Rate

Chapter 3

Romance Series 4279

Nadia memikirkan cara untuk menyelesaikan soalan Matematik Tambahan yang baru sahaja diberi oleh cikgu Aminah. Setelah agak lama berfikir, jawapan yang diinginkan masih tidak dapat ditemui. Puas mencari jalan penyelesaian, hanya satu yang bermain difikirannya. Tanya cikgu!

Punggung diangkat dari kerusi bersama sehelai kertas soalan ditangan. Kaki dilangkah untuk mendekati cikgu Matematik Tambahan namun keadaan cikgu yang agak tergesa-gesa membantutkan niatnya untuk ke hadapan.

Barangan disimpan oleh cikgu Aminah. Sebelum melangkah keluar, sempat diberitahu kepada anak muridnya peristiwa yang agak membuatkan dirinya kelam kabut.

" Saya perlu ke hospital segera, mak saya masuk wad. Kalau ada apa-apa soalan yang tak faham, rujuk kepada Nadia, Fariz tak pun Isyraf. Tak boleh juga, nanti saya datang balik. Jumpa saya kat dalam bilik peperiksaan. Assalamualaikum "

Nadia mengeluh lemah. Nampak gayanya kena tanya dorang la. Sejurus itu, langkah dibawa ke arah meja Isyraf yang agak berdekatan dengannya. Kertas soalan diletakkan di atas meja pemiliknya.

" Raf soalan ni nak buat macam mana ek ? Aku dari tadi kira tak dapat " Tanya Nadia menunding jarinya ke atas soalan yang sukar untuk dijawab. Isyraf turut memandang soalan tersebut sebelum mengeluh lemah.

" Aku bukan tahu sangat weh! Aku pun fifty-fifty je dalam addmath ni. Cuba kau tanya Fariz, aku rasa soalan ni dia dah buat tadi. Dia dah tanya cikgu tadi "

Nadia mengangguk, langkah dibuka untuk ke tempat duduk Fariz. Kerusi dihadapan meja tersebut diduduki.

" Weh soalan ni tolong aku. Aku tak faham la. Isyraf kata kau dah jawab. Maklumlah dak pro, lain hahaha " Bicara Nadia tujuannya yang diselitkan perlian.

" Eleh kau perli aku la ni ? macam la aku tak tahu, exam nanti kau juga yang dapat tinggi ha. Kalah aku! " Fariz memulangkan pak buah keras.

" Dah-Dah tak payah ungkit. Cepat ajar aku, banyak lagi kerja aku nak buat dari layan kau ni " Nadia menyerah kalah.

" Tengok muka handsome aku ni pun kerja kau tau. Mana tahu one day tengok muka aku ni kau dapat pahala ha " Jawab Fariz panjang lebar.

Nadia hanya menganggap bicara Fariz sebagai sebuah gurauan antara kawan. Jelingan dihadiahkan tanda menghargai bicara tetsebut.

" Haha dah. Yang ni macamni, Log ni kau samakan dahulu. Lepastu kau boleh satukan and naikkan yang ni kat atas. So dapat la nilai Y dia ni " Terang Fariz panjang lebar agar kawannya itu mudah memahami. Nadia hanya menganggukkan kepala tanda memahami.

" Okay dah faham. Terima kasih banyak-banyak ye " Kata Nadia bersama senyuman manis diterbitkan dibibirkan. Langkah kembali diatur ke tempat duduknya.

Guru matapelajaran selepas Addmath memasuki kelas tersebut dan memulakan pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran berlanjutan sehinggalah loceng berbunyi menandakan masa untuk pulang.

" Kau bawa telefon ke harini ? " Soal Haqila kepada Arissa yang sedang membelek begnya mencari sesuatu. Arissa menggangkat kepala memandang kawannya sebelum sebuah anggukan diberikan.

Phone semua sekolah tidak dibenarkan bawa. Tapi Arissa tetap bawanya ke sekolah kerana bimbang akan kesihatan emaknya yang sedang betarung sakit di rumah dan memudahkan dia untuk menelefon ayahnya. Lagi satu, di kawasan SMKRI susah untuk mendapatkan kemudahan telefon awam.

" Tolong Snap gambar aku boleh tak ? aku dengan Afiq ek " Pinta Haliqa tersengih-sengih sebagai tanda memujuk.

" Ha okey-okey. Cepat panggil la Afiq tu "

Haliqa memanggil Afiq untuk sama-sama menangkap gambar. Arissa sedia memegang phonennya lagak seperti seorang juru kamera tersohor!

" Aku nak ambil gambar gak boleh tak. Dengan Fariz, but kau panggil dia ek. Kalau dia tak nak, takpe je " Bisik Nadia di telinga Arissa.

Arissa berpaling untuk mencari kelibat Fariz. Tangan dilambai menggamit Fariz untuk mendekati.

" Nadia nak tangkap gambar dengan kau. Boleh ke tak ? " Soal Arissa senafas. Fariz menggaru kepalanya.

" Eh tak boleh takpe la " Celah Nadia menghadap mereka berdua.

Sejurus itu, Fariz berjalan menuju ke arah kawan-kawannya yang sedang berceloteh tentang movie kegemaran mereka. Tangan tidak berhenti mengemas peralatan yang digunakan untuk belajar. Mereka sama-sama pulang ke rumah untuk mendapatkan rehat setelah menempuh satu hari yang memenatkan.

  Badan dihempas lembut oleh Nadia di atas katil setelah selesai menunaikan solat Isyak. Telefon diambil untuk mengunci jam ke sekolah keesokan paginya. Setelah selesai, telefon kembali diletakkan di atas meja kecil di tepi katil.

Mata dihala memandang kipas siling. Agak bosan, semua peghuni rumah ini sudah lesap ke alam mimpi. Tidak semena, memorinya kembali mengingatkan beberapa minggu yang lepas. Hari dimana dia meminta untuk bergambar dengan Fariz tetapi ditolak. Siapa aje tak terasa hati ? Tapi dibiarkan sahaja semua itu.

' Macam la dia tu artis ' tercebik-cebik mulutnya mengutuk si pelaku.

Telefon kembali diambil, chat beberapa hari lalu bersama Fariz dibuka kembali. Chat dimana Fariz datang meminta maaf!

Fariz ??

Sorry ek aku tak bergambar dengan kau. Aku malu HAHAHA

Hah ? ooo takpe2 aku faham je.

Esok ke kita tangkap la ek.

Ooo okay2! Tidak mengapa.

Okay!

Mesej pada hari itu berakhir begitu saja, tiada apa yang dapat dibualkan.

Keseokan harinya Nadia tidak terlalu berharap dan seperti yang dijangkakannya. No photo of the day!

Setelah agak lama mengingati peristiwa tersebut. Telefon kembali diletakkan. Selimut ditarik menutupi separuh bahagian badannya. Doa dan surah-surah dibaca sebelum tidur. Mata dipejam sebelum dia lena diulit mimpi. Semoga dibawa mimpi yang indah!

So how this chapter ? Best or not ? Do comment please. Do support me !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience