"Buat bodohh….erhhh..bukan buatt….arhhhh…"Wajah Zafura dah tak boleh pandang. Blusher dah ada kiri kanan.
"Duduk sini." Fawwaz menarik tangan Zafura untuk duduk dibirai katil yang telah terhias indah.
"Nak buat apa?" Zafura jujur bertanya.
"Buat bodohlah.." Fawwaz ketawa bila berjaya mengenakan Zafura .
"hahh!" Zafura yang tidak mengerti kembali menenangkan diri. Tarik nafas pepanjang.
"Kenapa awak kahwin dengan saya?" tanpa signal soalan maut yang meraung dalam benak fikirannya dilepas keluar.
"Sebab awak ada yang saya mahu." Dalam tegas nada berubah lembut. Memang Fawwaz akui Zafura amat memenuhi ciri keperempuanan yang dicari setiap lelaki. Cuma matanya sahaja menidakkan kehadiran Zafura disisinya. Tetapi setelah maknya memberi senarai apa yang ada pada Zafura barulah mata, hatinya terbuka untuk meneliti keperibadian wanita yang sudah selamat menjadi isterinya.
"Sebab apa?" Zafura masih tidak dapat menangkap maksud Fawwaz .
"Sebab awak adalah butang merah saya. So bila dah terdesak saya tekanlah." Terang Fawwaz . Matanya berlagu menyanyi menyambut panahan mata Zafura . Akhirnya Zafura kalah dalam aksi tersebut.
"Awak jahat!" Zafura menepuk bahu Fawwaz kuat.
"Aduhhh…"Fawwaz menahan kesakitan. Belum apa-apa dah kena belasah. Gangster juga bini aku ni.
Share this novel