Tentang aku

Other Series 974

Setelah tamat bersekolah di sekolah rendah, alam sekolah menengah pun bermula. Banyak kenangan indah sewaktu aku belajar di sekolah menengah. Aku banyak kawan. Mostly kawan-kawan aku terdiri dari sepupu-sepupu aku dan rakan dari sekolah rendah dulu. Kawan sekelas aku pun boleh tahan juga mesranya. Baru kenal pun dah mesra. Macam dah kenal lama. Aku gembira tak terkata. Sepanjang menjadi warga sekolah menengah aku merasa sangat beruntung kerana kawan-kawan semua baik. Cikgu pun baik. Dan aku telah diambil menjadi anak angkat kepada pasangan cikgu yang dah berkahwin tapi belum mempunyai anak. Bangga rasanya. Hihi..

Tipu lah kalau aku langsung tak ada kenangan pahit bila bersekolah menengah. Mesti ada. Aku ada kawan rapat. Iaitu kakak angkatku sendiri. Sama sekelas. Olek kerana rapatnya kami, ada yang cemburu. Pernah sekali kakak angkatku tak nak bercakap dan berkawan denganku. Semuanya kerana kes hasut menghasut. Haha. Nasib baiklah keadaan krisis tu tak lama. Yang Ku tahu sekarang dia bahagia dah bersama keluarganya dan tinggal di bandar B. Oh ya, kakak angkatku seorang yang alim. Kalau aku tak ikut acara kebaktian atau sembahyang, seharian itu aku akan kena 'lecture'.. Hehe

Selain kakak angkatku, aku ada bff lain. Ada empat orang semuanya. Nakal tak terkira. Masa sekolah dulu aku tomboy. Rambut pendek. Lagak pun macam jantan. Ada sebab kenapa aku begitu. Semuanya kerana aku seorang atlit pecut dan pemain bola keranjang. Tapi persatuan beruniform yang kupilih, persatuan pandu puteri. Huhu. Entah mengapa persatuan itu yang Ku pilih. Aku pun tak tahu. Walaupun aku tomboy aku masih ada naluri seorang perempuan. Lagak dan gaya yang serupa lelaki. Dan aku juga seorang yang kasar. Pernah bergaduh dengan rakan sekelas aku yang lelaki. Hampir-hampir kepalanya aku hentak dengan kerusi kayu. Semuanya kerana dia membuli adikku. Ya, adik kandungku. Sampai adikku terpaksa cuti dua minggu menahan kesakitan dipukul.

Bila aku tahu kes tersebut, mengamuk la bila tahu siapa pelakunya. Rupanya rakan sekelasku dan geng dia. Tujuh orang semuanya. Bayangkan, adikku ketika itu belajar di tingkatan satu. Aku terus melaporkan kejadian itu kepada pengetua. Menggigil tubuhku menahan rasa marah. Kalau bukan di kawasan sekolah memang siap mereka aku kerjakan. Kepala dah tak betul masa tu. Akhirnya mereka semua digantung sekolah. Dah la tahun tu aku dan rakan sekelas nak menduduki spm. Siapa suruh buat hal kan. Padan muka. Aku puas. Masa sekolah walaupun aku nakal pelajaran tak Ku abaikan. Aku aktif menyertai setiap aktiviti dan persatuan sekolah termasuk sukan.

*next part, tentang pengalaman cinta monyet dan 'crush' aku.. Sampai disini dulu ya.. Aku nak refresh balik memori yang hilang.. Cekidot gass..!

-Lavender Ungu-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience