Rate

Chapter 1

Romance Series 4279

Hari ini merupakan hari persekolahan seperti biasa bagi pelajar SMK Raja Indra. Sekolah itu bukanlah sekolah ternama, bukanlah sekolah untuk orang berada, bukan juga sekolah orang yang pangkatnya besar belaka. SMKRI hanyalah sekolah biasa, dihuni oleh pelbagai kaum dan bangsa. Hanyalah sekolah yang menempatkan rakyat biasa, tiada darjat yang terlalu tinggi antara mereka.

Nur Nadia Syazwa berjalan menuju ke kelasnya iaitu 4 Sains Tulen. Dah tahun berapa umur Nadia kan ? Of course la 16 tahun! Dia meneruskan langkahnya seperti biasa setelah 2 minggu bercuti; cuti penggal pertama.

Masuk sahaja di dalam kelas, beg diletakkan di tempat duduknya.

" Hey awal kau datang hari ni ? " tegur Nadia kepada kawannya, Arissa yang sedang termenung memandang keluar tingkap. Termenung ingat pakwe la tu kan ?

" Haha ehh aku tahu la selalu aku datang lewat, tapi tak salah pun aku nak datang awal kan. Semangat nak belajar! hahahah... Haa yang kau ni ? Asal lambat semacam je harini ? " Balas Arissa mengalihkan pandangannya ke arah Nadia.

" Elehhh banyak la kau punya semangat! Aku malas actually nak datang sebab cuti lama kan. Tapi nasib baik aku ni budak baik, jarang tinggal "  Bakul dimasukkan dan diangkat oleh dirinya sendiri. Seraya itu, Arissa menghadiahkan sebuah jelingan menyampah kepada kawannya itu. Tak habis dia punya loyar buruk !

Ketibaan kawan-kawannya yang lain mengbingitkan kembali ruang kelas yang sekangkang kera itu setelah hampir dua minggu kesunyian.

Anisya, Amira, Haqila, Hanisa; merangkap kawan yang terlalu rapat bagi mereka melangkah masuk ke dalam kelas dan menghampiri meja masing-masing. Meja disusun secara sekelompok.

Tenaga dikerah oleh sebahagian pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah yang belum disiapkan. Bukan dinamakan pelajar jika tidam meniru!

" Perhatian kepada semua pelajar, sila berkumpul di dataran perdana sekarang" Pengumuman yang didengar daripada speaker berdekatan membuatkan perbualan mereka dan penyiapan kerja sekolah terhenti. Semua pelajar lelaki mahupun perempuan di kelas 4ST mengorak langkah menuju dataran perdana untuk memulakan sesi perhimpunan pagi.

Muhd Fariz dan kawan-kawannya Afiq, Isyraf, Faqir, dan Haziq melangkah menuju ke dataran perdana.

" Malas arr aku perhimpunan ni, nanti tak habis-habis kena dengar cikgu berucap lama. Da la panas! " Rungut Fadiz. Memang dia bukan jenis yang suka berkumpul ramai-ramai.

Tapi digagahkan juga kaki mereka untuk memulakan perhimpunn tak lama lagi.

Hampir 30 minit perhimpunan, pelbagai rungutan yang keluar dari mulut mereka.

Mereka melangkah menuju ke kelas masing-masing.

" Dah ah nak masuk kelas " Haziq bersalaman gaya lelaki dengan kawan-kawannya kerana kelas mereka asing-asing. Haziq ditempatkan di dalam kelas 4 Sains Komputer kerana minatnya dalam bidang ICT.

Mereka masing-masing masuk kelas, dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama guru bagi matapelajaran yang pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience