Rate

Bab 2

Romance Series 1641

Bab 2

“TAK NAK!”Mecca segera menolak saranan yang disuarakan oleh Mikael.

Bella yang sedang menyuap puding karamel di dalam mulut terus mengangkat ibu jarinya pada Mecca.

“Habis tu takkan abang nak tinggalkan ME macam tu je?”

“Habis tu takkan Mecca yang tak tahu apa-apa dalam bidang ni nak terus naik jadi CEO. Gila ke apa?”

“Betul. Betul.”Sokong Bella siap menganggukkan kepala tapi bila Mikael bagi renungan tajam, laju saja dia menekup mulut.

“Mecca juga cakap papa dengan mama suruh abang balik..”

“Memanglah dorang suruh abang balik, tapi balik sekali dengan Mecca. Dengan Medina. Sebut pasal Medina, mana adik kesayangan abang tu?"

“Eh,abang sayang semua adik-adik abang,”balas Mikael lantas mengusap rambut Mecca dengan lembut.

“Tiber..”sela Mecca lalu menolak tangan Mikael.

“Oh my god..”Bella yang sedang menatap telefon bimbitnya terus menyua skrin telefon kepada dua adik-beradik itu.

“CEO Melody Entertainment sudah punya kekasih..”Mecca baca kuat tajuk gosip itu.
Tertera gambar Mikael memeluk erat bahunya sejam yang lalu di kafeteria ME.

“Aku ingatkan dekat dunia aku je orangnya kuat bergosip, rupanya dekat sini pun sama,”sambung Mecca sambil membaca sekali imbas isi berita.

“Dorang cakap apa?”Mikael ingin tahu.

“Dorang puji Mecca lebih cantik daripada Yuki..Yuki?! Abang masih dengan perempuan tu lagi?”

Tak semena-mena suara Mecca meninggi. Nasib baik mereka makan tengah hari di penthouse milik Mikael. Kalau makan di luar, pasti menarik perhatian orang lain. Bella rampas semula telefonnya. Dia pula membaca isi utama.

“Tapi Yuki dah tak ada dekat ME kan?”Bella meminta kepastian daripada Mikael.

Setahu Bella, Yuki penyanyi solo yang satu-satunya berjaya menarik perhatian Mikael. Apatah lagi Yuki berada di bawah naungan ME membuatkan hubungan mereka bukanlah lagi satu rahsia. Tapi tiga bulan lepas Yuki menamatkan kontraknya dan pergi ke syarikat lain iaitu Time Studio atau lebih dikenali sebagai TS.

“Abang dah tak ada apa-apa dengan dia.”

“Tak kisahlah ada ke tak ada, yang penting mama dengan papa tak suka abang dengan dia. Abang tahukan sebabnya?”

Perlahan-lahan Mikael menganggukkan kepala. Mana mungkin dia tak tahu penyebabnya. Nasi lemak yang masih bersisa itu dikuis dengan sudu. Wajah Yuki singgah di ingatan. Rasa sakit hati dan sayang masih ada sebenarnya cuma dia tidak berani mengakui semua itu di depan Mecca. Antara Mecca dan Medina, Mecca lebih lantang dalam bersuara walaupun dia yang paling bongsu.

“Papa Bella apa khabar?”Mikael sengaja menukar topik perbualan.

“Orang dah nak balik baru nak tanya. Kenapa tak tanya esok lusa je?”

Mikael pandang wajah Bella dan Mecca silih berganti. Patutlah dorang berdua ni boleh jadi kawan baik, perangai sarkastik tu lebih kurang sama je. Sebenarnya sampai sekarang Mikael tak tahu bagaimana adiknya Mecca yang tinggalnya di bumi boleh berkawan baik dengan Bella yang ada di Aislinn? Mereka berdua bukan dibezakan dengan sebuah negeri atau negara tapi dibezakan dengan dimensi tak bernyata.

“Kalau macam tu tahun depan jelah Abang Mika tanya..”Mikael buat-buat merajuk.

“Dah tua-tua merajuk, buruk..”kutuk Bella.

Selain Mecca, Bella juga biasa dengan Mikael sejak lelaki itu datang ke Aislinn. Keluarga Bella juga baik dengan Mikael. Apabila dah terbiasa, Bella dah anggap Mikael seperti abangnya sendiri. Begitu juga Mikael yang menganggap Bella seperti adiknya sendiri.

“Tua apanya, baru 28 tahun tahu tak?”Mikael pertahankan diri.

“Tualah tu. Kita orang baru je nak masuk 22 tahun. Masih muda, masih jelita..”Mecca menyebelahi Bella.

“Dan masih single. Gitu..”celah Bella lalu disambut dengan gelak tawa Mecca.

Meriah terus suasana di ruang makan penthouse Mikael dengan celoteh dua orang gadis itu. Terisi sedikit kekosongan di hatinya bila ada orang lain berada bersamanya saat ini. Jika tidak hanya dia sendiri mengisi ruang penthouse yang besar ini.

GOSIP tentang Mikael dan Mecca masih lagi panas. Bertambah panas bila Mikael dilihat datang ke pejabat bersama Mecca. Ada yang cemburu ada juga yang memuji kesepadanan pasangan itu. Mikael sangat terkenal di Aislinn kerana dia salah seorang penghuni daripada bumi yang berjaya di sini. Ramai golongan kelas atasan berhajat menjadikan Mikael sebagai menantu.

“Ingat perjanjian kita,”bisik Mikael ketika mereka berdua berjalan di lobi.

“Jangan risaulah..”Mecca terus melebarkan senyumannya seraya merangkul lengan Mikael dengan mesra.

Malam tadi dua beradik itu membuat perjanjian di mana Mecca kena berlakon menjadi girlfriendnya dan Mikael pula akan pulang menemui papa dan mama mereka pada hujung bulan nanti.

“Morning boss!”sapa seorang lelaki muda yang berselisih dengan mereka.

Mecca sempat mencuri pandang ke wajah lelaki itu. Hot stuff ni! Usik hatinya.

“Morning..”balas Mikael acuh tak acuh saja.

Bila dia perasan Mecca masih mengintai wajah lelaki itu, tangannya segera mencubit pipi bersih Mecca.

“Ouch!”Mecca mengaduh. Tangan naik ke pipi lalu diusap berkali-kali.

Lelaki tadi segera meminta diri. Takut juga dia kalau bossnya itu fikirkan yang bukan-bukan tentang dirinya.

“Kalau nak cari calon suami di sini, cari yang dah debut. Yang dah jadi artis. Bukan pelatih yang masih ada loan dengan company.”

“Dia pelatih lagi ke?”Mata Mecca masih mengekori langkah lelaki tadi.

“Haah. Hari ni group dia ada monthly assessments so abang..”

“Mecca nak tengok boleh?”pinta Mecca. Mata dikelip dua tiga kali. Lama Mikael berfikir sebelum membalas.

“Of course..no!”

“Ceh!”

“Boss..”panggil Laura ketika mereka berdua berada di depan lift vvip.

“Yes?”Mikael segera berpaling memandang ke arah setiausahanya.

“Cik Yuki..Cik..”Laura termengah-mengah dalam bersuara.

“Kenapa dengan perempuan tu?”Mecca mengajukan soalan dengan nada kurang senang.

“Cik Yuki kemalangan.”

“Hah?!”

“Kereta Cik Yuki masuk gaung,”beritahu Laura setelah mengambil nafas.

Pucat terus muka Mikael mendengarnya. Tanpa berlengah dia keluarkan black card CEO miliknya lalu diletak di atas tangan Mecca.

“Mecca tolong abang jaga ME seminggu ni, okay?”

“No!”

“Please,Mecca..seminggu ni je..”pohon Mikael tanpa sedar air matanya gugur satu persatu.

“Tapi..”

“Lepas settle hal ni abang janji yang abang akan bawa Mecca jumpa Medina. Laura, you tolong Mecca,”pesan Mikael lalu berlari meninggalkan Mecca yang sedang menahan amarah.

Malam tadi bersungguh dia pujuk abangnya supaya menemukannya dengan Medina tapi abangnya itu buat tak dengar saja. Bila terjadi hal terdesak berkaitan dengan Yuki, laju saja dia gunakan alasan Medina tu.

“Office Mikael tingkat berapa?”tanya Mecca pada Laura serius.

“Tingkat 21 Cik Mecca,”jawab Laura takut-takut.

Mahu tak takut kalau muka Mecca dah macam singa kepalaran. Bila-bila masa saja adik bossnya itu bisa menerkam. Ya, dia tahu hubungan antara bossnya dengan Mecca. Dan dia juga tahu perangai Mecca seperti apa kerana bossnya selalu menceritakan tentang keluarga kepadanya.

“Tak apa ke kalau I handle semua dalam tempoh seminggu ni?”Mecca bertanya setelah dia dan Laura masuk ke dalam perut lift.

“Tak apa Cik Mecca. Dekat Aislinn, sesiapa yang ada memegang black card ceo tu, tak kira dia ceo atau bukan, setiap butir bicaranya akan diterima pakai.”

Mecca membelek-belek black card yang ada di tangan. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Sesuatu yang terjadi di kafeteria semalam. Tangan mula masuk ke dalam handbag untuk mengambil telefon. Laju tangannya menaip sesuatu dan dihantar terus kepada Bella.

“Oh ya, semalam I ada bertemu dengan empat orang gadis muda. Rasanya artis dekat sini kut? Dorang macam ada masalah dengan Bella. Jadi,I nak you bawa dorang jumpa I.”

“Baik Cik Mecca.”

MECCA dan Laura mengambil tempat di bahagian hadapan dewan tari yang ada di tingkat 5. Para pelatih belum masuk lagi kerana monthly assessment biasanya akan bermula pada pukul 10 pagi tapi sekarang baru saja 9.30 pagi. Tak sampai lima minit beberapa orang staff yang terlibat mula masuk. Mereka menyapa Mecca dengan mesra. Hampir semua staff di Melody Entertainment tahu yang Mecca bakal menggantikan boss mereka buat sementara waktu setelah mendapat email daripada Laura.

“Monthly assessment ni macam mana?”bisik Mecca pada Laura.

“Kita nak tengok sama ada pelatih-pelatih ni ada improvement ke tak?”

“Tapi I mana tahu tahap prestasi dorang..”

“Tak apa, hari ni Cik Mecca tengok je dulu. Kalau Cik Mecca rasa nak komen ke, Cik Mecca komen je. Mungkin Cik Mecca tak arif dalam bidang ni, tapi apa yang saya tahu di dunia Cik Mecca dunia hiburan seperti ni popular. Sikit sebanyak mesti Cik Mecca boleh nilai sebagai seorang penonton..”

Mecca ukir senyuman terpaksa. Mata dihantar ke pintu kaca yang ditolak daripada luar. Ketika itu masuk beberapa orang pelatih. Ada lelaki dan ada juga perempuan. Ada yang berusia belasan tahun dan ada juga yang berada di alam 20an. Bila mereka terpandang wajah Mecca, mulalah mereka berbisik sesama sendiri.

“Let’s start..”ujar Mecca setelah kesemua pelatih yang terlibat masuk.

Ada dalam 30 orang. Empat orang gadis yang ditemuinya semalam turut ada di situ. Begitu juga dengan lelaki yang menyapa Mikael di lobi pagi tadi juga ada sekali. Laura memberi isyarat kepada seorang staff lelaki yang berusia dalam 30an. Lelaki itu berdiri lalu mendeham dua tiga kali. Sempat dia memberikan anggukkan kepala kepada Mecca.

“Good morning everyone. Sebelum kita mula, saya nak kamu semua tahu yang Encik Mikael tak ada dalam waktu terdekat ni tapi posisi beliau akan diganti oleh Cik Mecca..”

“Siapa dia ni?”Mecca bertanya kepada Laura setelah merapatkan wajahnya di telinga Laura.

“Encik Liam, orang kanan boss..”

“Kalau dah ada orang kanan kenapa Mikael tak bagi je dia ni gantikan dia?”

“Tak boleh sebab Encik Liam kena uruskan hal ehwal pelatih.”

“Habis tu I ni boleh?”sinis bicara Mecca.

“Cik Mecca lain.”

Perbualan mereka berdua terhenti di situ bila sesi monthly assessment bermula. Seorang demi seorang membuat persembahan. Ada menyanyi, ada menari dan ada juga yang berlakon.

“Siapa nama you tadi?”tanya Mecca pada seorang budak lelaki yang mungkin berusia dalam 15 tahun.

“Fendi.”

“Berapa lama you jadi trainee dekat sini?”

“Empat tahun.”

Bulat mata Mecca mendengarnya. Dia menoleh ke arah Luara dan Liam. Kedua-duanya menganggukkan kepala. Mengiyakan apa yang dijawab oleh Fendi.

“Masa remaja you habis di sini je. Tak menyesal?”

Teragak-agak Fendi menggeleng. Sebentar tadi Fendi menyanyi sambil memetik gitar. Sedap suaranya tapi kenapa masih tak debut lagi?

“Kenapa boss korang tak bagi dia ni debut lagi?”

Soalan tak beralas daripada Mecca itu menarik perhatian semua yang ada di situ. Budak lelaki bernama Fendi tadi terus memandang wajah Mecca. Ada riak terkejut di wajahnya.

“Fendi belum dapat kuasi bidang tarian lagi,”jawab Liam.

Lama Mecca mendiamkan diri sebelum dia bangun daripada kerusi. Dia menuju ke arah Fendi yang masih memeluk gitarnya.

“You fokus dengan vokal you. I bagi masa dalam tiga bulan. Lepas tiga bulan I akan pastikan you debut kalau prestasi vokal you bertambah baik. Okay?”

Berkaca mata Fendi mendengarnya. Kepala laju mengangguk.

“Tapi Cik Mecca..”Liam mula protes.

“Dia ni pelatih solo. Pelatih yang masuk sini untuk jadi penyanyi solo so kenapa nak pentingkan tarian dia kalau dia boleh menyanyi dengan bagus? Dia jual suara dia. Bukan tarian dia. Lainlah yang berkumpulan..”

Liam terdiam. Laura dan staff yang lain berpandangan sesama sendiri. Tak tahu mahu menyebelahi siapa?

“Okay, next!”panggil Mecca setelah mengambil tempat duduknya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience