Chapter 3-Trauma

Romance Series 1522

"Assalamualaikum... akak balik dah" Asyiqin memberi salam dan terus masuk dalam rumah.

"Waalaikumussalam..." jawab Sharif iaitu ayah saudara kepada Asyiqin.

"Makdik mana?" Tanya Asyiqin sebab biasa waktu macam ni mak saudaranya sudah pulang.

"Makdik tak balik lagi sebab tengah ada banyak kerja" Jawab shariff

"Ouh tak pela macam tu"kata Asyiqin terus meneruskan langkahnya ke bilik. Bila masuk ke dalam bilik dia tengok adiknya tiada dalam bilik. Sepupu lakinya pun tiada di rumah.

" Haih mampus aku tinggal sorang dekat rumah ni"gumam Asyiqin dalam hati.

Dia tak tahu kenapa hatinya rasa tak sedap. Dia menutup pintu dan mengunci pintu biliknya itu. Dia ingatkan nak tidur sekejap sebab badannya penat sangat harini. Asyiqin baring di atas katil dan terus memejam kan mata. Selang beberapa minit Asyiqin mendengar bunyi yang amat bising di pintu bilik nya. Dia pun tersedar dan mengosok gosok matanya dan dia melihat pintu biliknya tiba tiba terbuka. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Bapa Saudaranya di dalam bilik nya.

"Pakcik nak buat apa ni" kata Asyiqin dengan nada takut dan terkejut.

"Aku mahu kau. kau tahu tak dah lama dah aku perhatikan kau ni. Lagi lama aku tunggu lagi terseksa aku kau tahu" kata Sharif sambil mendekatkan dirinya di Asyiqin.

"Apa yang pakcik cakap ni... mengucap pakcik ingat tuhan" Kata Asyiqin dengan nada menjerit. Dia menahan air matanya daripada mahu mengalir. Dia tidak menyangka bahawa bapa saudaranya sanggup membuat dirinya seperti binatang.

"Aku peduli apa! Yang penting aku dapat kau"Kata Shariff sambil menutup mulut Asyiqin untuk mengelakkan Asyiqin dari menjerit.. Asyiqin hanya mampu menangis dan tidak mampu untuk melawan sebab bapa saudara nya itu berbadan gempal memandangkan dia yang berbadan kurus masa itu.

"Ya allah ampunkan hamba mu ini... Kau tolong aku ya allah hamba mu yang terniaya ini" hanya doa di dalam hati saja yang mampu Asyiqin buat. Lama kelamaan Asyiqin tidak mampu untuk menahan rasa sakit yang teramat sangat sehingga dia tidak mampu untuk berdiri dan terus pengsan. Haritu merupakan kisah hitam yang takkan dia lupakan. Hanya allah saja yang tahu perasaannya sekarang ini... Bapa saudaranya siap mengugutnya lagi jika Asyiqin memberi tahu ibu saudaranya kemungkinan bapa saudaranya akan memukulnya atau membunuhnya.

Keesokannya di sekolah....

Asyiqin datang sekolah dengan mata yang sembab dan mukanya yang nampak muram. Dia masih tertanya tanya apakah salah dia. Dan dia asyik berfikir macam mana bakal suaminya nanti sebab dia tiada apa yang semua laki mahukan. Nadhirah masuk di dalam kelas dan melihat Asyiqin sangat muram dengan mata sembabnya. Nadhirah tak pernah melihat Asyiqin sedih begini.

Syiqin kau asal weii?" Tanya Nadhirah dengan nada risau dan terus duduk di sebelah Asyiqin. Asyiqin terus memeluk Nadhirah sambil melepaskan semua yang dilalui dengan menangis.

"Aku tak tahu wei nak cite macam mana. sakit sangat wei apa yang aku rasa ni" kata Asyiqin di dalam esakan.

"Kau cuba cerita wei. Aku tak leh la tengok kau macam ni. Risau aku tengok kau macam ni" kata Nadhirah sambil mengusap lembut kepala Asyiqin. Akhirnya Asyiqin menceritakan kisah yang dia lalui semalam kepada kawanya Nadhirah.

"Setan pakcik kau tu! pakcik saudara jenis apa dia tu?!" berang Nadhirah.. Sebab tu lah dia tak percaya kan lelaki sekarang ni. Lelaki sekarang berhantu kan nafsu... Dasar tak cukup satu...

"Aku rasa aku dah tak selamat wei duduk dalam rumah tu sebab ada pakcik aku"kata Asyiqin yang masih dalam tangisan

"Sabar Syiqin aku tahu kau kuat.. Allah uji kau sebab allah sayang kau"kata Nadhirah menguatkan pelukan. Dia kesian melihat rakannya itu. Ayahnya baru sahaja meninggal pada tahun lepas sekarang rakanya itu diuji dengan dugaan yang lagi besar sekali lagi.

"Harap kau tetap kuat dan tabah menghadapi semua dugaan"bisik hati kecil Nadhirah. Selang beberapa minit Amanina dengan Izzaty sampai di meja. Semasa itu Asyiqin sudah pun berhenti menangis. Sekarang dia hanya mahu Nadhirah sahaja yang tahu sebab dia tahu kalau Izzaty tahu dia pergi belasah bapa saudaranya. Mana taknye Izzaty memang sangat popular dengan sifat panas barannya. Pantang keturunanya kalau ada sesiapa yang mengusiknya atau menyakitkan hatinya.

"Wei Syiqin kau dah siap ke homework semalam?"tanya Amanina sambil mengeluarkan bukunya.

" Homework apa?"Tanya Asyiqin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lah kau ni homework math semalam lah yang banyak gila nak mati tu" terang Amanina dengan lenggoknya

"Yang kau gerak kan badan kau macam ular tu kenapa? tengur Fakhrul dengan nada marah. Budak rare ni lagi. Mana tak setiap tahun mesti dia je yang jadi ketua kelas takde orang dah. Kemungkinan dia merupakan seorang yang bertanggungjawab sebab tu lah dia jadi ketua kelas setiap tahun.

" Eleh kau ni Fakhrul sibuk je" Kata Amanina dengan membuat muka menganjing.

" Dah lah kau baik aku tegur orang lain" Kata Fakhrul terus berlalu dari situ.

"Haih korang berdua ni asyik bergaduh je. Karang jadi jodoh baru tahu" kata Izzaty dengan nada yang sedikit meninggi.

"eee taknak aku.."kata Amanina dengan nada yang geram. Asyiqin hanya mampu tersenyum melihat telatah kawan kawannye tadi. Hilang sikit duka di hatinya bila dia berada di sekolah

"Syiqin cepatlah kau dah siapke belum kerja math yang semalam"kata Amanina sambil mencubit tangan Asyiqin.

"auchh.. sakit lah kalau ye pun nak homework aku elok elok lah." kata Asyiqin sambil mengusap-usap tanganya.

"Nah ambil ni aku dah siap." kata Asyiqin sambil menghulurkan bukunya kepada Amanina.

"Thanks wei kaulah kawan sehidup semati aku" kata Amanina dengan nada teruja lalu terus memeluk Asyiqin.

"ye ye sama-sama. Dah dah cepat buat tu kang tak sempat pulak kau nak siapkan." Kata Asyiqin di dalam dakapan Amanina. Semalam harinya merupakan hari duka kepadanya dan hari tanpa dia tidak sangka datangnya sinar gembira dari rakan- rakanya itu.

Semasa Waktu Rehat....

"Wei syiqin kau nak tahu satu benda tak?" kata Amanina memulakan perbicaraan.

"Apa dia lagi Amanina" kata Asyiqin sambil memusing kan badan ke arah Amanina.

"Kau tahu aku nampak siapa" kata Amanina yang masih mahu bermain teka teki dengan Asyiqin.

"Kau nampak siapa pulak, kau nampak crush kau ke?" teka Asyiqin.

" haah aku nampak crush aku" terus terang Amanina kepada Asyiqin

"Huish lain macam kawan aku sekarang" terkejut Asyiqin apabila mendengar pengakuan Amanina.

"Aku nampak Haziq lah Syiqin yang sama dengan group kita" terus terang kepada Amanina kepada Asyiqin. Tiba-tiba jantung Asyiqin berdegup dengan kencang apabila mendengar nama yang terkeluar dari mulut Amanina itu.

" Serius lah weh Haziq sama sekolah dengan kita ke. Aku ingatkan dia sekolah SMK Lepar" sangka Asyiqin. Ye dia memang sangkakan Haziq dari sekolah tersebut memandangkan semasa itu dia memakai baju putih menandakan dia bukan dari sekolah kami.

"haah wei dia budak sekolah kita. Kau tak tahu sebab dia baru je masuk sekolah kita 2 minggu masa tu" terang Amanina kepada Asyiqin.

"yeyeje kau nampak dia" Asyiqin menidakkan kata Amanina. Dia bukan tak percaya, tapi selagi dia tidak lihat Haziq tu depan mata dia selagi tu dia tidak percaya.

" Kau tak percaya ea. Meh aku bawak kau, bagi kau tengok betul betul laki depan mata kau tu" kata Amanina sambil menarik tangan Asyiqin kepada suatu tempat. Terbuntang mata dia apabila melihat susuk tumbuh yang mampu membuat jantung berdegup kencang. Haziq juga terkejut dengan kehadiran gadis itu. Dia sebenarnya dah lama tidak jumpa gadis tersebut kerana selama 1 minggu gadis itu tiada kerana pergi ke perkhemahan pengakap. Ya! Dia memang rindu dengan wajah lembut gadis itu.

"Kau agak agak lah wei bawak aku betul betul depan mata dia dah kenapa!" bisik Asyiqn dekat Amanina

" Siapa suruh kau tak percaya.. Ambik kau" bisik Amanina dekat Asyiqin. Haziq terpinga pinga melihat gelagat dua orang gadis di depannya itu. Tersenyum juga Haziq apabila melihat gelagat Asyiqin yang membebel dekat rakanya itu.

"Ehem ehem" dehem Haziq supaya dua orang gadis itu memandangnya.

"Nak apa jumpa saya?" tanya Haziq kepada Asyiqin

" Ehh sapa kata saya nak jumpa awak.. Saya tengah cari barang saya yang hilang lah" kata Asyiqin sambil berpura pura mencari barang.

"Awak hilang apa ye. Awak hilang hati ke? Kalau awak hilang hati tu maknanya saya lah yang curi" kata Haziq sambil memberi pickup line kepada Asyiqin.

"Aku salah dengar ke ni? Sejak bila mamat ni pandai buat pickup line ni" kata Asyiqin sambil mengaru garu kepalanya yang tidak gatal.

"Tak delah pen saya lah yang hilang bukan hati. Kalau hati yang hilang mati lah saya. Jom Amanina kita cari kat sana pulak ye"kata Asyiqin sambil menarik tangan Amanina untuk berlalu pergi. Terpinga pinga juga Haziq apabila rmendengar kata kata yang keluar dari mulut Asyiqin .

"Nakal juga ye kau ni Asyiqin. Kau tunggu lah suatu hari nanti mesti kau akan jadi milik aku" kata Haziq yang melihat Asyiqin pergi dari situ.

~bersambung~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience