A. K. U

Other Series 974

Cerita ini tentang aku. Tapi bukan 100% asli tentang kisah hidup aku. Ada sedikit penambahan dalam cerita untuk membuat cerita ini lebih menarik. Nak tau tentang kisah hidupku? Jom.. Kenali aku...

Aku dilahirkan pada 36 tahun yang lalu. Disebuah hospital di bandar xxx. Sekarang dah jadi bandaraya. Dan pada lima hari kedepan adalah hari ulangtahun kelahiranku. Namun perasaanku tiada keterujaan langsung kerana semua sedia maklum kan sekarang musim covid19. Cuma mampu merasa syukur aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. So, kena stay di rumah la bagi mengelakkan virus tersebut merebak dengan leluasa. Jadi marilah kita sama-sama dengar kata dan jangan nak keluar rumah yea. Kasihan Frontliner Negara kita yang kini sedang bertungkus lumus memerangi dan mencegah wabak pandemik covid19 ni. Terima Kasih Frontliner Negara. Jasa dan pengorbanan anda semua di barisan hadapan amat dihargai.

Kembali ke cerita tentang aku.. Masa kecil aku dibesarkan di bandar minyak ini. Sampailah bila nak masuk ke alam persekolahan, aku dipindahkan ke bandar A tempat asal9 ayahku. Semasa dalam darjah 1 aku tinggal bersama makcikku dan keluarganya. Keduanya ialah cikgu disekolah tersebut. Masuk darjah dua aku meminta untuk tinggal di asrama. Ya, sedari kecil aku sudah kenal erti berdikari. Aku seronok kerana tinggal di asrama bersama kawan-kawanku. Dari kecil juga aku sudah pandai menguruskan makan pakai aku sendiri. Biasalah, anak kampung. Hingga kini pun aku tetap merasakan aku ini anak kampung. Walaupun sekarang tinggal di bandaraya. Kampungku tetap yang terbaik. Kadang-kadang bila tiba musim perayaan aku akan balik menemui sanak saudaraku.

Aku mempunyai ahli keluarga yang ramai. Sanak saudara dari yang tua, muda dan masih kecil tak terkira bila kami berkumpul. Haha. Dan untuk pengetahuan semua aku juga sudah bekeluarga. Riuh sekampung bila lama tidak berjumpa. Hmm, rindunya pada mereka saat ini. Hanya whatsapp saja la tempat kami semua berhubung sesama sendiri. Syukur la semuanya selamat dan sihat semasa covid19 menyerang negara dan dunia. Dalam rasa syukur itu, aku dikejutkan oleh satu berita yang tak dapat aku A. K. Uterima. Berita yang disampaikan oleh anak buahku tentang sepupuku yang telah meninggal dunia pada 29 mac lepas. Dia terlibat dalam kemalangan kebakaran di tempat kerja. Aku kaku. Kelu. Tidak percaya. Semua rasa bercampur baur. Aku menangis, menangis lagi dan menangis semahunya hingga mataku bengkak. Dah la aku bukannya sihat sangat masa berita tentang dia ku terima. Terpaksa ku telan dua butir panadol untuk melegakan sakit peningku.

Pada 1 April hari tu, jenazahnya selamat sampai dari xxx dengan bantuan pihak Maswing. Terima Kasih maswing crew. Sesampainya di lapangan terbang, dia diarak menuju ke rumahnya. Kami semua sudah sedia menunggu kedatangannya di rumah. Ramainya sanak saudara dan kawan-kawan arwah sampai untuk melihatnya kali terakhir dan menyampaikan penghormatan dan kesedihan kehilangannya. Sayu. Pada 2 April semalam dia selamat dikebumikan. Semoga rohmu diberkati dan bersemadilah dengan tenang di alam sana. Kami pasti akan merinduimu...

Aku 1, tamat. Tunggu bab seterusnya..

-Lavender Ungu-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience