BAB 26

Romance Series 24683

"Alhamdulillah puan..setelah menjalani pembedahan,kami mendapati yg keadaannya stabil...Arif cuma perlu berehat dan menjalani beberapa rawatan susulan di hospital sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.."jelas doktor Sein kepada Mak Timah.
"Alhamdulillah..syukurlah doktor..adakah Arif boleh menyambung persekolahannya doktor?.."soalnya lagi.gembira bahawa Arif sudah pulih."ya..cuma..berilah dia waktu berehat sebelum dia hadir ke sekolah..kalau tidak ada apa apa lagi ,saya minta diri dulu puan.."kata doktor sein sambil meminta diri untuk pergi.
"baik..terima kasih ya doktor.."kata mak Timah lagi.

Arif masih lagi tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan.keadaan badannya yg lemah itu membuatkan mak Timah berasa sedih.mak Timah pun mengambil keputusan menelefon Ezra.

"hello...Assalamualaikum,..Ezra..ni mak ni.."katanya.
"waalaikumsalam...mak?..kenapa mak call Ezra tiba tiba ni?..ada sesuatu berlaku ke mak?!!"tanya Ezra nada panik.
"tak..ni..Arif dah sembuh..Alhamdulillah..termakbul doa mak nak.."ada nada tangisan pada suara mak Timah.
"yakah mak?!!..syukurlah..Alhamdulillah...maknanya pembedahan dah berjaya?..mak..mak..Ezra nak cakap ngan Arif..mak boleh bagi telefon kat dia tak?..Ezra rindulah suara adik kesayangan kakak..bolehkan mak?"Ezra teruja.
"Arif masih belum sedar...kalau tak mesti dah dengar suara dia..Ezra..kamu tu pun..baliklah rumah ni..jenguk mak abah dan Arif..mak rindu kamu..kamu janganlah terasa dgn abah kamu tu..ya nak?..baliklah..mak risau kamu kat KL tu..nanti kamu lupa mak?!!..kamu tu je lah satu satunya anak perempuan mak..kesiankan lah mak ni..ya nak??.."kata mak Timah lagi.
menitis air mata Ezra."mak.....mak...masih sayang Ezra?..ingat kan mak dah tak sayang kat Ezra....yalah...nanti Ezra balik ya mak..sekarang tak boleh..Ezra tengah kerja.."Ezra mengelap air matanya.Hisyam hanya memerhatikannya dari jauh."huh...Ezra ni..boleh pulak tengah kerja ni dia buat drama air mata..nak drama sangatlah tu!!.."matanya tertoleh ke sebuah susuk tubuh yg tidak jauh dari mejanya yg sedang memerhati Ezra.

Arfan pandang Ezra."tengah kerja pun nak buat drama air mata...sedih sangat ke topik perbualan kat telefon dia tu?.."Arfan mengelap darah yg menitis di hidungnya.Hisyam terbeliak."hidung tuan Arfan berdarah??..apa dah jadi..tuan Arfan terlanggar tiang ke??"soalnya dalam hati.

Tuan Ridzwan sedang termenung sewaktu memberi ikan makan di kolam renang.
"Ridz..kenalkan..ni anak aku Malik..anak aku ni kerja peguam terkenal tau!..aku bangga dapat anak lelaki macam dia..kan nak??"kata tuan Khairul tersengih memandang anaknya.

"Eh,Ridz..kau dah berumur...takkanlah kau takde anak??bukan ke dulu kau ada seorang anak lelaki??..mana dia?kau tak nak kenalkan ke pada kitaorang??..anak lelaki kau kerja apa sekarang ni?"

"oouh...aku lupa lah kawan kawan...bukan ke dia halau anak dia dari rumah dulu??..aku dengar dia hantar budak tu kat pusat jagaan kanak kanak...ntah ntah gila tak budak tu...yalah..ayah pun gila tak nak jaga budak tu...budak tu masih kecil lagi..habis berbirat badan kena seksa dengan ayah dia..sebab apa?budak tu cuma jadi punca isteri dia mati je?..best kan ceritanya...hahaha"umpat kawan kawannya yg lain.

"korang jangan nak kurang ajar ya?!!korang takda hak nak mengumpat aku!!!budak tu bukan anak aku!!korang jangan nak masuk campur urusan rumah tangga aku!!"akibat terlalu marah tuan Ridzwan meninggalkan parti itu dengan keadaan bengang.

"Cis!!!memalukan aku je!!!..memang bawa malang betullah budak tu!!.."katanya bengang."tapi....dia tu...anak kesayangan aku dulu..."Tuan Ridzwan terkenang kisah lampau.

"papa!!!!..."Arfan berlari lalu didukung oleh tuan Ridzwan."papa,papa!!tadi cikgu puji Arfan tau!!..cikgu cakap Arfan pandai!!budak baik...betul ke cakap cikgu tu papa??.."kata Arfan lagi."Arfan kan anak papa??..dah lupa??mestilah Arfan pandai macam papa jugak!!..dah jom papa belikan aiskrim!! siapa nak aiskrim angkat tangan??..hehe..kamu memang anak ayah!!.."kata tuan Ridzwan."nak aiskrim..papa..cepatlah!!yay!!!"Arfan didukung diatas kepala tuan Ridzwan.puan Suriati,mama Arfan hanya perhatikan mereka dari jauh sambil tersenyum."uhuk,uhuk!!"tiba tiba dia batuk dengan kuat."darah??..."puan suriati gelisah.cepat cepat dia melap tangannya dgn tisu lalu membuangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience