MEMANG perkara yang menyakitkan hati. Matanya merenung tajam pada video.
Sudah empat kali dia tengok video itu. Rasa geram pula.
"Itulah abang... suka sangat menyakat orang... sekali kena batang hidung
sendiri baru padan muka..." sindir Saufi sambil makan popcorn yang dibeli
tepi jalan tadi.
"Kau pun sama... bersubahat dengan dia!" kata Abang Kerol dengan penuh
geram.
"Dia bayar lebih... siapa tak nak? maklumlah lakonan menjadi..." ujar Saufi .
Abang Kerol mengumam berat. Malam itu dia dipermainkan. Sampai sekarang
tetap segar di dalam ingatannya betapa menyakat orang memang sesuatu
yang memedihkan. Dia kesal sebelum ini dia pernah menyakat seorang
kawannya yang yang jauh berada di Brune sewaktu ketika dului. Dia
kenakan Ekal sebaik sahaja Ekal sampai ke Malaysia.
Ekal itu lelaki lemah semangat,dia pengsan tatkala Abang Kerol usik dia
dengan menjadi hantu pocong di dalam rumah yang belum siap dia dengan
Saufi juga berpakat. Kali ini tiba gilirannya pula. Ekal membalas dendam.
Dia juga tidak sangka Saufi boleh bersubahat dengan Ekal. Lebih ekstrem
lagi apabila mengupah orang memecahkan cermen kereta.
Walau bagaimanapun dia menyesal sangat. Ekal yang terkejut pada waktu
itu pengsan sampai masuk wad seminggu. Mujur tidak diserang strok.
Kalau tidak habislah.
Di situ dapat dilihat betapa sayangnya Abang Kerol terhadap Saufi . Kasih
sayang abang terhadap adiknya walaupun hanya adik beradik angkat.
"Assalamualaikum..." tiba ada suara orang bagi salam.
"Waalaikumussalam..." balas Abang Kerol dan Saufi serentak.
Lelaki yang beri salam tadi terpacul depan pintu tersengih-sengih.
Pandangan Abang Kerol tertumpu pada Ekal. Saufi menguntum senyum. Ekal
membawa bungkusan hadiah. Namun tiba-tiba sahaja Ekal jatuh dan rebah
pengsan.
Abang Kerol dan Saufi buat selamba.
"Lakonan saja tu... jangan layan... nanti terkena pulak," kata Abang Kerol .
Wajah Ekal pucat. Dia diserang jantung dengan tiba-tiba namun sikit pun
tidak diendahkan. Bagi Abang Kerol dan Saufi , Ekal berlakon lagi.
Dahsyat sungguh permainan ini. 'wakenabeb' katanya di hati yang sedang
meronta kesakitan. Nafasnya tersekat-sekat dan sedang meronta-ronta di
anjung itu.
Tidak lama selepas itu Ekal mati tanpa dihiraukan oleh Abang Kerol dan
Saufi yang kembali menonton video yang sengaja dirakamkan Ekal di masa
hari kejadian dulu.
Share this novel