Banyak orang akan cemburu pada phax dan dod kerana mereka merupakan sahabat karib.
Phax selalu menjadi perhatian kerana dia sering mendapat keputusan yang cemerlang apabila mewakili sekolah dalam pertandingan. Oleh itu, dia amat disenangi oleh pelajar perempuan mahupun lelaki di sekolah..
"Siapakah dia? Dia hanya menumpang populariti agaknya. Haha! ''Dua orang pelajar perempuan sedang berborak. Perbualan mereka telah didengari oleh phax dan Dod.
" Mengapa mereka iri hati?"keluh Dod sambil menggelengkan kepalanya. Dia melihat ke arah phax tetapi Phax hanya mengukirkan senyuman sahaja.
" Janganlah berkecil hati, "kata Phax swmbil menepuk perlahan bahu Dod.
'Tidaklah," ujar Dod dengan nada yang lemah.
Kadang-kadang, mereka mendengar banyak khabar angin daripada pelajar-pelajar lain kerana keakraban mereka amat dicemburui oleh kebanyakan pelajar di sekolah..
Share this novel