Tidak lama kemudian,Dod juga mula tersisih dari rakan-rakan lain kerana gangguan mereka. Dod berasa runsing dan selalu termenung di dalam kelas.
Ketika waktu rehat, rakannya Dassin duduk di sisinya lalu bertanya, "Mengapa muram sahaja? Makanlah sedikit.?"
Dod menolak pelawaan Dassin. Namun, riak wajahnya kelihatan penat dan tidak bermaya.
Dassin duduk di sisi Dod kerana dia mahu menemaninya. Sejak hari itu, Dassin akan mancari Dod setiap kali waktu rehat tiba. Dod selalu merungut kepada Dassin kerana dia seorang pendengar yang baik.
Beberapa bulan kemudian, Phax pun kembali ke sekolah menyertai sebuah pertandingan.
"Dod, apa khabar?" Phax berasa teruja apabila melihat sahabatnya.
Dia menuju ke arah Dod sambil melambaikan tangannya. Begitu juga Dod.
"Hei Phax, mari saya perkenalkan kawan baharu saya," kata Dod.
Sejak berkenalan dengan Dassin, Phax selalu berborak dengannya. Mereka seperti sudah berkawan lama. Pada pandangan orang lain, persahabatan antara Phax dengan Dassin lebih akrab daripada Dod. Oleh itu, Dod merasakan bahawa dirinya tersisih lagi..
Share this novel