Chapter 1-Pengenalan antara Kami

Romance Series 1522

"Kakak bangun dah pukul berapa dah ni karang lambat pulak ke sekolah" Kejut Halimatul mak saudara kepada Asyiqin..Ya Asyiqin Dan adiknya Najwa tidak duduk dengan ibunya kerana ibunya jauh..Hanya 2 orang adik lelaki nya saje duduk dengan ibunya.. Pada hujung minggu ibunya akan pergi mengunjungnya

"Ye makdik akak bangun dah" Jawab Asyiqin dengan matanya yang masih terpejam..Ikutkan hati memang malas. Tapi disebabkan harini merupakan hari persekolahan jadi terpaksa lah dia mengagahkan diri untuk mandi. Selesai mandi dia mengejut adiknya yang masih lena dibuai mimpi

"Kak Ngah Bangun dah pukul berapa dah ni nanti kita lambat pulak" kejut Asyiqin sambil mengerakkan badan Najwa supaya cepat bangun.

"hemm... nanti aku bangun lah" jawab Najwa dengan mata yang terpejam lagi.

"Bangun gila nanti Makdik marah" marah Asyiqin kepada adiknya itu.. Memang adiknya ni culas nak bangun dari tidur

"Yela yela aku bangun lah ni" jawab Najwa sambil Mencapai tuala di penyangkut dinding

Dalam 10 minit Najwa siap mandi dan terus memakai baju sekolahnya. Asyiqin pulak membetulkan tudungnya di depan cermin.. Tiba-Tiba terdengar Halimatul memanggilnya dan adiknya

"Kakak Kakngah cepat dah lambat ni. Sarapan dulu" Panggil Halimatul sambil membawa semangkuk nasi goreng lalu diletakkan diatas meja.

"Baik Makdik" jawab mereka serentak.

Mereka terus mengendong beg sambil duduk diatas meja. Asyiqin menghulurkan pinggan kepada adiknya itu. Mereka memakan nasi goreng yang mak saudaranya masak dengan penuh berselara sekali. Masakan mak saudaranya itu tidak tumpah dengan masakan ibunya. Selang bebarapa minit mereka selesai menghabiskan nasi goreng tersebut. Jam ditangannya terus di pandang

"Wei Kak Ngah dah pukul 7 dah karang kita lambat dengan bas kaang" Kata Asyiqin terus belari ke dapur untuk membasuh pinggan dengan sepantas kilat diikuti dengan adiknya yang melakukan perkara yang sama dengan Asyiqin. Mereka terus bergegas memakai kasut dan terus berjalan ke tempat menunggu bas sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi.

Di sekolah

Asyiqin masuk ke dalam kelas. Haih nampaknya terpaksa lah dia menunggu kawan baiknya . Memang salalu dia yang datang dahulu sebelum kawan baiknya sampai. Sambil menunggu boleh lah dia tidur buat semntara. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata sudah kedengaran seseorang memasuki kelasnya. Dia mengangkat kepala dan melihat ketua kelasnya iaitu Fakhrul yang berjalan ke tempat duduknya

"haa tidur tidur" kata Fakhrul sambil menyakat Asyiqin yang ingin meletakkan kembali kepalanya di meja

"Biarlah aku nak tidur. Sebok je kau ni" kata Asyiqin sambil memejamkan mata. Fakhrul pula telah jalan ke kelas sebelah untuk berjumpa kawan baiknya itu. Selang beberapa minit dia tidur datang lah rakan baiknya yang dia tunggu-tunggu.

"Awal kau sampai syiqin" kata Nadhirah sambil duduk di tempat duduk nya di depan Asyiqin

"Memeng awal pun sampai dah kematu punggung aku ni tunggu kau" Tutur Asyiqin dengan selambanya

"Lek lah.. Aku bukan sengaja datang lambat..Bas sekolah aku tu yang datang bapak lambat nak mampus" Terang Nadira dengan panjang lebar

"Yela Dyra aku faham" balas Asyiqin dengan mendatar

"Nasib kau sorang je aku yang faham aku. "kata Nadhira terus memluk tumbuh Asyiqin . Asyiqin hanya maou membalas pelukan kawannya itu sahaja.

"Weyh jomlah turun, jap lagi nak kena gi dewan" kata Nadhirah sambil mencari buku catatan di dalam begnya
"Asal lak nak kena gi dewan" Kata Asyiqin dengan muka blurnya

"Hari ni hari isnin lah syiqin oii ofc lah ada perhimpunan" tutur Nadhirah dengan gaya divanya

"Haah lah... Apa lah aku ni." kata Asyiqin sambil menempuk dahinya

"Dah dah jomlah" tutur Nadhirah

"okay okay" kata Asyiqin dengan tergesa dan mereka terus berlalu dari kelas

sambil mereka tergesa-gesa Asyiqin terlanggar seorang lelaki yang tak pernah dia nampak selama ini.

"sorry sorry saya terlanggar awak tadi. Saya nak cepat ni sebab karang lambat pulak nak gi dewan"kata Asyiqin mempercepatkan langkahnya menurun tangga. Lelaki itu hanya mampu memandang dari jauh sahaja wajah gadis.

"takpe awak."kata lelaki itu berlalu dari situ.

Semasa Waktu Rehat

Mereka berempat bergerak bersama- sama menuju ke kantin. Al maklum lah perhimpunan tadi memang lama dengan ucapan pengetua dan guru displin sahaja.

"Wei asal kau lambat harini" tutur Asyiqin kepada 4 rakanya yang lewat itu

"Aku bangun lewat lah" kata Amanina sambil menguap

"Aku pula tunggu bas rapid lama sangat" kata Izzaty

"Aku dah memang tunggu kat dewan bukan lambat ea... aku dari hostel terus pergi dewan" Kata Najah

"Akupun sama macam diorang bangun lewat" kata Huda sambil mengaru garu kepalanya yang tidak gatal

"Yela yela aku faham korang ni macam mana kadang lewat kadang awal.... tu je yang aku faham tentang korang ni.. hahahaha" kata Asyiqin sambil ketawa terbahak bahak. Inilah rakannya yang mampu membuat dia ketawa dan gembira sepanjang hari.

"Weyhh korang tadi an.. Aku ada nampak budak baru... Aku rasa kan budak tu akan masuk kelas sebelah lah" Kata Nadhirah yang baru lepas membeli makanan

"Macam mana kau boleh nampak budak baru tu" Kata Asyiqin dengan muka hairan

"Pagi tadi aku lalu depan pejabat sekolah... haa mase tu lah aku ternampak budak tu" terang Nadhirah dengan panjang lebar

"Yeke Dyra..handsome tak?" Tanya Amanina dengan muka yang gembira sambil membetulkan tudung nya supaya kelihatan cantik

"Entahlah" jawab Nadhirah sambil mengangkat kedua bahunya.

"Amboi kau ni Nina kalau budak baru tu lelaki je gatal ea? Aku cubit cubit nanti baru kau hilang gatal kau tu" kata Izzaty sambil mendekatkan jari ke peha Amanina tanda mahu mencubitnya. Kadang kadang memang dua orang rakannya itu suka bergurau sesama sendiri.

"Dah dah korang ni. Cepat makan karang lambat pulak masuk kelas" Kata Asyiqin sambil menunjukkan jam ditangannya yang menunjukkan waktu rehat sudah sampai ke pehujungnya. Tidak lama kemudian loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun tamat.

Di dalam kelas....

Kelas Agama islam sedang berjalan seperti biasa dalam kelas mereka. Asyiqin pulak sibuk dengan kerja yang diberi ustazah itu tadi diikut oleh izzaty Nadhirah. Manakala Amanina sibuk termenung,Huda pulak menyanyi dan Najah pula tidur. Tiba tiba mereka melihat seorang guru yang diiringi oleh budak baru yang diperkatakan oleh Nadhirah itu tadi.

"Huish handsome lah budak baru tu...Cuba kau tengok Syiqin" Kata Amanina sambil mengocangkan bahu Asyiqin.

"Emm boleh lah" Jawab Asyiqin acuh tak acuh.. Sebenarnye Asyiqin tak nampak pun muka lelaki yang di perkatakan oleh Amanina itu. Al maklum lah dia tu rabun tahap biawak, dia hanya memakai kaca mata semasa sedang belajar je... Lagipun dia dah ada kekasih iaitu nabil Ikhwan. Sebab tu dia tidak ambil kesah pasal lelaki yang dikatakan oleh Amanina itu.

"Mulalah tu Amanina ni... kalau lelaki handsome nombor satu ea kau" kata Izzaty sambil menjentik jari Amanina

"Jangan macam macam Nina Abe tu macam mana" Usik Huda.. Aiman Hakim a.k.a Abe merupakan lelaki kelas sebelah dan kawan baik kami juga... kalau semasa rehat untuk kelas tambahan atau semasa menunggu kelas tambahan mula mesti kitaorang lepak sekali dengan dia.. Tak pun kalau ada waktu terluang kitaorang borak. Amanina ni pula cara layanan dia macam menyukai si aiman hakim ni. Sebab itulah Asyiqin dan rakan-rakanya selalu mengusik dia dengan si abe ni.

"Aku tak da apa apa lah ngan abe tu.. cuma kawan kawan je" Jawab Amanina dengan muka skemanye

"Eleh kau ye ye je.. dah suka tu cakap jela nanti aku ngan Izzaty confess kan untuk kau." kata Huda dengan senyuman menandakan dia menahan gelaknya

"Haih korang dah dah lah... Kalau tak makan si Amanina hari hari memang tidak sahkan." Kata Nadhirah dengan nada yang sedikit tinggi.

" Weyh korang esok kita ada lawatan ke SMK Lepar an". Saja Asyiqin menukar topik sebab kalau tidak menukar topik memang panjang lah cerita yang bukan bukan yang belaku. Entah-entah nanti Nadhirah yang yang fokus membuat kerjanya meletup.

" Haah lah..tetiba aku boleh lupa pulak... Wei Syiqin Aku nanti nak duduk sebelah kau tau masa dalam bas nanti" kata Izzaty

"Okay" jawab Asyiqin sambil membuat tanda okay dengan jarinya..

"Aku baru ingat nak duduk sebelah Syiqin" kata Amanina dengan nada rajuk

"Lahai kau nina asyik duduk sebelah Syiqin je.. Bagi lah aku lak duduk sebelah Syiqin" kata Izzaty dengan suara mengadanya.

"Yela yela duduk lah kau selama mana kau nak. Nasib baik Syiqin duduk sebelah aku semasa dalam kelas"Amanina dengan nada pasrahnya. Harini kelas itu memang riuh rendah dengan akitiviti yang berlangsung pada hari esoknya, Bukan itu saja. Kecoh juga pasal murid lelaki yang baru sahaja masuk ke sekolah mereka tadi....

~Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience