"Nad...kejap ya..aku nak pergi beli sesuatu kat kedai sana tu...kau tunggu sini boleh?"kata Ezra pada Nadia."ha pergilah..jangan lama sangat..aku tunggu.."kata Nadia lalu Ezra pun mula berjalan ke sebuah kedai patung tidak jauh dari situ.
tengah dia melangkah ke kedai itu,dia ternampak Arsyad sedang berjalan dengan seorang wanita yg tidak dikenalinya.
Ezra terhenti."si..siapa perempuan tu?"katanya.paling mengejutkan Ezra apabila melihat perempuan itu mengepit tangan Arsyad lalu menuju ke sebuah kedai jam tidak jauh dari mereka.dengan riak wajah manja yg menjadikan perempuan itu kelihatan comel.
"girlfriend dia ke?..mmm...huu...baguslah.."desis hatinya.namun ntah dia merasa seperti sakit hati jugak."kenapa aku rasa macam nak menangis ni?..dia kan dah orang lain..aku..cemburu ke?.."air mata Ezra menitis."tapi...ntah kenapa aku rasa masih cintakan Arsyad tu..."air matanya terus mengalir.
"miss...nah tisu.."kata seseorang di sebelahnya.Ezra tanpa melihat siapa orang yg memberinya tisu itu terus mengambil tisu dari tangan lelaki itu."terima kasih..."dia mengelap air matanya.
"Ezra.."kata lelaki itu lagi.Ezra terkejut.lantas dia menoleh.Arfan tersenyum di sisinya."bos Arfan...??macam mana...?"soal Ezra terkejut.dia dengan malu malu memandang ke arah lain."omg!!!bos Arfanlah!!habislah macam ni..malulah aku!!Ezra..calm down!!buat macam biasa..ok..ok.."desis hatinya.
"awak..ok ke?kenapa...awak tercegat je kat sini...dah buang tebiat ke??..ataupun terfikirkan seseorang...??"soal Arfan penuh nada serius."hmm..saya ok..just..mata saya masuk habuk banyak..eh?bos Arfan!!bos pun pergi shopping jugak ke??..tak sangka kita berjumpa di sini?..bos macam mana?sihat?"kata Ezra cepat cepat menukar topik.reaksi bosnya itu memang sukar di baca.
"takde...saya..jalan jalan..ambil angin..btw,saya sihat..mata awak masuk habuk??..mari saya tengok..awak tak kisah kan?"Arfan mendekatkan wajahnya ke wajah Ezra.kau dalam kartun sekarang mesti muka Ezra dah merah padam.
Ezra cuba mengelak namun dia tidak mampu berbuat apa apa."adakah ini "fairytale??"betul ke ini semua bukan mimpi??rasa macam nak pengsan tapi..saya rasa macam tak nak bangun lagi.."kata hati Ezra.
Perlahan lahan Arfan meniup mata Ezra.tiupan yang sungguh lembut buatkan matanya hanya berkelip kelip."dah!!..macam mana?hilang dah habuk.."Arfan berkata sambil tersengih."hmm.."balas Ezra tidak tahu mahu berkata apa apa."kalau macam tu..saya pergi dulu..bye!Assalamualaikum.."Arfan meninggalkan Ezra.
"wa..waalaikumussalam.."tiba tiba bibirnya rasa ingin tersenyum.Ezra menampar mukanya."aduh!!sakitnya...no!!Ezra sedarlah!!patutnya kau cakap tidak masa bos nak tiup mata kau!!hish,!!"kata Ezra sendiri.
Arfan yg sudah melangkah jauh berfikir."Ezra...kali ni awak boleh tipu saya..tapi lain kali..jangan harap!!"sempat juga dia memusing kembali mahu melihat Ezra namun sudah tiada."cepat sungguh dia menghilang..haih.."kata Arfan lalu melangkah ke depan."tapi...betul ke Ezra tu tunang Arsyad?..tak nampak pun cincin di jari dia?..hmm..lantaklah!!apa yg aku nak kisah ni?.."fikir Arfan sewaktu berjalan.sambil dia berjalan,semua lelaki di sekelilingnya memandangnya dengan iri hati.of courselah...kehadiran Arfan di situ sudah cukup membuatkan mata mata wanita merenungnya sinis.
"so..annoying.."desis hatinya lagi.
"ya..ya mak!..Assalualaikum.."kata nadia mengakhiri kata kata di telefon.Ezra memandang hairan wajah Nadia yg resah."apahal?tiba tiba je mak kau call?mesti ada something...cerita lah!!aku nak dengar..??"kata Ezra."haih...mak akulah..dia nak aku kahwin.."kata Nadia.
"kahwin??biar betul,mak kau ni??habis tu..kau jawab apa?"soal Ezra."aku kata..aku belum sedia..tu je lah...aku tak fikir lagilah nak berumah tangga..calon pun takde..lagi pun keadaan aku sekarang belum stabil..dan aku belum sedia nak jadi isteri orang.."jelas nadia."mak aku kata dia cemburu kat kawan dia menunjuk nunjuk ada menantu orang kaya..handsome pulak tu..CEO sebuah syarikat kat KL ni..tu yg sibuk nak aku kahwin tu.."cerita Nadia lagi.
"habis tu?..kau nak buat macam mana?takkan kau nak kecewakan mak kau kot...tak kesian ke kat dia?carilah calon..sekurang kurangnya..dia lega yg kau dah ada calon suami.."kata Ezra lagi."dah lah..malas nak fikir!!..baik aku tengok tv..layan drama..lagi best.."jawab Nadia tanpa menghiraukan kata kata Ezra itu."oi!kau dengar ke tidak?..oi,..hish dia ni.."geram Ezra melihat Nadia yg buat buat tidak dengar."kling!!"telefon Ezra berbunyi menandakan ada mesej masuk.Ezra melihat di skrin telefon.
"Ezra...boleh i jumpa you?i dekat bawa ni..you datang jumpa i tau..i tunggu you.."
mesej dari Arsyad."apakah??..dari mana dia dapat nombor aku ni?.."Ezra memandang seseorang di sebelahnya."Nad..kau bagi no aku kat dia??"mata penuh tajam ke arah nadia."hehehe..sorry..aku terpaksa bagi...jangan marah.."kata nadia lagi."pergilah..hujan kat luar tu..kesian Tuan Arsyad kesejukan tunggu kau turun..ya?"pujuk Nadia lagi."hmm..fine!"Ezra mengambil payung lalu keluar dari apartment mereka.
Arsyad menunggu Ezra sambil memegang sejambak bunga ros yg harum.wajahnya yg tampan dan penampilannya yg menarik membuatkan dia menjadi perhatian di situ.Ezra turun dengan memakai baju kot kerana berasa sejuk.dia terpandang Arsyad dari jauh lalu mendekatinya.
"mm..nak apa Arsyad..??"kata Ezra nada serius.dia teringat kejadian siang tadi."Ezra...sorry..i ganggu you..i nak cakap dengan you..boleh?"kata Arsyad tersenyum."apa dia?..Arsyad..kenapa you masih nak dekat i kalau you dah ada orang lain..??i tak faham lah.."kata Ezra lagi."i..ada orang lain??maksud you..putri ke??..taklah..i dengan putri kawan biasa..dalam hati i tetap milik you..Ezra..terimalah..ini..saya cintakan awak..!!i really love you..always!!"kata kata yg menyentuh hati itu buatkan Ezra terperanjat."bunga ros?untuk saya?"Ezra menerima bunga itu."i will wait for you Ezra..forever..i takkan menyesal tunggu you..i tahu..mungkin sekarang you tak dapat nak terima i..sebab hati you..ada orang lain..kan?..its ok..i will wait..itu je yg i nak cakap..i sayang you..Ezra..jangan lupa itu..."kata Arsyad lalu meminta diri untuk pulang.
Sebak hati Ezra."wait!!"kata Ezra buat Arsyad berhenti."why?..kenapa awak masih sayangkan saya..walaupun..awak tahu..hati saya dah ada orang lain..awak tak kisah terluka kerana saya?.."kata Ezra lagi."hmph,...saya tak kisah..sebab..awak pun pernah terluka kerana saya,bukan?..jadi biarlah kali ni..saya yg terluka..kerana awak..kita seri..kan?"Arsyad melangkah pergi,namun dalam hatinya penuh kesakitan.
air mata Ezra jatuh.dia cuba menahan.namun hatinya sedih."ma..maaf..kan..aku..Arsyad!..hu..hu..hu.."bunga ros terjatuh.Ezra terduduk menangis.payungnya terjatuh buat dia mandi hujan malam itu.nasib saja Nadia datang lalu memujuknya balik ke apartment.nadia menggeleng."kisah cinta yg tragis.."desis hatinya.
Share this novel