Chapter 2- Perkenalan Kita

Romance Series 1522

"Manalah kawan Aku ni lambatnya" kata Asyiqin sambil melihat jam di tanganya.. Sudah pukul 7 dah ni tak lama lagi mereka akan berkumpul di astaka untuk menghantar borang persetujuan ibu bapa dan terus menaiki bas memandangkan bas sudah pun lama tiba.

"weyh Syiqin, sorry beb Aku lambat" kata Nadhirah dengan nafas tercungap cungap.

"Nasib kau sempat kalau tak kena tinggal lah kau" usik Asyiqin. Selang beberapa minit 2 rakanya tiba Amanina Dan Izzaty. Huda pula tidak dapat sertai kerana dia terkena demam panas. Najah pula dengan budak Asrama.

"Weyh jom lah memandangkan kita dah lengkap dah ni." kata Nadhirah sambil pergi ke guru bertugas

"Haah jomlah karang mula lah takde tempat duduk" kata Amanina mengikuti langkah Nadhirah ke guru bertugas. Diikuti oleh Asyiqin dan Izzaty. Semasa di astaka guru bertugas menyuruh mereka beratur supaya senang untuk ketua kelas mengira bilangan yang hadir untuk harini. Guru bertugas memberi taklimat tentang aktiviti yang mereka akan diadakan sebentar lagi. Seusai habis nya taklimat mereka dikhendaki beratur untuk menaiki bas. Macam yang dijanjikan semalam Asyiqin duduk di sebelah Izzaty. Amanina pula duduk diseblah Nadhira.

Ketika di dalam bas Asyiqin sibuk bermain handphone nye sambil bermesej dengan kekasih hatinya Nabil Ikhwan.

"Haa kau dah kenapa tersenggih senggih ni Syiqin" tegur Izzaty.Hairan juga Izzaty apabila melihat kawan baiknya tiba-tiba tersenyum sendiri.

"Takde lah aku tengah mesej Nabil ni ha" kata Asyiqin sambil menunjukkan handphone nye yang tertera nama Nabil diatas.

"Patut lah lain macam senyum nye tu..Mesej dengan kekasih hati rupanya" usik Izzaty apabila mendengar jawapan dari mulut Asyiqin.Leka mereka berbual di dalam bas, selang beberapa minit mereka sudah pun sampai disekolah yang mereka ingin lawati. Mereka masuk ke dalam dewan tersebut dan terus duduk di kerusi yang disediakan. Setelah semua masuk ke dalam dewan datanglah guru yang mengiringi mereka semua.

"Okay murid- murid kita akan memulakan aktiviti sekarang ya. Semua boleh kira satu sampai sepuluh ye untuk membuat kumpulan". Kata guru tersebut. Selang 5 minit terbentuklah 10 kumpulan. Asyiqin tidak menyangka bahawa dia akan sama kumpulan dengan Amanina. Dia pun tidak tahu kenapa dia dengan Amanina selalu sama kumpulan je.

" Weyhh jomlah kita ke group kita" kata Amanina sambil menarik tangan Asyiqin.

"yela yela aku nak gi lah ni tak yah lah tarik tangan aku" kata Asyiqin kepada Amanina untuk melapaskan tangannya yang dipegang oleh Amanina . Mereka menanya kepada sesiapa yang sama kumpulan dengannya itu. Akhirnya terbentuk satu kumpulan dari nombornya itu iaitu nombor lima. Asyiqin menilik satu satu muka ahli kumpulanya itu supaya dia tidak akan melupai satu satu kumpulanya itu. Tiba tiba ada seorang wajah yang mampu membuat hati Asyiqin berdegup dengan laju. Seorang lelaki di depannya yang mempunyai kulit sawo matang,mata yang sedikit besar,bibir yang terbentuk cantik dan kening yang cantik terbentuk. Asyiqin mengalihkan pandangan apabila mendengar suara dari Amanina.

"Korang apa kata kita memperkenalkan diri nanti senang nak panggil kan. takde lah panggil oi je". kata salah sorang ahli kumpulan. Meletus ketawa mereka apabila mendengar kata kata budak perempuan itu.

" Mula denga aku ya." Cadang Amanina disebelah nya itu

"Haa boleh boleh" kata salah sorang dari ahli kumpulan mereka.

"Nama Aku Amanina.. korang semua boleh panggil Aku Nina je" kata Amanina dengan senyuman tanda ingin beramah mesra.

"Nama aku Rosdi Tapi budak budak sekolah panggil aku Kodi" tutur Rosdi dengan mesra. Asyiqin pun tidak tahu kenapa rakan sekolah nya itu perlu dipanggil kodi.. Dah macam orang jahat dalam cerita duyung yang dibintangi oleh awie itu sahaja. Mata Asyiqin terpandang ke arah lelaki yang dia nantikan itu untuk memperkenalkan diri. Bukan Asyiqin sahaja yang menanti lelaki itu memperkenalkan diri malahan rakanya Amanina disebelahnya pun tidak sabar untuk tunggu budak lelaki itu memperkenalkan diri. Al maklumlah lelaki handsome kan tu yang si Amanina ni tak sabar.

"Hai... Nama aku Haziq Adlil... boleh panggil Haziq je" Kata Haziq dengan nada yang lembut dan mesra sambil memandang wanita di depannya. Wanita yang pendiam di depannya itu. Perempuan yang mampu membuat jantung bagaikan mahu tercabut. Bagi Haziq wajah wanita didepannya itu cukup membuat dia senang dan terpukau. Mana taknya gadis di depannya itu mempunyai kulit wajah yang putih bersih,bibir yang kecil dan merah, hidung kecil sahaja. Haih comel.. Dan Haziq paling suka ialah mata Asyiqin yang berwarna coklat gelap itu yang mampu menampakan anak matanya yang berwarna hitam.

"Nama Aku Nurul Asyiqin.. biasa orang panggil s Syiqin" Asyiqin memperkenalkan diri.. Dia perasan bahawa Haziq asyik memandang nye sahaja. Entah apalah lelaki itu pandang ke mukanya itu. Macam mahu telanya hidup hidup saja cara dia mamandang itu. Huish takudd.

" Aku Nur Diana... orang panggil aku Dian" Kata perempuan yang memberi cadangan itu tadi.

"Aku pulak Nur Shasha... boleh panggil sha". 2 perempuan dalam kumpulan itu pun memperkenalkan diri. Memandangkan cikgu tadi pun suruh ketua kumpulan kepedepan untuk mengambil kertas mahjung dan tajuk yang mereka perlu bentangkan tidak lama lagi. Haziq bangun menandakan dia merupakan ketua kumpulan bagi kumpulan kami. Selesai Haziq ambil kertas mahjung, Haziq memberi tahu bahawa mereka mendapat tajuk tentang haiwan yang mempunyai tulang belakang dan tidak mempunyai tulang belakang. Selang beberapa minit kertas mahjung mereka sudah dipenuhi dengan isi bagi tajuknya itu.

"Wei kau letak lah nama kumpulan dan nama ahli kat bawah ni"tegur Kodi kepada Haziq.

"Baik bossku" kata Haziq sambil menunjukkan ibu jarinya menandakkan baik. Haziq menulis nama kumpulan meraka dan menulis namanya dan menanya nama mereka. Dia ni memang pelupa sedikit.

"Nama kau apa?" Tanya Haziq

"Dian" kata Diana kepada Haziq

"Okay aku letak nama kau Diamond kat sini" kata Haziqi sambil menulis diamond di kertas itu.

"Suka suka hati dia je tukar nama orang" Omel Asyiqin di dalam hati.

"Aku kau tulis Nina je" Kata Amanina kepada Haziq

"Haa okay okay.. Kau pulak" sambil menulis sambil dia tanya kepada Asyiqin

"Syiqin" Jawab Syiqin acuh tak acuh. Sebenar dia geram kerana lelaki di depan nya itu tidak lansung mengingati namanya.

"Aku tulis Ikin sebab nama kau an panjang sangat" kata Haziq secara spontan

"Ikut kau lah" Kata Asyiqin malas ambil tahu

"Kau tulis diamond tu bukan panjang.. ergh" omel Asyiqin di dalam hati lagi

Selesai menulis nama ahli kumpulan mereka menampalkan kertas mereka di tempat yang di sediakan.

Selepas mereka siap membuat kerjanya tadi, Guru di atas pentas memberi aktiviti yang lagi meriah dari yang tadi. Aktivit yang baru ini cukup membuat mereka melakukannya dengan riuh sekali. Haziq pula tidak lepas dari memandang Asyiqin di depannya itu.. Entah kenapa gadis di depannya itu mampu membuat dia tersenyum bila gadis itu tersenyum.. Sedar tak sedar semua aktiviti pun sudah sampai ke penghujungnya.

Di Rumah Haziq

" Assalamualaikum mama.. along balik dah ni" Haziq memberi salam sambil mengetuk pintu rumahnya

"Waalaikumussalam along.... macam mana aktiviti tadi best tak" tanye Puan Azah bila melihat anaknya yang kelihatan letih itu.

"Boleh lah ma... ramai jugak tadi kawan kawan" jawab Haziq dengan muka letih untuk mengambil simpati mamanya itu.

"Okay lah kalau macam tu along, pergi mandi dah macam kambing dah bau along tu. Nanti dah siap mandi pergi makan. Makanan mama dah sediakan atas meja tu mama dah masak tadi" arah Puan Azah. Dia bukan tak kenal dengan anak sulungnya itu. Kalau tak di suruh tak de dibuatnye. Entah entah tidur dulu baru mandi.

"Ala mama ni baru nak manja manja dengan mama" Kata Haziq dengan nada manja

"Banyak lah kamu punya macam. Along tu dah besar bukan budak budak lagi ye" Kata Puan Azah berlalu pergi. Malas dia mahu melayan kerenah anak sulungnya yang mengada ngada itu.

"Baik lah mama.." Haziq mencapai tuala terus ke bilik air... Dia tak tahu kenapa harini dia asyik terbayangkan wajah manis Asyiqin sahaja. Bagi dia Asyiqin tu merupakan salah satu perempuan yang mampu buat dia cair. Bukan sebab cantik sahaja, tetapi cara cakap Asyiqin bukan lembut macam perempuan malahan cara cakapnya sangat ganas macam gaya lelaki.Tapi dalam percakapan dia yang ganas itu ada baiknya juga. Dia dapat merasakan bahawa Asyiqin mungkin tidak tahu bahawa dia sama sekolah dengannya. Mungkin kerana dia pun baru sahaja 2 minggu di sekolah itu.. Mana Asyiqin nak perasan dirinya... Lagipun Asyiqin tu ramai orang yang minat... Memang susah lah nak dapat lagi lagi nak dekat kan.

"Hemm , Asyiqin kenapa kau mesti hadir dalam hidup aku?' keluh Haziq bila nama Asyiqin terkeluar di bibirnya. Baginya sungguh susah untuk dia mendekati Asyiqin. Bayangan Asyiqin asyik berlayar sahaja di fikirannya sehingga lah di tertidur di buai mimpi yang indah.

~bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience