"Follow ke tak?...follow je lah dua dua.."Ezra lalu memutuskan untuk follow dua orang lelaki yg baru memfollownya itu.
Dia kemudian masuk ke dalam pejabat.sememangnya tadi dia dan Nadia singgah dulu di cafe yg berdekatan untuk breakfast.di Apartment tidak sempat jadi mereka memutuskan untuk breakfast saja di cafe berdekatan.
Ezra ingatkan pagi ini dia akan menatap sosok bos cerewetnya itu namun hampa bila sosok yg dinantikannya itu tiada.hairan batin Ezra berkata.bukankah waktu begini bosnya sudah ada di pejabat?lalu di mana perginya bosnya itu.
dengan pasrah Ezra duduk di kerusinya.plannya untuk menghantar dokumen yg siap itu terbantut tatkala menanti kehadiran bosnya yg tidak kunjung tiba itu.Ezra rasa tidak bersemangat sekali."kau ni kenapa Ezra?...tak bermakna bos Arfan takda kau tak bersemangat kan?"desisnya dalam hati.
"good morning Ezra...kenapa ni?..kau nampak lesu semacam?..kau sakit ke?"soal Hisyam yg duduk di sebelah Ezra."syam...kau ada nampak bos Arfan tak?..aku nak serahkan dokumen ni tapi dia takda kat pejabatlah...kau tahu dia pergi mana?"soal Ezra."ouh...pasal bos Arfan rupanya...rasa rasanya aku tahu nama penyakit kau ni...ini namanya penyakit rindu...hahaha..."kata hisyam menyindir."ada jugak aku jodohkan dengan si Nadia mamat ni..."kata Ezra geram."wei,rilekslah...aku gurau je..ok..ok..kalau kau tanya aku comform lah aku tak tahu...satu office tercari tuan Arfan tau tak?..so maaflah ya?.."kata hisyam lalu memulakan tugasnya.
Ezra menhembus nafas perlahan."apa bosnya itu tak datang office hari ni?.."kata hatinya.dia pun memutuskan memulakan tugasnya.
"aaachum!"bersin Arfan.dia mengigit bibir tanda kesejukan.boleh pulak dia kena demam panas pagi ni."aaachum!!.."bersin Arfan lagi.pak mail yg berada di samping Arfan itu segera memaksa Arfan makan ubat.tapi tentu saja dalam benak fikirannya cuma kerja dan...Ezra..?"aduhai sakit sakit pun masih terfikirkan kerja dan Ezra,Arfan ni.sampai di suruh makan ubat dia menolak."sa..saya..achum!..harus..pergi..ke..kerja..achum!!..sa...saya..harus...ada..meeting..achum..penting.."kata Arfan terbersin bersin."tidak tuan Arfan...saya akan maklumkan kepada syarikat tuan yg tuan tidak boleh datang kerja hari ini.tidak sampai tuan sembuh!..sekarang cepat makan ubat."arah pak mail bagai seorang ayah.dengan pasrah Arfan mengikuti kata kata pak mail.
waktu lunch...
Ezra kelihatan merenung makanan yg dipesan tanpa menyentuhnya.itu buatkan Nadia pelik."Ezra..."panggil nadia.
tiada jawapan.
"Ezra!!" Ezra menegakka mukanya memandangi nadia."kau kenapa?..makanlah.."kata nadia lagi."aku..tak laparlah.."namun selepas saja Ezra mengucapkan kata kata itu,perutnya automatik berbunyi menandakan mahu diisi.pengakuan yg jelas satu pembohongan itu buat Nadia tersenyum kemenangan.perut Ezra pun menyebelahi dia dan Ezra tidak boleh berbohong."ala...jangan risaulah..tuan Arfan sakit..sebab tu tak datang office.."balas nadia rileks.
tag!
Ezra tergamam."macam mana kau tahu aku fikirkan bos Arfan?"soal Ezra tanpa basa basi."takda sebab lainlah..dan mudah sekali disimpulkan sebab kau tak macam ni kalau tuan Arfan ada..betul tak?..pandai jugak aku ni.."kata nadia puji diri sendiri.
"macam mana pulak kau tahu dia sakit?"soal Ezra."dirver tuan Arfan maklumkan dan setahu aku..satu office tahu pasal ni..bukan ke kau dah tahu?"soalan dibalas soalan.Ezra menggeleng."seriuslah kau tak tahu? Zara tak bagitahu kau ke?"soal nadia."zara?..tak..dan aku rasa tak mungkin dia nak bagitahu aku..."balas Ezra.dia kenal betul perangai zara yg suka membawang dan menggosipnya yg bukan bukan.benci juga mahu diingat.Nadia hanya menggelengkan kepala mendengar kata kata Ezra itu."Zara tu memang...jangan di layan dia tu....ok tukar topik,macam mana kerja kat office tadi?mesti banyak kerja yg kau kena urus,ha!meeting macam mana?kau cancel elok elok kan?"kata Nadia banyak pertanyaan.
"itu pun satu hal jugak...kau tahu tadi masa aku kena layan klien wanita tu..fuu..punya mengamuk dia bila tahu meeting cancel,sabar jelah kena tengking..haai..ni kejap lagi ada jugak meeting nak kena cancel...mesti kena komplain lagi...rasa maruah aku cam jatuh je..."kata Ezra memikirkan kejadian itu."ya?..sabarlah Ezra..mungkin dah nasib..kalau kau handle meeting tu pun kau bukannya tahu ..lagipun aku dah pernah...so..anggap jelah itu pengalaman kerja kau ya?..hehehe..kesian kawan aku ni..takpelah..lunch ni aku belanja lah kau makan.."kata Nadia."wah..baik hati kau ya?..ok..thanks sebab belanja aku.."balas Ezra tersenyum.perasaan sedih terus hilang.Nadia hanya tersenyum melihat sahabatnya itu gembira.
"berapa kali Arsyad nak cakap..mommy!daddy?..Arsyad tak nak kahwin dengan putri...tak faham lagi ke?..kenapa susah sangat daddy ngan mommy nak dengar dan faham pada Arsyad?..i will not marry her!..Arsyad tak cintakan dia..."kata Arsyad lagi."why?..Arsyad..kamu boleh belajar mencintai putri selepas kahwin kan?..apa yg complicated sangat anak mommy ni?.."marah datin Sharmila."kenapa kamu masih setia pada perempuan kampung yg tak ada apa apa tu dan tak mampu memberi manfaat pun pada syarikat kita haa!!!kamu memang nak hidup susah dengan dia ke?Arsyad listen...daddy akan pecat kamu dari syarikat daddy kalau degil juga and wariskannya pada anak angkat daddy si Zamri...kamu nak?kalau tak nak just shut up and dengar cakap daddy ni..faham?!!..you can go now!!"kata tuan Farid yg sangat tidak suka dengan perangai anaknya yg keras kepala macam batu.
Arsyad tidak berpuas hati."i will wait for you..Ezra.."kata katanya pada Ezra tempoh hari itu terus tergiang giang di benak fikiran.Arsyad pasti Ezra masih cinta padanya.Arsyad yakin 100% yg Ezra tidak mencintai Arfan.itu cuma alasan Ezra untuk menjauh darinya."i takkan menyerah...i akan dapatkan apa yg mulanya milik i..Arfan..you takkan berjaya dapatkan Ezra..kerana satu satunya orang yg boleh mendapatkan hati Ezra..cuma dirinya.
"Assalamualaikum...Ezra.."taip Arfan yg sedang terketar ketar kesejukan.
"waalaikumsalam...ya bos Arfan?"balas Ezra nervous.First time betul bosnya itu mesejnya.
"e..esok..s-saya..da..tang..kerja..."hanya itu saja mesej yg dihantar oleh Arfan.dari segi penulisan ayat saja Ezra dapat menyimpulkan yg bosnya ini sedang menggeletar kesejukan.alah,biasalah bagi Ezra.dia juga pernah demam teruk.Tapi...Ezra terfikirkan yg bosnya itu bukan sahaja cerewet,malah keras kepala sama macam batu.sakit sakit pun comform masuk office bosnya ini esok pagi.
Ezra tanpa menunggu lagi membalas mesej dari bosnya."cepat sembuh...dan tak payah pergi kerja esok selagi belum sembuh,saya tak nak bertanggungjawab kalau bos pengsan kat office,badan bos tu dah lah berat..ok..ingat tu.."Ezra menekan send.Ezra tersenyum sendiri.ntah kenapa sekarang dia melayan Arfan layaknya seorang budak kecil.
Arfan tersenyum tipis."ceh!!...d-dia...i-ingat..a..a..aku ni ..budak ke..cil ke.?"kata Arfan yg berusaha bercakap dengan hidung yg tersumbat."t-ttunggu..j-jelah..nanti...k-kau...b..bakal..nam..pak a..aku..kat..office..nanti.."katanya lagi.
"Aaaachum!!"bersin Ezra dengan menutupi hidungnya dengan lengan ketika bersin."waaa...sopan jugak cara kau bersin Ezra.."puji Nadia yg memang biasa baca novel cintanya yg tak habis habis.memang sebelum tidur Nadia pasti akan baca novelnya sampai pukul 2 pagi."aku rasa macam ada orang mengata akulah.."rungut Ezra lagi."sememangnya siapa yg nak mengata kau hah?..dah lah..beb..nak baca novel tak?aku ada beli novel lebih ni..best.."tawar Nadia sambil tersengih."tak nak lah...aku nak tidur..aku mengantuk.."kata Ezra lalu segera mencapai batal empuknya lalu terbaring gaya bebas."kau tak tidur ke nad?..bukan ke kau bersemangat esok nak breakfast dengan tuan apartment?"sengih Ezra namun matanya tertutup erat.
terkejut Nadia bercampur malu.oh my god,macam mana kawannya ini tahu plannya."ehm..taklah!!kau ni..ada je..dah lah tidur!!kau nak aku pasang lampu supaya kau susah nak tidur?.."ancam nadia."hehehe..malu nak ngakulah tuuu..btw aku restu lah hubungan korang...semoga ada jodoh..dan ditakdirkan bersama...nanti aku call mak kau inform kat dia yg kau dah ada calon suami yg owesome!!ya?..mesti dia gembira sangat sangat..."kata Ezra panjang.
"Ezra!!!!"jerit Nadia sampai jiran seapartment pun boleh dengar.
"Diamlah jiran sebelah!!!"
"woi...kalau nak memekak pergi kat pusat karoeke ke kelab malam ke!!orang nak tidur tak senang!!"
begitulah jeritan jeritan yg nadia dan Ezra dengar.mereka terdiam kaku.tak berdaya bersuara kerana sememangnya jiran berdekatan mereka memang yg tinggal lelaki lelaki bujang yg menakutkan bila dah marah.
Share this novel