#5

Other Completed 16688

#5
Anda adalah seorang dominant atau reciever? (Bahagian 1)

Hello there gadis-gadis yang suka merajuk dan jejaka-jejaka yang kaki

mengokong. What’s up?

Terasa bosan yang pasangan korang ni asyik memberi arahan yang bukan-bukan kepada anda sedangkan anda pun ada hujah anda yang tersendiri?

Terasa bengang sebab kekasih anda amat pasif dalam membuat keputusan sehinggakan order burger di McD pun memerlukan anda untuk membuat keputusan?

Terasa nak mencarut kerana setiap kali anda mencadangkan sesuatu,

ditertawakan sekuat hati oleh pasangan anda dan dijawab NO oleh kekasih anda?

Korang mesti pelikkan kenapa pasangan anda bersikap sedemikian rupa kepada anda sedangkan kekasih orang lain, elok je ikut arahan kekasih masing2, kekasih lain elok je aktif makan sambil bersuap-suap tanpa rasa segan ataupun disuruh, kekasih lain elok jer membaca sajak-sajak cinta dan mendahulukan kekasih tatkala memilih tajuk movie yang mahu ditonton diwayang tanpa dulu bertegang urat dengan anda yang berkesudahan anda disuruh diam dan telan popcorn dan coke yang kekasih anda beli sampai muntah.

Kenapa?

Kenapa?

Dan kenapa?

Well, tahukah anda apabila dalam perhubungan, seseorang itu akan cenderung untuk bertindak mengikut sikap yang dibawakan oleh beliau? Andai kata dia jenis yang Dominant, maka dia akan terus mendominasi. Dan jika dia adalah Receiver, dia akan terus menerima sampai pengsan menadah serangan-serangan yang kadang kala mampu mencarut jika tidak dicegah dengan berkesan.

So, its all about sama ada kekasih anda adalah seorang yang Dominant atau Receiver.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience