DIA cuba meluahkan apa yang terbuku di hati namun masih ada yg tidak
mengerti. Walau bagaimanapun Alhamdulillah masih ada juga yg
menyokongnya. Ini membuktikan ALLAH SWT itu Maha Adil. Abang Kerol
bersendirian di anjung rumahnya tatkala hatinya ditempiaskan dengan
sisa-sisa kata yang masih melekat di minda.
"Termenung jauh nampaknya... abang teringatkan siapa?" tiba-tiba Saufi
menyapa. Lamunan Abang Kerol berkecai.
Saufi yang masih lagi enak mengunyah ayam itu dengan tiba-tiba memeluk
bahu Abang Kerol dengan sisa-sisa bekas ayam melekat di tangan. Selamba
saja nampaknya. Abang Kerol hanya membiarkan sahaja dengan penuh pasrah
seraya dia menoleh ke arah Saufi .
Saufi duduk di sebelah Abang Kerol sambil menguntum senyum.
"Abang teringatkan insan yang telah mengecewakan abang di dalam FB..."
luah Abang Kerol .
"Sampai macam tu sekali ke? Siapa? Ceritalah pada Saufi ... abang dengan
Saufi bukan orang lain... adik beradik angkat... kalau abang tak luahkan
pada Saufi , kat siapa lagi abang nak luahkan?" Saufi cuba mencungkil
rahsia apakah puncanya Abang Kerol bermuncung panjang sedepa.
Tiba-tiba kedengaran suara aneh.
"errrrkkkk.....Alhamdulillah..." ucap Saufi sendawa puas balun Ayam
goreng KFC yang di tapau tadi. Samapi rumah dia terus makan sampai tak
ingat yang ayam dia balun itu adalah ayam kepunyaan Abang Kerol . Tapi
Abang Kerol tak kisah. Bukan orang lain, adik angkat sendiri.
"Saufi pergi berus gigi dulu ya, dah bau macam loji najis dah..." seloroh
Abang Kerol .
Saufi malu-malu. Dia sedar diri jadi dia terus melangkah menuju ke bilik
air untuk gosok gigi sebelum masuk tidur. Dia tetap berharap Abang Kerol
menceritakan siapakah orang yang buat Abang Kerol macam kera tak dapat
bunga itu.
'Apalah nasib aku... menyakat orang...orang pula mudah terasa...
hurmm...' gumam Abang Kerol di hati.
Share this novel