Rate

03

Action Series 1779

Azan zohor kedengaran dari telefon bimbit milik Puan Suraya. Menandakan masuknya waktu zohor.

Setelah selesai solat zohor, Hayden, Dayang dan Puan Suraya duduk bersila di ruang tamu. Kitab Suci Al-quran dipeluk Hayden. Dengan perlahan-lahan dia mencium al-quran itu. Selesai sudah gilirannya, sekarang giliran Dayang pula.

"Bismillahhirohmanirahim.." Ketika Dayang memulakan bacaannya, Hayden terpandang ke arah tingkap rumah itu.

Terkejut dia melihat ke arah North yang sedang mengintip di balik tingkap rumah itu. Dahlah rambut tu warna blonde!

Tidak berkelip North memandang ke arah Dayang yang sedang membaca al-quran itu. Hayden hanya memerhati.

Sehinggalah selesai bacaan Dayang. Dia menyalami Puan Suraya sebelum mencium al-quran. Hayden masih memerhati ke arah North..

North yang sedang leka memandang ke arah Dayang itu mengalihkan pandangannya ke arah Hayden. Tajam matanya memandang.

Dengan pantas Hayden memalingkan mukanya ke arah lain.

"Ibu Hayden balik dulu ya." Hayden meminta diri. Memang begitulah rutinnya. Selesai makan di sini, dia akan balik semula ke mansion mewah Everette.

Hayden melangkah keluar dari rumah Puan Suraya. Selipar Sketchersnya dipakai. Dia memandang ke arah kanannya, iaitu tempat North berdiri tadi.

Gadis itu masih disitu. Dia memandang ke arah Hayden. Di tangannya ada tali yang mehubungkan pegangannya dengan rantai milik anjingnya.

Anjing itu hanya diam tak menyalak. Sememangnya anjing yang jinak.

"Kau nak main dengan Snow?" Tali di tangannya diangkat. Anjing itu mengoyang-goyangkan ekornya apabila namanya disebut.

Hayden menggeleng perlahan sebelum dia berjalan meninggalkan rumah itu.

Dia mendengar langkah kaki seseorang mengikutinya. Pastinya North. Dia mengekori Hayden.

Hayden memalingkan wajahnya. Dia nampak wajah North yang masam mencuka. "Kenapa ikut saya?" Hayden bertanya.

"Aku nak main dengan kau." Ringkas balasan dari North.

"Pergilah main dengan Dayang. Saya kan lelaki." Balas Hayden.

Bunyi langkah kaki North terhenti. Hayden memalingkan tubuhnya. Kelihatan North sedang mencangkung dan membuka ikatan di leher Snow.

Dia dengan pantas berlari-lari seorang diri. Snow dengan pantas mengejarnya juga. Mereka bekejar-kejaran.

Hayden hanya memerhati. Apa kena pula dengan budak ni. Ini baru pertama kali dia lihat orang berkejaran dengan anjing.

"Hahahaha" kedengaran tawa dari North. Dia ketawa apabila Snow melompat-lompat di kakinya.

Hayden melihat wajah North yang sedang ketawa. Baru pertama kali dia lihat North ketawa dan senyum. Hayden juga tersenyum tipis.

Dia juga berlari mendekati Snow. Snow yang melihat Hayden itu pantas mengejarnya juga. Mereka bermain berkejaran dengan Snow. Gelak tawa Hayden jelas kedengaran di kawasan mansion mewah Everette.

Everette yang memerhati sedari tadi tersenyum. "Aku nampak potensi dalam diri dia. Latih dia Edward. Dia akan berkhidmat untuk The Saint. Tepat pada ulang tahun ke-17 dia nanti."

Edward juga memandang ke arah North dan Hayden yang berkejaraan. Dia mengangguk tanda faham.
. .
. .
. "Kita rehat sekejap ya. Siapa yang rasa nak ke tandas, boleh pergi." Kata Delilah. Cikgu peribadi yang diupah oleh Everette.

Dayang berdiri hendak ke tandas. Dah lama dia tahan.

Hayden yang sedang menulis itu fokus dengan penulisannya. Sudah 3 hari mereka memulakan pembelajaran dengan Cikgu Delilah.

North memainkan pensel picitnya.

Ktak. Ktuk. Ktak. Ktuk.

Bunyi yang dihasilkan North apabila dia mengetuk pensel itu di meja berkali-kali. Ternyata meganggu fokus Hayden.

"Gennie, saya tengah menulis." Ucapnya lembut.

North memandang ke arah Hayden. Dia berhenti melakukan aktivitinya.

"Terima kasih." Hayden bersuara lagi. Senyuman dilemparkan.

Tiada balasan dari North. Tiba-tiba dia melihat seekor katak melompat-lompat ke arah mereka.

Dia tersenyum. North bangun dari duduknya dan menangkap katak yang agak besar saiznya itu.

Dia dengan pantas membawanya ke arah Hayden.

"Tengok-tengok! Ada katak!" Ucapnya teruja dengan pelatnya.

Hayden yang melihat katak besar itu terkejut. Matanya terbuka dengan luas. Dia pantas bangun untuk menjauhkan diri daripada North.

North yang melihat itu tidak faham apa-apa. Dia semakin mendekatkan diri kepada Hayden.

"Gennie, jangan dekat. Saya takut dengan katak." Beritahu Hayden. Dia semakin menjauhkan dirinya.

North melihat katak di tangannya. Dia tak senyum. Cuma kepalanya dianguk-angukkan.

Melihat North yang menganggukkan kepalanya itu, Hayden ingat North akan melepaskan katak itu.

Tapi alangkah terkejutnya Hayden dengan tindakan North. Dia memegang kedua-dua belah hujung kaki katak besar itu lalu menariknya dengan kuat. Membuatkan katak itu hampir terbelah dua.

Darah katak itu terpecik ke arah mereka berdua. North tersenyum. Katak yang hampir putus dua itu digoyang-goyangkan.

"Dah mati." Ucapnya. Hayden jelas terkejut melihat wajah North sekarang.

Kulit wajah putih mulus gadis itu terkena darah katak itu. North mempunyai rambut depan yang menutupi dahi. Rambutnya warna blonde terkena darah katak itu juga. Dia tersenyum ke arah Hayden membuatkan dia kelihatan seperti hantu.

Hayden mengalihkan tubuhnya ke arah kanan. Ingin menjauh dari North. Gadis itu mengerutkan dahinya.

"Muka awak Gennie..." Hayden bersuara sambil menundingkan jarinya ke muka North.

North yang baru hendak mendekatkan dirinya ke arah Hayden terhenti. Tangannya memegang muka. Dia menyapu-nyapu mukanya. Tangannya dilihat.

"Oh." Itu saja yang keluar dari mulutya.

Hayden menelan air liurnya. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu mengalir di pipinya. Bukan peluh tapi,

"Muka kau pun sama." North berkata.

Tangannya yang memegang katak yang masih berdarah itu digosok ke muka Hayden. Membuatkan muka mereka sama-sama dipenuhi darah katak.

Dayang yang baru masuk ke dalam kelas itu menjerit melihat muka Hayden dan North yang terkena percikan darah itu.

Cikgu Delilah yang sedang sibuk dengan komputer ribanya terkejut akibat teriakan Dayang.

"Hei Dayang kenapa menjerit ni?" Soal Cikgu Delilah. Panik dia dibuatnya.

"Gennie dengan Hayden kena bunuh!" Jeritnya kuat.

Cikgu Delilah yang mendengar jeritan Dayang memandang ke arah Hayden dan North.

Terkejut dia apabila dua orang itu memandang ke arahnya dengan muka penuh darah. Cikgu Delilah berteriak dengan kuat sambil memeluk Dayang dan mendukung gadis itu keluar dari ruangan itu.

Edward yang sedang menjaga ruangan itu pantas meluru masuk. Dia bertembung dengan Cikgu Delilah yang mendukung Dayang.

"Tolong! Gennie dengan Hayden dah mati!" Teriaknya kepada Edward. Edward yang mendengarnya terkejut pantas dia meluru masuk.
. .
. .
. "Jangan main macam tu lagi, tau Gennie." Puan Suraya membasuh muka North.

Muka gadis itu dilap menggunakan tuala bersih. Rambutnya juga sudah dibasuh. Bajunya telah ditukar.

Hayden yang sudah siap membersihkan dirinya duduk di atas kerusi batu diluar rumah Puan Suraya.

Dia menghela nafasnya. Budak itu memang pelik dan seram. Dia memandang ke arah North yang sedang dibersihkan oleh Puan Suraya.

North juga sedang melihat ke arah Hayden. Dia tersenyum ke arah Hayden. Hayden yang melihat itu terasa seram.

Senyuman gadis itu seram baginya. Sejak itulah bermulanya realiti yang harus dihadap oleh Hayden.

Realiti di mana dia harus menjalani kehidupan sehariannya bersama dengan gadis yang dianggap pelik dan seram itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience