BAB 2

Thriller Completed 273

Pada suatu hari, Dod diusik oleh beberapa pelajar.
"Bagaimana boleh ada katak mati di dalam laci saya?" Dod berasa sangat geram.
"Mungkin awak telah menyinggung perasaan orang lain," ujar salah seorang sambil mengangkat kening.
"Selalunya saya hanya berdiam diri dan tidak pernah berdendam dengan sesiapa,"kata Dod sambil membuang bangkai katak tersebut.
Beberapa hari berturut-turut, nama Dod ditulis pada dinding tandas bersama ayat-ayat cacian. Selain itu, dia dilempar batu sehingga luka apabila dia duduk bersendirian. Walaupun dia berasa geram dan marah namun dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia tiada bukti.
Pada suatu hari, dia telah dikepung oleh sekumpulan pelajar lelaki semasa pulang ke rumah..
"Awak ingat awak siapa?"
"Phax tidak perlukan pengampu seperti awak!
" Jangan berani mendekatinya lagi! "
Dod berasa geram lalu berkata, "kami berdua sahabat karib, saya bukan pengampu dia! Kalian tiada hak untuk mangarah saya!"
" Awak mahu merasa ini?"kata salah seorang daripada mereka sambil mengeluarkan sebatang kayu.
Akhirnya, Dod terpaksa melarikan diri kerana tidak mampu melawan seorang diri. Sejak itu, kehidupan Dod menjadi tidak tentaram kerana dia asyik diganggu oleh kumpulan lelaki tersebuat. Setiap hari,mereka akan memberikan amaran serta mengugut Dod supaya menjauhkan diri daripada Phax.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience