BAB 2

Thriller Completed 228

INSAN yang hampa hatinya ini tidak dapat lelapkan matanya. Pusing kanan
dan pusing kiri keadaan masih juga sama. Tilam empuk dirasakan pejal
sahaja. Sukarnya untuk dia melupakan apa yang berlaku pada dirinya hari
ini. Walaupun dis suka menyakat orang namun hatinya juga kadangkala
sedih dengan dirinya sendiri.

'Kenapa aku suka sakat orang?' dia bertanya pada dirinya sendiri tatkala
dia sedang merenung kosong pada siling rumahnya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia terus bangun dari katilnya
dan terus mencapai telefon itu sekilas dia menoleh pada jam dinding.
Sudah pukul 2 pagi. 'Apahal mamat ni call aku pepagi buta? dia nak apa?'
soalnya lagi di hati.

Butang hijau ditekan.

"Hello..." katanya.

"Hello Man... Assalamualaikum..." ucap insan di hujung talian.

Abang Kerol terus menjawab salam itu. Lelaki itu bising-bising sebab
sudah dua hari Abang Kerol ponteng kerja. Bukan dia tidak mahu masuk
studio tapi hatinya tidak tenang. Amat bercelaru sekali.

"Esok aku nak kau datang! kalau kau tak datang kerja lebih baik kau
berhenti sahaja," tegas Adrian bos kepada Abang Kerol .

Belum sempat Abang Kerol membalas kata-kata itu, Adrian terus memutuskan
talian. Mengeluh berat nampaknya. Saat ini kedengaran pula pintu
biliknya diketuk. Namanya dipanggil.

"Abang Kerol ! Abang Kerol !" panggil seseorang.

Kerol terus bangun dan melangkah ke pintu biliknya. Dikuak
perlahan-lahan daun pintu itu. Terbeliak biji mata Abang Kerol melihat
Saufi yang berlumuran darah. Abang Kerol terus panik. dia melihat Saufi
seperti ditikam dengan pisau.

"Tolong abang... tolong..." rayu Saufi .

"Saufi ! sabar Saufi ! sabar! abang bantu..." Abang Kerol terus merangkul
tubuh Saufi dengan tergesa-gesa.

Dia rangkul tubuh itu ke pintu keretanya. Niatnya untuk membawa Saufi
terus ke hospital. Saufi meronta-ronta kesakitan.

"Abang... Saufi minta maaf abang... kalau Saufi ada buat salah dengan
abang..." ucap Saufi yang tercungap-cungap seperti kehilangan nafas.

Abang Kerol mula risau. Dahinya berkerut. 'Binatang manakah yang buat
begini pada Saufi ! kalau aku tahu siapa aku akan balas dendam!' detik
hati Abang Kerol yang terus meluru naik semula ke atas untuk mengambil
kunci kereta.

Usai itu dia kembali semula. Saufi sudah pengsan di belakang tempat duduk
kereta Abang Kerol . Tanpa berlengah lagi dia terus menghidupkan enjin
kereta dan memecut laju membelah angin malam yang pekat itu.

Berkali-kali dia menoleh ke arah Saufi . Dia bimbang kalau apa-apa terjadi
pada Saufi adik angkat kesayangannya yang kuat makan itu. Kalau Saufi tak
ada siapa lagi yang dapat habiskan makanan di dapur? Siapa lagi yang
mampu ceriakan hidupnya selepas kematian isterinya dua tahun lalu.

Tiba di simpang tiga tidak semena-mena kereta Hyundai miliknya dipancung
oleh sebuah kereta Honda CR-V. Kelihatan tiga orang lelaki keluar dari
kereta itu meluru rapat ke arahnya. Ketiga-tiga mereka bertubuh sasa.
Selalu debik tumbang Abang Kerol . Dia perlu segera hantar Saufi ke
hospital. Nyawa Saufi dalam bahaya.

"Keluar!! Keluar!!' arah mereka.

Abang Kerol tidak mahu keluar. Dia berada takut hendak keluar namun dia
tiada pilihan. Kerana kedegilannya itu salah seorang dari mereka
memecahkan cermin kita. Abang Jamam terpejam seketika. Tergamam dan
segala rasa merusuh di jiwannya.

"Aku kata keluar kau degil!" katanya lagi lalu membuka selak kereta
Abang Kerol .

Leher baju Abang Jamal ditarik keluar dari perut kereta. Nampaknya kini
nyawa Abang Kerol pula dalam bahaya.

"Apa ni?" tanya Abang Jamal terpisat-pisat di situ.

Keadaan jalan itu sungguh sunyi. Tiada kereta yang lalu lalang. Pelik
sungguh.

"Bila kau nak bayar hutang?!" lelaki berkenaan memintang hutang.

"Bila aku ada hutang?" kata Abang Kerol yang kecut perut melihat pisau
terhunus.

"Aku tanya bila kau nak bayar!! Sudah lima bulan kau tak bayar! kau ni
cari nahas betul!" kata lelaki ke dua.

Ketiga-tiga mereka tidak bertopeng namun Abang Kerol tidak mengenali
siapa mereka yang tiba-tiba sahaja meminta hutang. Nyawa Saufi perlu
diselamatkan.

"Tolonglah tolong saya... kalau benar saya ada hutang tolonglah lepaskan
saya dulu sebab saya mahu hantar adik saya ke hospital, dia dalam
bahaya..." rayu Abang Kerol .

"Tolong? habis kami ni siapa nak tolong? kalau kami balik pejabat nanti
dan duit tak ada, kami pula kena bantai! siapa nak jawab? kau?" kata
lelaki yang menghunus pisau.

Leher Abang Kerol dicekak. Sesak nafas Abang Kerol . Dia merayu demi
kasih dan sayangnya pada adik angkatnya yang tidak sedarkan diri
berlumuran darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience