Majlis yang berlangsung tiada cacat celanya. Semua pihak berpuas hati. Hanya pengatin sahaja yang masih tidak berpuashati. Hendak atau tidak akad sudah diangkat. Fawwaz bagai lembu dicucuk hidung mengikut kata emaknya.
"Dahlah Fawwaz , naiklah atas. Salin baju. Dah basah kamu ni. Hari pun dah nak gelap." Ayah mentua Fawwaz bersuara bila Fawwaz masih terbongkok-bongkok mencuci periuk belanga. Zafura entah hilang kemana. Tak nampak kelibatnya turun menolong suaminya. Mungkin didapur mengemas agaknya.
"Baiklah pakcikkk..ehhh..ayah." muka Fawwaz dah merah bila lidah tersilap sebut. Chehh…. Buat malu je depan pak mentua. Fawwaz memerhati keliling kawasan rumah tersebut. Khemah masih terpacak, kerusi dah di susun cuma sampah yang masih terabur.
"Biarlah kat bawah ni. Tau jelah abang-abang kamu nak kemas. Kamu pergi rehat, dari tadi ayah tengok tak ada rehat pun." Sekali lagi Pak Zainal menyuarakan bicaranya. Anak orang tak baik didera. Belum sehari jadi menantu. Kalau apa-apa terjadi apa nak dijawab pada Si Furiha nanti.
"Iyerlah, Fawwaz habiskan dulu belanga ni." Akhirnya terkeluar juga suara Fawwaz menyebut ayah.Taklah malu sangat. Hehehehe…
Setelah belanga dikerjakan Fawwaz sehingga boleh dibuat cermin, Fawwaz naik ke atas untuk menganti baju t-shirt yang tak serupa baju. Warna merah dah menjadi hitam. Dalam debar pintu ditolak. Sebaik sahaja satu langkah kaki mencecah lantai satu jeritan kedengaran.
"Arhhhh….." kelam kabut Fawwaz melarikan diri keluar semula dari bilik tersebut. Sekejap terjenggol wajah kak long dengan muka yang berserabut. Muka yang masih basah dek peluh memercik di setiap penjuru.
"Kenapa Fawwaz mm?" kak long merapati Fawwaz yang sedang mengatur nafas kembali.
"Entah!" sepatah Fawwaz menjawab. Dia memang benar-benar tidak tahu apa yang terjadi.
"Nanti kak long tengok. Fawwaz tunggu sini." Kak long menghulurkan pertolongan. Kelibat kak long pula hilang disebalik pintu. Tiada pula kedengaran sebarang jeritan. Kena rasuk agaknya.
"Dah…masuklah." Suara kak long memberi arahan. Fawwaz hanya mengangguk. Cuak jugak nak masuk. Buatnya kena terkam ke.
"YA ALLAH lindungilah daku insan kerdil dirumah ini.." sempat Fawwaz berdoa.
"Lahh…masuklah. Tunggu apa lagi."usik kak long bila melihat Fawwaz masih berdiri didepan pintu. Pelik pula tengok si Fawwaz ni. Selalunya pengantin tak sabar-sabar nak masuk bilik.
"Bismillah…." Fawwaz menapak kembali. Kecut perut, kecut dada. Semuanya ada.
Fawwaz meninjau keadan didalam bilik. Tiada orang. Pelik pula. Tadi ada suara. Dia pasti suara Zafura . Dia memang cam. Kak long masuk pun takkan kak long cakap sorang-sorang.
"Ni buat aku takut." Fawwaz kembali keluar bilik.
"Kenapa?" terkejut Fawwaz bila sergahan dari kak long yang masih menanti di ruang tengah.
Share this novel