My sweet crush

Other Series 974

Bila masuk alam sekolah menengah, perasaan teruja dan takut memang tak boleh lari. Dalam rasa gembira tu takut menghantui. Bukan apa, takut kena buli. Aku bila melangkah ke alam sekolah menengah macam-macam yang bermain difikiran. Syukurla aku dikurniakan wajah yang comel. Haha.. Upgrade diri sendiri dulu..

Crush aku ni aku suka dia sejak dari tingkatan 1 lagi. Dia duduk sebelah aku. Dalam tiap barisan kena ada dua meja. Meja aku dan dia, dibarisan kedua. Dia tak la hensem sangat. Ada lagi rakan sekelas aku yang lain hensem lebih dari dia. Tapi tak ada yang ada lesung pipi macam crush aku ni. Kalau dia senyum, aku jadi terpana dan terpesona. Sebab tu Kadang-kadang aku selalu buat lawak agar dia ketawa. Walaupun aku tahu tak lah lawak mana cerita yang aku sampaikan pada dia. Cukupla lesung pipinya ada. Kadang-kadang aku cucuk juga pipinya itu. Haha..

Nasib baiklah dia jenis 'cool'. Melayan je karenah aku. Kadang-kadang juga aku sengaja buat dia marah. Sampai abis sekolah dia tak tahu aku menyimpan 'crush' dengan dia. Aku dan dia sekelas hanya setakat tingkatan 3 je. Sebab dia ambik lain aliran bila masuk tingkatan 4. Aku dikelas sastera dan dia dikelas sains. Dia budak pandai. Aku biasa-biasa je. Tak lah bongok sangat dalam pelajaran. Selalu dalam senarai top 10. Kami berdua memang aktif dalam setiap aktiviti sekolah. Sama-sama menjadi atlit lumba lari sekolah. Persatuan uniform juga sama, St. John Ambulance. Sukan pun sama-sama pilih bola keranjang. Dia juga pemain bola sepak sekolah.

Bila dah bertukar kelas hubungan kami pun renggang. Tapi masih berkawan macam biasa. Sekadar bertanya khabar bila bertemu dan sekadar melempar senyuman bila terpandang sesama sendiri. Masing-masing sibuk. Aku dengan aktiviti sastera aku, dia dengan sukan dia. Bila dah masing-masing sibuk, jarang lah kami berjumpa. Belajar malam pun payah nak bersua muka. Aku sibuk dengan menulis puisi dan melukis batik. Kadang-kadang aku jadi rindu pada dia. Oh ya, dia ada 'girlfriend' dah masa ditingkatan 3. Aku pun ada. Masa nak PMR ni la sibuk nak bercinta, kan. Nasib baik result ujian cantik. Aku dapat 5A dari 8 matapelajaran yang aku ambik. Bukan rekaan tapi kenyataan ye.. Dia pulak budak kelas sains mestila pandai lagi dari aku.

Bila dah naik kelas ke tingkatan 4 makin renggang lah hubungan kami. Seperti orang asing lagaknya. Kat sinilah aku berjumpa crush kedua aku.. Hihi... Cikgu Sham.. Orang semenanjung. Dari johor. Kurus orangnya tapi hensem. Yang tak bestnya, dia garang. Kadang-kadang aku sengaja buat hal sebab nak jumpa dia di bilik guru. Macam tak buat kerja rumah. Atau tak siapkan lukisan. Selain dari mengajar kelas aku lukisan cikgu Sham juga mengajar Sejarah. Aduhh, matapelajaran yang paling aku tak suka. Mngantuk! Selalu juga la aku kena baling dengan cebisan kapur sebab tertidur masa dia mengajar. Letak buku atas meja, buka bahagian tengah buku tu, pastu dirikan kat tengah meja. Acah belajar la tu tadi.. Haha.. Teruk betul perangai waktu sekolah dulu kan. Bila teringat Ketawa sorang-sorang. Abis kelas Cikgu Sham mesti cakap, 'jumpa cikgu kat bilik guru nanti masa rehat!'

Nasib la Cikgu Sham garang-garang pun tak merotan murid-murid. Kalau tak berbirat la tapak tangan aku. Esok mesti sakit pakai menulis. Yang bestnya abis waktu persekolahan cikgu Sham akan layan aku dan murid lain macam kawan. Tu la yang paling aku suka pasal cikgu Sham ni. 'Boundaries' ketat tu hanya bila waktu belajar je. Abis kelas kawan. Tapi masih juga ada hadnya. Dia cikgu lelaki kot. Senakal-nakal aku masih juga tau nak hormat cikgu. Oh ya, cikgu Sham pun ada lesung pipi. Banyak pelajar perempuan yang meminati cikgu Sham termasuk aku la. Nasib baik la time aku sekolah dulu takda telefon canggih. Kalau tak penuh almari aku tampal muka cikgu Sham je. Haha..

-Lavender Ungu-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience