Rate

Chapter 2

Romance Series 4279

Mereka ralit membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru sehinggalah jarum pendek jam menunjuk ke angka 10 dan jarum panjang menghala ke arah 8. Maka 10.40, tiba la masa untuk mereka rehat.

" Bangun " Kata ketua kelas, Amsyar tapi masih ada kawannya yang tidak bangun.

" Woi bangun arr " Katanya lagi, cikgu dah lali dengan semua pelajar kelas 4ST. Semuanya perangai gila-gila, sporting habis! Semua pelajar berdiri, nanti tak berdiri... habis kena bebel dengan ketua.

" Terima kasih cikgu " Suara ketua kedengaran, diikuti rakan sekelas. Selepas itu semua pelajar perempuan menyalam tangan cikgu yang hendak keluar dari kelas memandangkan cikgu Kimia yang mengajar mereka sebelum rehat adalah perempuan.

" Korang nak rehat tak ? " Tanya Hanisaa yang sedia menunggu di hadapan pintu kelas. Maklumlah masa Kimia kan, awal-awal lagi buku dia tutup.

" Korang pergi la, aku malas rehat la. Aku nak duk atas kelas je. Tak pun korang tolong belikan untuk aku boleh tak ? " Jawab Nadia sepantas kilat. Kawan-kawannya hanya mengangguk, sudah tahu yang kawannya, Nadia bukanlah seorang yang suka rehat. Apatah lagi tempat yang ramai orang.

" Kau nak beli apa ? " Soal Arissa.

" Kau nak rehat kat mana ? Kantin or koperasi ? " Soal Nadia kembali. Duit saku dari dalam poket dikeluarkan.

" Woi korang, rehat koperasi je kan ? " Teriak Arissa memanggil lagi dua ekor kawannya yang sedang memerhati orang yang lalu lalang di tingkat paling bawah dari koridor.

" Hah ? Ouh rehat koperasi je la da dia tak nak rehat " Jerit Haqila membalas pertanyaan Arissa.

" Okey ! Ha kau nak beli apa ni ? " Tanya Arissa kembali.

" Beli je la apa-apa pun yang boleh dimakan " Jawab Nadia selamba sebelum kembali duduk.

" Aku beli biskut yang kau selalu makan tu ek " Nadia hanya menganggukkan kepala. Apa biskut yang dia selalu makan ? Cream O tu je la.

Arissa berura-ura untuk melangkah keluar dari kelas sebelum namanya dipanggil.

" Saa tunggu jap, tolong beli air mineral kat aku sekali " Kata Fariz menghulurkan wangnya kepada Arissa.

Nadia hanya memandang sekilas sebelum kembali memandang buku dihadapannya.

Malas nak ambil tahu pasal lelaki tu.

Lelaki yang pernah ada dalam mimpinya suatu  ketika dulu. Lelaki yang buat dia tersuka walaupun sekadar dalam mimpi. Lelaki itu la yang menolongnya dalam mimpi. Membuatkan dia jatuh suka. Tapi, itu hanyalah mimpi.

Setelah mimpi itu datang berkali-kali, dia masih beriak selamba tanpa ada sebarang yang berlaku. Tanpa memberitahu lelaki itu. Mungkin mimpi itu hanyalah mainan tidur ?

Biarlah hanya dia yang mengetahui mimpi tersebut. Mimpi membuatkan hati resah tetapi dia datang membawa kegembiraan.. gembira! Mimpi membuatkan senyuman terbit diwajah Nadia. Hanya sekadar mimpi.

Nadia kembali memusingkan mimpi sama yang kian hadir di dalam mindanya.

" Hoi apa yang kau menungkan tu wey sampai aku datang balik pun kau tak perasan haa. " Jerit Amira di telinga Nadia. Serentak itu Nadia berpaling ke arah manusia yang menyergahnya itu sebelum satu tamparan dihadiahkan di atas bahu pelaku.

" Sakit la bangang " adu Mimi menggosok bahunya yang ditampar. Padahal tampar manja je. Mengada !

" Tu la makan dia, sape suruh kacau aku " Balas Nadia selamba.

" Yang kau duk ter- "

" SAPE ADE MAKANAN WEHH!! LAPAR!! " Jerit seorang lelaki dalam kelas itu sebelum sempat ayat yang dikatakan oleh Amira dihabiskan, sape lagi kalau bukan Fariz yang perangai dah macam apa tah.

" Iz, ni biskut " Amira atau nama panggilannya Mimi menghulurkan biskut untuk dikongsi bersama Fariz. Maklumlah mereka rapat kira dah macam adik beradik.

Apa yang aku dapat tahu. Amira dan Fariz merupakan bekas kekasih. Mereka saling bercinta ketika masih di awal persekolahan menengah. Ketika usia baru menginjak 14 tahun. Namun mereka berputus kerana bimbang akan mengganggu matapelajaran dan diketahui oleh ibu bapa masing-masing. Sekarang mereka kekal sebagai sahabat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience