Sekurang-kurangnya bolehlah kak long mintak discount untuk bil api akak." Agenda dah bermain dalam kepala otak kak long menambah pening kepala si Zafura .
"Aduuuhhhh….okeylah kak long, Zai nak demam ni..bye kak long." Serta merta talian diletakkan tanpa mengucapkan salam. Zafura dah termenung bersama telefon digenggamanya. Beku seketika.
Zafura tahu sekarang ini kak long tengah gelak besar terhadapnya. Selama ini bila ditanya pasal kahwin mesti Zafura melenting. Banyak kes kahwin cerai membuat Zafura fobia untuk menamatkan zaman anak daranya. Lagipun Zafura takut bila orang bercerita tentang malam pertama. Kena pulak dengan Fawwaz yang sejak kecil dah dikenali. Dia dengan Fawwaz bukannya ada apa-apa. Kadang-kadang je perasan itu ada yang terbabas tapi cepat dikontrol balik.
"Kau kenapa Zai?" Jenab yang muncul terkejut melihat Zafura yang seperti ayam berak kapur. Terkulat-kulat depan tv. Pop corn ditangan disuakan pada Zafura tetapi tidak ada tidak balas.
"Kau ni sihat ke idak?" sekali lagi Jenab bertanya.
"Aku kena kahwinnnnn…."akhirnya bersuara juga Zafura tetapi bukan dengan kata-kata sebaliknya tangisan yang memecah suasana. Peliknya airmata tak nampak pula mengalir.
"Ehhh..kau ni, baguslah kena kahwin." Jenab cuba memujuk.
"Aku kena kahwinnnn…" sekali lagi Zafura meraung.
"Dahlah tu, tapi dengan siapa?" Jenab sudah jemu memujuk kerana dia tahu Zafura hanya melepaskan geram. Jenab sudah masak dengan perangai Zafura yang tidak akan sesekali mengalirkan airmata kalau tidak kena dengan halnya.
"Dengan Fawwaz mmm…"Zafura menjerit lagi.
"Whatttt…, alhamdullilah. Baguslah dapat api free." Sebaik habis berkata Jenab bangun meningglkan Zafura yang masih dalam keadaan mamai.
Zafura hanya memerhati Jenab yang sudah hilang balik langsir. Fawwaz mm….aku nak belasah kau. Jagalah kauu….
Share this novel