tiga

Romance Series 2468

"HOI perempuan, ke sini kau. Berani kau simbah kopi panas dekat muka aku hari itu kan. Kau ingat kau kasar macam ini buat aku takut la?" jerkah seorang lelaki tiba-tiba.

Raysha yang sedang membuang sampah di belakang kafe tersentak. Dia menoleh ke arah suara tersebut. Matanya terus membuntang melihat lelaki itu. Itukan lelaki yang dia simbah dengan kopi panas dua hari lepas. Lelaki itu memang kurang ajar kerana cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya tempoh hari. Raysha bersedia untuk melarikan diri. Malangnya tindakan lelaki itu lebih pantas dengan menarik tangan Raysha.

"Lepaskan aku," jerkah Raysha sambil menarik tangannya kasar.

Lelaki itu hanya ketawa melihat tingkah Raysha. Genggaman pada lengan Raysha dikemaskan hingga menjadi kemerahan. Satu tamparan hinggap di pipi Raysha sehinggakan tubuh kecil itu jatuh tertiarap atas batas. Hujung bibir Raysha sudah mula berdarah. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu menumbuk perut Raysha berkali-kali pula. Layanan lelaki seperti Raysha seorang lelaki sahaja.

"Kau nak apa dengan aku?" Raysha mengesat darah di hujung bibirnya. Sakit pada bahagian perut kerana disepak tidak dapat ditahan. Dia sangat berharap Izz ada sekarang ini. Malangnya lelaki itu tak mungkin bersama dengannya setiap kali dalam kesusahan.

"Kau jangan sesekali cari pasal dengan aku. Kau belum kenal siapa aku. Aku mampu buat apa sahaja hingga kau menyesal. Kau ingat muka aku baik-baik dan ingat nama aku. Nama aku Izhaan Lutfil bin Dato' Afzan. Aku akan cari kau lagi nanti." Lelaki tersebut terus beredar pergi.

Raysha menguatkan dirinya untuk berdiri. Sakit yang dirasainya bukan kepalang lagi. Apa yang difikirkan sekarang hanyalah Izz. Dia perlukan lelaki itu sekarang ini. Langkahnya dibawa perlahan ke arah kereta. Waktu kerja sudahpun tamat. Pasti Izz sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. Raysha segera menghidupkan enjin kereta lalu mula memandu menyusuri jalan raya. Nampaknya hari sudah mula hujan. Izz pasti akan berhenti di mana-mana perhentian bas dan selalunya dia yang akan menumpangkan lelaki itu.

"Izz..." dari jauh dia ternampak motosikal Izz tersadai di tepi jalan.

Niatnya ingin menumpangkan Izz dimatikan apabila dia ternampak seorang perempuan bersama dengan Izz. Raysha segera menurunkan cermin tingkap untuk melihat dengan lebih jelas. Lama dia memerhati lelaki itu sebelum memandu pergi meninggalkan perhentian bas. Air matanya mengalir dengan laju. Kenapa di saat dia perlukan lelaki itu, keadaan begini perlu berlaku. Kenapa Izz? Kenapa kau buat aku sedih. Raysha memandu tanpa arah tujuan tetapi akhirnya dia tiba di kawasan pangsapuri Izz. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menunggu Izz sehingga lelaki itu pulang.

Raysha memeluk tubuhnya yang basah. Kepalanya disandarkan pada dinding. Lama juga dia menunggu Izz di hadapan pintu masuk pangsapuri lelaki itu. Dia bukan sesiapa pada Izz. Tapi Raysha sering mengharapkan kehadiran Izz tatkala dirinya dalam bahaya. Tidak lama selepas itu, Raysha terdengar bunyi siulan kecil dari arah lif. Mungkin itu suara Izz.

"Ray... Kau kenapa?" soal Izz yang baru pulang.

Apa yang dia hendak lakukan sekarang hanyalah menangis sepuas-puasnya. Wajah Izz sangat risau sehingga wajahnya memerah. Perlahan-lahan Izz membantu Raysha bangun lalu membawa gadis itu ke dalam rumahnya. Raysha memeluk erat lengan Izz. Dia sangat sakit sekarang ini. Sakit yang sangat tidak tertahan.

"Izz, aku kena belasah. Lelaki tu belasah aku. Aku sakit sangat," ujar Raysha sambil menangis.

"Siapa belasah kau Ray. Cakap dengan aku. Biar aku ajar dia. Berani dia buat kau begini." Marah Izz sudah mula memuncak. Dia menumbuk dinding rumahnya berkali-kali.

Izz sangat kesal kerana dia tidak berada di sisi Raysha ketika sahabatnya itu memerlukannya. Selama ini dialah yang menjaga gadis itu. Tiada sesiapapun boleh menyentuh sahabatnya itu.

"Ini salah aku juga. Aku yang simbah air tu dekat dia," ujar Raysha terketar-ketar. Dia takut melihat Izz marah. Lelaki itu sangat sukar untuk mengawal kemarahannya.

"Kau tak salah Ray. Lelaki itu yang bodoh. Perlu ke dia buat kau begini. Perlu ke Ray. Kau tetap perempuan even kau kasar. Kau lemah Ray." Suara Izz mencapai puncaknya.

Raysha segera menutup telinganya. Dia tidak suka mendengar Izz menjerit padanya begitu. Dia tidak suka.

"Please don't yell at me. Please..." ucap Raysha perlahan tapi jelas didengari pada pendengaran Izz.

Izz melepaskan keluhan. Dia lupa bahawa Raysha tidak suka pada jeritan mahupun jerkahan. Walaupun Raysha kelihatan kasar dari luar, hatinya sangat lembut di dalam. Raysha mampu mengalirkan air mata jika sesiapa menjerit padanya atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

"I didn't mean it Ray. I'm sorry. Tapi siapa dia?" Izz mengusap air mata Raysha yang mengalir.

"Dia cakap nama dia Izhaan Lutfil Dato' Afzan. Aku just ingat nama dia." Raysha memandang wajah Izz sayu.

Reaksi wajah Izz terus berubah apabila mendengar nama itu. Kenapa perlu lelaki itu? Dia sangat kenal dengan Izhaan. Lelaki itulah yang telah menghancurkan hidupnya sebelum ini. Kenapa dia perlu muncul lagi saat Izz sudah mula selesa dengan hidupnya yang baharu.

Izz melangkah ke arah dapur sebelum kembali dengan bekas berisi air dan sehelai sapu tangan. Perlahan-lahan Izz mencuci kesan darah di bibir Raysha. Kesan-kesan lebam di wajah dan lengan Raysha dipandang geram. Belum pernah lagi dia melihat gadis itu menangis sebegitu rupa. Selesai mencuci dan meletak ubat pada luka, Izz meminta Raysha untuk ganti baju. Takkanlah dia nak biar Raysha berada dalam keadaan basah begitu. Setelah selesai semuanya, Izz membawa Raysha ke bilik tidurnya. Biarlah gadis itu berehat dahulu sebelum pulang. Lagipun, keadaan Raysha sekarang sangatlah lemah dan memerlulan seseorang di sisi.

"Aku keluar kejap ya. Kau stay di rumah aku dulu. Kau tidur okay. Nanti aku cakap dekat Amat jangan balik sini. Malam ni kau tidur saja sini." Izz mengusap kepala Raysha sebelum berlalu pergi.

Perlukah dia pulang ke rumah itu semula untuk berhadapan dengan Izhaan. Kuatkah dia? Tapi Izhaan sudah berani menyentuh Raysha. Kenapa manusia itu adalah Izhaan. Izz kembali mengeluh. Izz menunggang motosikalnya ke sebuah banglo mewah tiga tingkat yang berada tidak jauh dari pangsapurinya. Dari luar, sudah pasti banglo itu sangat indah dengan dekorasinya. Malangnya tiada siapapun tahu kisah penghuni di dalam banglo itu. Izz mengatur langkah ke arah pintu pagar lalu menekan loceng. Lama dia menanti akhirnya muncul seorang lelaki separuh abad berpakaian pengawal keselamatan. Wajah lelaki itu seakan terkejut melihat Izz.

"Tuan Izz, silakan masuk. Sudah lama Tuan tidak pulang ke rumah." Pengawal keselamatan itu segera membuka pagar.

"Izz minta maaf Pak Dollah. Izz pulang pun sebab terpaksa sahaja ni." Tangan tua itu diraih lalu dicium penuh hormat.

"Daddy ada?" soal Izz. Matanya melilau ke dalam kawasan rumah. Risau juga dia jika Dato' Afzan berada di rumah.

Pak Dollah menggeleng kepalanya. Sudah hampir seminggu Dato' Afzan tidak pulang ke rumah kerana ke London atas urusan kerja. Izz berjalan menghampiri pintu utama banglo itu. Perlahan-lahan pintu ditolak. Sudah lama dia tidak pulang ke rumah ini. Tiada apa pun yang berubah. Mungkin ada yang berubah. Penghuninya semakin berkurang. Tiba-tiba Izz terdengar bunyi tepukan dari arah lif. Matanya terus mengecil melihat manusia di hadapannya itu.

"Kau jangan berani sentuh Ray. Kalau kau sentuh dia lagi, aku bunuh kau." Izz menarik kasar kolar baju Izhaan. Lelaki itu hanya tersenyum mengejek kepada Izz.

"Come on Izz. Takkan sebab perempuan kasar tu kau sanggup kembali ke sini untuk beri amaran pada aku. Wah! Hebat kau sekarang." Izhaan menolak tubuh Izz.

Izhaan tersenyum sinis melihat Izz. Di dalam mata Izz jelas kelihatan perasaan benci yang sangat membuak-buak terhadap dirinya. Tapi apakan daya, the best man always win.

"Aku tak pernah ganggu hidup kau sejak dahulu lagi. So, orang sekeliling aku pun tak ada kena mengena dengan kau." jerkah Izz.

"Rileks bro. Kau dan aku sama. Kita lahir daripada perut ibu yang sama dan kita juga berada dalam rahim yang sama. Kita tidak berbeza. Cuma aku lebih bijak dari kau. Kau bodoh sikit sahaja Izz. Kitakan kembar. Kau lupa?" tawa Izhaan semakin menjadi-jadi.

Izz meraup wajahnya kasar. Aku dan kau tak pernah sama Izhaan. Langsung tak. Aku tak pernah berjumpa lagi manusia yang sejahat kau yang sanggup aniaya saudara sendiri. Malas hendak bertekak berpanjangan dengan Izhaan. Izz mengambil keputusan untuk beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience