#2

Other Completed 16688

#2
Antara "Bestfriend couple" atau " Stranger couple" (Bahagian 2)

Andai kata kekasih anda adalah bestfriend:

Hakikatnya, semua benda pasti jadi kekok semula. Sebab before this, korang mesti dah rapat nak mampus. Bertepuk tampar siap dengan penumbuk. Setakat korek hidung depan mereka time tu, alah normal ah. Jadi semua benda bila dah jadi cintan cintun ai lap yu u lap me, jadi penyegan. Nak berjiwang-jiwang? Iyek! Geli geleman. Tak biasa la awak!!

Plus, korang dah saling kenal antara satu sama lain. Jadi, kuranglah elemen of surprise dalam perhubungan. Semua benda dah boleh jangka apa nak jadi. Kalau korang buat macam ni, mesti dia cakap macam ni. Kalau dia kata macam tu, mesti dia nak macam tu. Dah masak.

Andaikata, one day korang gaduh besar, pakwe korang kantoi menghampiri zina dengan gadis lain yang ternyata lagi comel dari korang, Korang putus. Bukan putus dua. Putus hubungan. Dah hilang sorang bestfriend kalau sebelum ni,korang rapat gila macam belangkas nak senggama. Kurang rencah dalam hidup.

Good side?

Biasanya, bila kita bercouple ni, tanpa sedar kita akan melalui beberapa fasa dan fasa pertama adalah pengenalan. Time ni nak kenal dia semua-semua. Tapi korang dah boleh skip benda ni. Korang dah kenal dia macam mana. Tak perlu lagi mukadimahmukadimah cinta yang mengarut dan kadang-kadang melekakan tapi best kalau layan.

Lagi, andaikata korang bergaduh,atau timbul salah faham, biasanya korang boleh cepat settelkan semua benda. Maklumlah, masing-masing dah kenal rapat, dah tahu la apa kunci-kunci yang patut korang gunakan untuk bukak kunci yang ngadangada nak terkatup tu. Plus, mungkin dia boleh lakukan perkara yang memang pasti korang boleh puas hati sungguh-sungguh.

Dalam hubungan ini jugak, pasti kurang plastik ataupun lakonan opera. Kalau berlakon, mesti kantoi punya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience