#8

Other Completed 16688

#8
Anda adalah seorang dominant atau reciever? (Bahagian 4)

Receiver.

Next adalah receiver.

Receiver bermaksud adalah orang yang senantiasa mengikut pasangan

kekasihnya dari segi arahan/pendapat dan sebagainya. Receiver juga terbahagi kepada dua jenis:

Total Receiver.

Contoh terbaik, pernah tengok tak orang yang pakwe/makwe cakap apa semua dia akan ikut dan akur tanpa bantahan. Suruh pinjamkan duit, bagi. Suruh ambik dekat tempat kerja, ambik. Suruh temankan dia shopping baju sedangkan tiga bulan lepas dah berjanji dengan sahabat-sahabat karib untuk bermain DotA yang telah pun dirancangkan sekian lama, temankan. Kiranya kalau dilihat secara kasarnya, jenis ni la paling kesian dan dikasihani.

Tu la dia Receiver.

Half Receiver.

Sebenarnya, half Receiver dengan Half Dominant ni lebih kurang aja sebenarnya.

Cuma bezanya, jika half dominant, dia lebih mengeluarkan pendapat/pandangan/cadangan/ arahan berbanding dengan Half Receiver yang lebih banyak menerima/mendengar/ mengikut arahan.

Anda lebih suka mendengar cadangan kekasih berbanding mengeluarkan cadangan anda terlebih dahulu dan jika cadangan yang diutarakan tu anda suka ataupun boleh la nak diaplikasikan, maka anda akan mengikut sahaja cadangan beliau. Tapi kalau anda rasakan cadangan kekasih anda bangang dan bebal dari pelbagai ciri, maka anda akan betah. Cubaan betah sahaja. Sebab kadang-kadang nak membetah pun anda malas. Anda follow je.

Sebagai contoh, makwe kau suggest supaya pinjamkan dia duit sebanyak RM 1000 konon mak dia sakit dan perlukan wang dengan segera. Kau tahu yang mak dia dah lama meninggal kena penyakit sawan. Jadi anda betah sambil mengatakan yang dia penipu kata mak dia hidup lagi. Makwe anda tambah, itu mak angkat, ni mak betul pulak sakit lemak bawah lengan berlebihan. Anda tahu dia temberang, tapi sebab malas nak ambik port, anda bagi je RM1000. Untung-untung dia ajak anda senggama dating
hujung minggu depan macam selalu.

Itu contoh half receiver.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience