Rate

Bab 3

Romance Series 1641

Bab 3

MELIHAT Liam terdiam dengan balasan kata-kata Mecca membuatkan Han dan ahli kumpulannya menjadi kecut perut. Sesungguhnya mereka tidak menyangka yang Mecca akan menggantikan boss mereka pada hari ini. Walaupun kumpulan mereka tercalon dalam kumpulan yang akan debut dalam masa terdekat, tapi dengan adanya Mecca sedikit sebanyak akan menggoyahkan keyakinan yang ada dalam diri.

“Belum jadi wife boss lagi dah berlagak..”kutuk Joe dengan nada rendahnya.

“Okay lagi Yuki kalau dibandingkan dengan dia ni,”sampuk Fattah pula.

“Okay, next!”

Keenam-enam mereka tersentak dengan arahan daripada Mecca itu. Ini kerana giliran kumpulan mereka yang seterusnya. Jika tadi debaran di dada tak terasa kuatnya tapi saat ini debarannya tak boleh nak bawa bincang. Kuat sungguh! Bukan mereka tak pernah hadap monthly assessment sebelum ni tapi mungkin dengan keberadaan Mecca di situ memberi kesan juga kepada mereka.

“Oh?”Mecca angkat kening bila mereka berenam mengambil posisi.

“Boy group?”sambung Mecca sebelum menoleh ke arah Laura.

“Haah, nama group dorang ni Together.”

Laura dilihat menyerahkan sebuah fail kepada Mecca. Han dan Aafi bertukar pandangan. Ada rasa gusar terbit di hati bila wajah Mecca tiba-tiba berubah setelah melihat fail tersebut. Mereka pasti fail yang ada di depan Mecca itu, fail tentang segala info kumpulan mereka.

“Han?”

Han terus memandang wajah Mecca bila namanya diseru oleh gadis itu. Jika di lobi pagi tadi lirik mata Mecca agak menggoda ketika memandangnya, tapi saat ini tidak lagi. Tak semena-mena air liur ditelan terasa kesat.

“Leader?”

Han hanya mengangguk.

“Group ni bakal debut tak lama lagi,”beritahu Liam sambil tersenyum bangga pada kumpulan anak muda itu.

“Dorang cipta dan tulis lagu sendiri,”tambah Laura.

“Pernah buat show depan audience?”Mecca mengajukan soalan sambil menulis sesuatu di atas kertas.

Serentak mereka berenam menggeleng. Setakat ini mereka hanya akan membuat persembahan di dalam bangunan Melody Entertainment saja.

“Walaupun mereka tak pernah buat show tapi dorang dah punya ramai peminat. Follower di instagram dan fac pun dah ratusan ribu,”jelas Liam.

“Sini pun ada instagram? Ada fb?”Mecca menyoal seperti tak percaya saja.

Tangan segera mengeluarkan telefon. Mana tahu boleh dapat coverage sampai ke dunianya di sebelah sana walaupun peratusan nak dapat tu tak sampai satu peratus. Pada hari pertama dia sampai ke sini, Bella telah memberi satu simkad baru kepadanya tapi nombor teefon tetap sama.

“Haah, ada,”jawab Liam lalu menunjuk akuan facnya pada Mecca.

Mecca hanya ambil masa tak sampai seminit untuk melihat laman sosial lelaki itu. Instagram dan fac sama je seperti yang ada di dalam telefon bimbitnya cuma dia tidak dapat membuka akaunnya. Kena buat akuan baru barangkali? Fikir Mecca. Kalau Menara Kuala Lumpur boleh ada tegak berdiri di Aislinn ni, apa je sangat dengan laman sosial sebegini.

“Kiranya akaun Youtube pun adalah kan?”Mecca bertanya kepada Han.

“Ada, Cik Mecca,”jawab Han lekas.

“Okaylah kalau macam tu. So, kita teruskan assessment..”

Dengan itu bermulalah enam anak muda yang boleh dikatakan sebaya dengan Mecca itu membuat persembahan mereka. Lagu yang bertajuk ‘Alone’ itu menarik perhatian Mecca. Penghayatan pun boleh tahan. Gerak tari seimbang. Selesai saja mereka menyanyi dan menari, Mecca memberi tepukan sebelum diikuti oleh yang lain.

“You’re better off being alone, than being with someone who makes you feel alone..”Antara lirik yang terdapat dalam lagu tersebut dan apa yang Han perasan, Mecca akan tersenyum setiap kali bahagian lirik itu dinyanyikan oleh mereka sebentar tadi.

“I bukanlah arif dalam bidang ni. Apa yang I cakap ni daripada sudut pandangan sebagai seorang penonton dan sejujurnya I suka dengan persembahan korang. Kiranya persembahan korang ni dah boleh ‘dijual’..”

Pujian Mecca itu membuatkan hati Han dan ahli kumpulannya sedikit berbunga.

“Tapi ada satu kekurangan korang yang paling ketara..”

Kali ini senyuman di bibir mereka berenam terus mati dengan sendiri. Mecca tunduk pandang kertas di atas mejanya sebelum kembali memandang ke wajah mereka silih-berganti.

“Eye contact. Sebagai seorang penyanyi, korang kena sentiasa buat eye contact dengan audience. Barulah apa yang disampaikan tu sampai sepenuhnya.”

Liam dan Laura mengangguk tanda setuju.

“Baik, Cik Mecca!”Serentak mereka berenam bersuara.

“Laura, esok I nak jumpa group Together ni. Personal. Tolong uruskan semuanya.”

“Okay..”

Bunyi getaran pada meja menarik perhatian Mecca. Telefon Laura berkelip-kelip. Tertera nama ‘boss’ di situ.

“Jawab je call tu,”arah Mecca bila Laura buat-buat tak endah saja.

“Tapi Cik Mecca..”

“You ni semua benda nak ditapikan..jawab je. Lepas tu pass dekat I..”

“Boss, sekejap!”Laura terus menyua telefonnya pada Mecca tanpa sempat Mikael di hujung talian mengucapkan sepatah ‘hello’.

“Hello sayanggg..”sengaja Mecca menekankan sedikit perkataan sayang itu sambil tangan mencapai sebatang pensil lalu melakar tanpa motif pada lembaran kertas.

Mereka yang ada di dalam dewan tari pura-pura tak mendengar. Bagi mereka panggilan sayang itu panggilan manja untuk kekasih hati tapi bagi Mecca itu adalah panggilan ‘amarannya’ pada Mikael.

“Mecca, dengar sini baik-baik. Abang akan bawa Yuki balik ke dunia kita. Hanya papa yang boleh sembuhkan dia.”

Pak! Patah dua pensil di tangan Mecca setelah mendengar kata-kata Mikael. Dewan tari itu terus terasa lain benar suasananya. Ada yang mencuri pandang ke arah Mecca. Ada juga yang pura-pura tak ambil peduli.

“Jadi, abang nak Mecca jaga ME sehingga abang balik semula ke sini,”beritahu Mikael lagi.

Membahang terus hati Mecca mendengarnya. Nasib baik dia berada di depan staff dan pelatih ME, kalau tak ada siapa di depannya, siaplah Mikael kena maki.

“Dismiss!”putus Mecca kepada mereka yang ada di situ.

Liam dan Laura segera meminta para staff dan pelatih keluar meninggalkan dewan tari. Laura turut memberi ruang kepada Mecca menyambung bicaranya dengan Mikael.

“Mecca..”

“Abang, Mecca tak kisah tolong jaga ME untuk abang tapi yang Mecca kisahkan abang nak bawa Yuki ke dunia kita. Abang lupa yang mama dan papa tak suka dia? Tak suka Yuki?”

“Abang tak peduli semua tu. Yang penting sekarang abang kena cuba minta papa sembuhkan Yuki. Okay, bye!”

“Seriously Mikael Iskandar?!”jerit Mecca pada skrin telefon yang telah terputus talian itu.

“Cik Mecca okay?”Laura buru-buru menolak pintu kaca setelah mendengar jeritan Mecca.

“Tak okay..”jawab Mecca lalu memberi telefon kepada Laura.

Pensel yang patah tadi dicampak ke dalam bakul sampah yang ada di tepi pintu. Elok je kedua-duanya masuk ke dalam bakul sampah. Bila Mecca bangkit daripada kerusi. Liam pula masuk. Di belakang Liam ada Bella.

“Cik Mecca, Cik Bella nak jumpa,”beritahu Liam sambil memberi laluan dengan Bella.

Di Aislinn, keluarga Bella sangat berpengaruh jadi Liam sangat menjaga tingkah-lakunya di depan gadis itu.

“I yang minta dia datang sini. Apa-apa pun thanks..”ucap Mecca kepada Liam.

“You juga Laura, thanks sebab tolong I pagi ni.”

“Dah kerja saya Cik Mecca.Oh ya, Cik Mecca tak jumpa lagi dengan group Lovely kan?”Laura mengingatkan.

“Lovely?”soal Mecca kembali.

“Alah, yang semalam tu. Yang dekat kafeteria tu..”Bella pula yang memberi jawapan.

“Esok, lepas I jumpa Together.”

“Kenapa dengan Lovely?”Liam mula mencelah.

Lovely terdiri daripada empat orang gadis yang berbakat besar iaitu Huda, Aurora, Lily dan juga Vee. Sama seperti kumpulan Together, kumpulan Lovely juga antara yang bakal debut tak lama lagi. Azam Liam tahun ni mahu kedua-dua kumpulan itu debut. Ini kerana hampir dua tahun ME tidak melahirkan artis baru.

“I dulu pernah bercinta dengan abang Vee. Kisah lama tapi sampai sekarang dia nak ungkit padahal abang dia tu yang tak guna,”

Terlopong Liam dan Laura mendengar pengakuan Bella. Bella pernah bercinta dengan abang Vee? Biar betul! Tapi kenapa tak ada siapa yang tahu?

“TMI ni,”sela Mecca bersama senyuman sekerat.
Mereka berempat mula keluar meninggalkan dewan tari dan menuju ke pintu lift. Kalau ada boss, bolehlah ikut sekali naik lift vvip macam sekarang ni di mana Mecca ada bersama.

“TMI?”Bella tak faham.

“Too much information..”

“Kalau kejap lagi kisah aku dengan abang Vee tu viral aku tahulah siapa yang buka cerita,”selamba saja Bella membalas.

Sempat dia jeling Liam dan Laura.

“No worries, Cik Bella. Kami berdua amanah orangnya.”Liam memberi jaminan.

“I pegang kata-kata you tu,,”sambut Bella lagi.

“Jom makan, I lapar..”ajak Mecca.

PIZZA yang baru digigit dikunyah perlahan. Mata mula membelek dekorasi restoran yang dicadang oleh Liam sebentar tadi. Nampak mewah dengan candelier di atas siling sana. Kalau makan malam di sini mesti lagi cantik suasananya,fikir Mecca.

“Boss!”Liam terus bangkit daripada kerusi bila nampak Mikael masuk ke dalam restoran.

Laura yang sedang menyisip air turut berbuat perkara yang sama. Kenapa entah dorang ni macam takut je dengan Mikael?soal Mecca di dalam hati.

“Kata nak bawa Yuki balik sana, ni ada pulak kat sini..”sindir Mecca tanpa sempat Mikael melabuhkan punggungnya.

“Yuki dah okay. Tak perlu bawa balik sana.”

Terus Mecca pandang wajah abangnya. Bukan tadi kata masuk gaung ke? Macam dah teruk benar. Lepas tu masa call tadi macam nyawa perempuan tu dah di hujung tanduk je. Mecca mempertikai di dalam hati.

“Boss nak makan apa? Saya boleh buatkan pesanan,”celah Laura seperti perasaan apa yang ada dalam fikiran Mecca.

“You saja tak bagi I tanya macam-macam dekat boss you eh?”tembak Mecca.

“Taklah..”Laura berdalih.

“Tipu.”Bella menyokong Mecca.

Liam hantarkan senyuman simpati pada Laura yang terkantoi dengan kedua-dua orang gadis itu. Mecca dan Bella bukan gadis yang mudah dijangka tindakan mereka. Terlalu straight to the point kata orang.

“Ada orang lain dah sembuhkan dia..”Mikael menyandar lemah pada kerusi.

“Maksudnya?”Mecca tak faham.

“Mesti Blood Star kan?”teka Bella.

Dengan perlahan-lahan Mikael mengangguk.

“Blood Star?”soal Mecca yang sudah memandang ke wajah Bella untuk minta penjelasan.

“Di Aislinn ni lain, Mecca. Tak sama macam dunia korang dekat sana. Sini masih ada lagi orang yang guna magik untuk sembuhkan penyakit seseorang. Antara yang popular Blood Star,”terang Bella pada kawan baiknya itu.

“Magik?”

Bulat mata Mecca mendengarnya. Bella mengangguk.

“Nanti Cik Mecca dah lama duduk sini, Cik Mecca tahulah.”ujar Liam.

Kenapa dia dapat rasakan yang Mecca sama seperti Mikael yang ingat tentang siapa dirinya yang sebenar? Bukan ke manusia datang dari bumi akan lupa asal usul mereka?

“Siapa nak duduk lama-lama kat sini? Nasi pun susah nak jumpa..”Mecca menolak terus ujaran Liam.

Tujuannya datang ke sini untuk bawa Mikael dan Medina balik ke dunia mereka. Tak ada sekelumit niat pun mahu tinggal lama di sini. Majlis konvokesyen dia pun tak berlangsung lagi. Papa dan mamanya juga pasti menanti kepulangannya di sana.

“Kalau Cik Mecca suka makan nasi, Cik Mecca boleh tanya dengan Han,”cadang Liam.

“Han group Together tu ke?”sampuk Mikael bersama tangan yang mencapai air tembikai milik Mecca.

“The one and only.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience