menutup tingkap itu kembali.

Tiba-tiba saja North mengacukan rifle ke arahnya melalui tingkap. Rifle itu dipikul dibelakangnya tadi.

"Jangan tutup. Keluar kejap aku nak cakap dengan kau." Ujarnya. Rifle itu diketuk-ketuk perlahan di tingkap.

Hayden menghela nafas. "Kenapa? Kau nak tembak aku lagi ke?"

"Keluarlah." North berkata lagi.

Hayden mengetap giginya. Dia cuba untuk bersabar. Tangan kirinya menolak rifle itu keluar.

"Tunggu jap aku nak ke tandas dulu." Hayden berkata sebelum dia menutup tingkap itu kembali dengan tangan kirinya.

North tersenyum gembira. Tapi tadi kan dah cakap, jangan senyum North. Syeramm!

Hayden yang melihat North tersenyum itu kembali membuka tingkap itu. Seram betul dia lihat wajah gadis itu di tengah-tengah malam ini.

"Jangan senyum." Ujar Hayden dingin.

"Kenapa?"

"Sebab kau nampak macam pelacur."

Tingkap ditutup dengan kuat. Lalu dia berlalu pergi dari situ.

North menutup matanya ketika tingkap itu ditutup.

Dia melihat pantulan dirinya dari luar tingkap itu.

Dia senyum. Selepas itu masam semula. Senyum semula.

Dia terlihat kelibat putih di belakangnya. Dekat dengan kerusi batu di rumah Puan Suraya.

Tiba-tiba bulu romanya naik. Cepat-cepat dia tarik Snow pergi dari situ.

"Isn't that Gennie? Why she running away from me?" Charlie menyoal dirinya sendiri. Dia memakai set pijama tidur berwarna putih.

Dia sebenarnya keluar dari pintu dapur itu untuk mengambil angin malam. Dia nampak North berada di tingkap rumah Puan Suraya. Niatnya untuk tegur gadis itu dibatalkan.

Dia kembali masuk ke dalam mansion.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience